Saturday, December 27, 2014

Fuziah Nasi Ayam, Ipoh

Lokasi Restoran Fuziah


Kalau mencari makan di bandaraya Ipoh dan tak tau nak makan di mana, bolehlah try nasi ayam di Restoran Fuziah.


Terletak di tengah bandaraya Ipoh (belakang Nasi Kandar Ganja)dan taste dia boleh kata ok jugak. Bagi peminat nasi ayam, rasa nasi ayam di sini boleh di kategorikan sebagai sedap. 



Nasi ayam..sedapppp!!

Cuma harga sepinggan nasi ayam agak mahal iaitu RM5.50 kalau mengikut kategori restoran ni. Walau bagaimanapun restoran ni sentiasa penuh!


Restoran Fuziah, Ipoh

Saya dah beberapa kali makan di sini dan selalunya tak mengecewakan..

Selamat mencuba!

Thursday, December 11, 2014

Kak Sue Station, Bukit Minyak

Teringin nak makan mee kuah tulang? Mai aku introduce kat hampa satu stall yang offer mee kuah tulang yang best.  Stall dia terletak kat astaka bersebelahan AEON Big Bukit Minyak (dulu Krico).  Stall ni nama dia Kak Sue Station tapi buka hanya dari petang sampai malam.  Ni menu dia..

Menu Kak Sue Station
Masa aku pergi frust sikit pasai tak boleh rasa mee kuah tulang yang special sebab tulang dia baru habis dan owner dia tengah rebus tulang.  Nak tunggu lambat, so aku order mee kuah tulang biasa dan nasi ayam madu bijan.

Mee kuah tulang..

Nasi Ayam Madu Bijan
Memang sedap mee kuah tulang dan nasi ayam madu bijan..lain dari yang lain.  Kalau yang free boleh lah ke sana.  Sampai traffic light simpang empat Bukit Minyak, ambik jalan ke kanan ke AEON Big. Astaka tu just belah kiri..

Ni stall dia..no 2 dari jalan masuk kalau tak salah, sebelah stall sate

Sunday, December 7, 2014

M Suites Hotel, JB

Bilik luas..boleh masuk anak-anak
Kalau nak cari hotel yang biliknya luas dan harga yang berpatutan, mungkin hampa boleh consider M Suites Hotel Johor Bahru. 

Terletak di Jalan Skudai berdekatan Danga Bay, hotel ni sesuai unuk seisi keluarga. Kadarnya RM190 semalam (corporate rate) dengan free breakfast untuk 2 pax. 

Breakfast pun boleh tahan dan aku suka Indian menu dia (yang buat Bangladesh Islam).
ada mini pantry lagi

Kalau nak ke JB town (JBCC) tak berapa jauh dah dari hotel ni.  Hotel mengadap laut tapi tak nampak sangat laut pasal depan hotel penuh dengan projek buat apartment.  Cuma yang berapa best sangat, perabut dia agak lama dan kadang-kadang air panas dia lambat.  Dari sini nak ke town JB atau ke Zoo ke dah tak jauh. Kedai makan pun tak susah; Restoran Singgah Selalu tak jauh sangat tapi jangan terkejut dengan harga makanan di JB ni ye!  Siap ada service charge dan tax lagi!
pool dia best..siap ada glider lagi..
Bagi yang ada anak-anak, mesti depa suka dengan swimming pool di hotel ni.  Ada glider untuk yang kecik dan yang sederhana untuk yang remaja. 

Week end hotel ni menjadi tumpuan Singaporean, mungkin pasai rate dia dan location dia yang tak busy sangat.  Banyak jugak government agencies buat seminar kat sini.  Setiap hari mesti ada.  Ok..selamat mencuba!