Tuesday, October 22, 2013

Ayu Mee Udang, Teluk Kumbar, Penang

Ayu Mee Udang...Gertak Sanggul
Di Penang, kalau mee udang yang terkenal dulu adalah mee udang Sungai Dua, Seberang Perai walaupun dah kurang sambutan.  

Kalau di sebelah pulau, terdapat 3 restoran mee udang yang popular di Gertak Sanggul/Teluk Kumbar. Lama tak ke sana & terasa nak makan mee udang, akhirnya menjamu selera di restoran Ayu Mee Udang. 



Suasana di restoran Ayu Mee Udang
Nak ke sana senang saja, ambik jalan lama ke Balik Pulau & selepas pekan Teluk Kumbar cari jalan ke Gertak Sanggul.  


Ayu Mee Udang ni terceruk sikit; tak macam restoran Salwa & Lyana mee udang yang terletak di tepi pantai. Bertentangan dengan Balai Polis Gertak Sanggul, terdapat lorong kanan & masuk terus anda akan jumpa restoran ni (GPS 5.2887842;100.22843216). 


Mee udang special..lebih udang



Nama pun restoran mee udang jadi semua menunya berasaskan udang.  Kami memesan mee udang special dengan 8 ekor udang & nasi goreng udang.  Mee udang special berharga RM22 manakala nasi goreng udang dengan 3 ekor udang berharga RM13 sepinggan.

Rasanya mee & nasi goreng dia sedap dengan udang yang fresh. Kalau yang tak makan udang, amatlah ruginya..


Yang tak suka mee, boleh cuba nasi goreng udang



Restoran ni dibuka dari pukul 1 tengahari sehingga jam 11 malam.

Tuesday, October 1, 2013

Citarasa Oriental, Jitra

Restoran Citarasa Oriental..menu masakan cina
Kalau ke Pekan Jitra, jangan lupa singgah satu kedai makan (kiosk) di medan selera.  Kedai makan ni terletak dalam medan selera (lupa pulak nama dia) yang terletak disebelah Balai Polis Daerah Kubang Pasu & berhadapan dengan petrol pam BHP Petrol.  Nama restorannya Citarasa Oriental tapi tak nampak pun signage nama restoran ni cuma dari menu yang diberi.

Antara menu yang disediakan
Apa yang istimewa restoran ni, ianya menghidang menu masakan cina (owner dia mualaf) & western.  Tapi yang spesel nya di sini yang saya selalu pesan adalah menu "shark fin" nya.  Rasanya setaraf masakan di hotel tapi harganya murah.  Memang sedap..boleh cuba!

Shark Fin dia..terbaikk!!