Sunday, December 27, 2015

Restoran Rusni, Changloon

Terletak berhadapan dengan C-Mart Changloon

Masa aku pergi Changloon, owner Chalet Serambi Pelangi recommend aku makan di Restoran Rusni ni.  Restoran terletak di pekan Changloon; jalan utama menuju ke Bukit Kayu Hitam. Lokasinya betul-betul depan C-Mart Changloon.  

RM70 untuk 4 orang makan..berbaloi

Aku seramai 4 orang order set bernilai RM70 tidak termasuk air dengan ikan siakap, udang, tomyam, sayur campur, telur dadar dan sambal timun.  Masakan dia semuanya terasa dan memang sedap. Kalau you all ada di sekitar Changloon atau Sintok dan tercari-cari dinner yang sedap, try lah restoran ni.

Restoran ni pun ada menyediakan homestay di tingkat atas restoran dan harganya RM60 semalam tapi toiletnya kongsi (diluar).

Serambi Pelangi Chalet Sintok




Ada 10 chalet untuk disewa
Kalau aku tersesat di area Changloon Kedah, selalunya aku akan menginap di UUM Inn yang terletak dalam UUM.  

Tapi kali ni aku dapat tau ada chalet baru buka di area Changloon (Jalan Sintok).  Try nak book melalui booking.com tapi internet tak berapa cantik, last-last drive terus ke chalet berkenaan yang terletak di Jalan Sintok, jalan yang menuju ke UUM (dekat Taman Pegaga/Restoran Anjung).  Nasib baik ada bilik kosong lagi, bayar RM85 net (kalau book guna booking.com kena tambah 16% lagi).  
Bilik dengan katil queen.
 Biliknya dilengkapi dengan:
  • aircond
  • 1 katil queen
  • almari & meja kecil
  • Kettle dan kopi 3 in 1
  • toilet dengan air panas
  • TV LCD dengan saluran Astro NJOI
  • tuala & selimut

Ruang bilik agak besar dan anak aku 2 orang remaja tidur dibawah berlandaskan toto (dibawa) dengan selesa. 
Di bawah pun boleh tido 2-3 orang lagi kalau bawa toto sendiri



Dengan harga RM85 net semalam, aku tiada komplen apa-apa.  Rumah owner chalet di hadapan chalet dan kawasan sekitar rumah ditanam dengan pokok gajus dan lain-lain tanaman.  Ternyata owner dia suka berkebun dan meminati barang-barang lama. 

Bermalam di sini umpama bermalam di kampung.  Sembang dengan owner dia, memang dia baru buka chalet ni 4 bulan sudah dengan pelaburan hampir RM300K! (tanah owner sendiri).


Ada mini playground di luar


Di luar pulak disediakan mini playground untuk anak-anak bermain dan pondok-pondok kecil untuk ambil angin.

Nak makan tiada masalah pasal pekan Changloon hanya 10 minit dari chalet ni.  Kalau nak ke Bukit Kayu Hitam dalam 20 minit perjalanan dan nak ke Arau dalam 40 minit saja.  Untuk tempahan bilik, boleh lah call:
  • 014-9272055
  • 019-4774459



Barangan lama yg ada di laman chalet..mesin gelek getah
Sebelah chalet ada ladang getah..tengah menoreh getah waktu pagi
Ni bukan kincir angin perhiasan tapi digunakan untuk asingkan padi dan hampas waktu dulu (macam fan)

Saturday, December 26, 2015

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah

Anggur Malaysia
Ramai yang tak tau yang di Malaysia ada ladang anggur; yang aku tau di Perlis tapi yang di Tasik Beris ni aku kurang tau.  Rupanya yang di sini adalah ladang anggur terbesar di Asia Tenggara.  

Tasik Beris ni terletak kira-kira 40km daripada Gurun.  Kalau kita menggunakan PLUS Highway, kita kena exit di Gurun dan ambik jalan menuju ke daerah Sik, Kedah.  Kita akan lalui jalan kampung sebelum sampai ke Tasik Beris yang merupakan tasik terbentuk hasil pembinaan empangan.  

Pokok anggur..hanya untuk pelawat bergambar

Alamat penuh:
Lot 264 Kampung Temas, 08200 Sik, Kedah.
Telefon : +604-4620466
9.30 pagi-6.30 petang setiap hari
Bayaran Masuk - RM6/RM3 (7-12 tahun)


Time aku sampai minggu sudah time cuti sekolah, buah anggur dah kurang.  Selain melihat pokok anggur ni (tak boleh petik noo walaupun bayar RM6 sorang), kita juga boleh melihat keindahan Tasik Beris dari ladang ni.



Lepak sambil minum jus anggur

Kalau nak beli anggur, ada di jual RM15 sebungkus (berat aku tak pasti, kurang daripada 500 gram kalau tak salah), jus anggur (RM17) dan barangan cenderahati berasaskan anggur seperti fridge magnet (RM10.60), beg, t-shirt dll.

Aku dan family lepak sambil minum jus anggur dan wedges di cafe ni..sedap jugak.






Tasik Beris..pemandangan dari Ladang Anggur
Kalau datang sini, tak banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan kecuali melihat ladang anggur (kalau nak tengok di overseas mahai woo), menikmati pemandangan Tasik Beris dan menjamu makanan berasaskan anggur di cafe.  Jangan terkejut kalau anggur di sini lebih mahal dari yang kita beli di supermarket.

Tiada penerangan terperinci mengenai ladang ni yang kita boleh dapat apabila melawat ladang ni seperti ke mana anggur di eksport.



Ni tempat berehat bagi yang yang penat berjalan (kawasan yang dibuka untuk pelawat, kecik saja).

Di kawasan ni ada TV tapi tak digunakan untuk beri penerangan mengenai ladang ni (TV tak buka pun).  Sayangnya..

Kalau hampa nak tau info lanjut mengenai tempat ni, boleh lawati website dia di www.berislakegrapes.com.my

Ni tanda arah yang menunjukkan lain-lain ladang anggur yang terdapat di dunia (yang besar saja kut). Di Thailand pun ada satu ladang anggur.

Setelah berada di ladang ni, aku pusing-pusing sekitar kawasan ni.  Banyak resort yang dibina di gigi tasik yang sesuai untuk bermalam di sini.  Satu pengalaman yang indah kalau satu hari aku dapat bermalam di salah satu resort di sini.


Salah satu chalet di Seri Ternas Lake Resort..betul-betul tepi tasik


Salah satu resort yang aku suka adalah Seri Ternas Lake Resort (011-20815529) yang terletak betul-betul di belakang ladang anggur ni. Aku tanya owner dia untuk malam tu tapi dah fully booked. 

Rate untuk semalam dalam RM170 dan ada chalet yang betul-betul di tepi tasik yang boleh buat kaki pancing tak senang duduk.




Pemandangan Tasik Beris dari Seri Termas Lake Resort


Kalau yang jauh sikit dari ladang anggur ni tapi masih ditepi tasik ialah Tasik Beris Hill Lake View  D'Puncak Bris Lake Resort dan 1-2 lagi resorts yang aku lupa nama dia tapi tak jauh dari ladang anggur ni.

Kalau yang suka suasana tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kotaraya, bolehlah mencuba bermalam di sini bersama keluarga.





Saturday, December 19, 2015

Empire Hotel Subang

Bilik Premier Essential Room..RM308 semalam
Kalau di Subang, antara hotel yang terbaik adalah Empire Hotel Subang yang terletak di belakang Subang Parade dan bersebelahan dengan Empire Shopping Complex.  

Alamatnya:

Empire Hotel Subang
Jalan SS16/1, 
47500 SubangJaya, Selangor
+603-55651388
www.empirehotel.com.my


Bilik dia besar dan ada ruang hall


Stesen KTM Komuter perhentian Subang Jaya hanya berjalan kaki saja dalam 10 minit.  MRT bila dah siap nanti akan melalui betul-betul tepi hotel ni.  Cuma lobby hotel terletak di tingkat 2 pasal hotel ni bersambung dengan Empire Shopping Complex.

Kalau nak makan, terus saja ke Empire Shopping Complex, ada banyak restoran antaranya yang best adalah Serai, Teh Tarik dan The Loaf.





Toilet pun ok
Nak shopping, ada Subang Parade dan AEON Subang di hadapan hotel.

Dengan harga RM307.40 net semalam (corporate rate) untuk bilik Premier Essential Room berserta breakfast, agak munasabah untuk area Subang ni. 

Breakfast dia pun sedah dan bermacam-macam menu.

So, kalau kau orang berada di Subang dan dalam budget, bolehlah check-in hotel ni.