Saturday, January 9, 2016

Char Keow Teow Sg. Dua, Seberang Perai

Char Keow Teow Sg. Dua..
Salah satu warung yang aku suka pi bila teringin nak makan char koew teow adalah di Jalan Sungai Dua, Seberang Perai Utara.  

Kalau datang dari utara melalui PLUS Highway, lepas bayar tol di Sg. Dua, exit yang mula iaitu ke Bagan Ajam/Sg. Dua.  Di traffic light, hanya belok kiri sikit kita akan jumpa warung ni yang terletak sebelum station Petron (GPS 5.44649 / 100.42118).





Biasa RM4 sepinggan dengan 2 ekor udang

Perniagaan bermula dari jam 5 petang sampai larut malam.  Hari Rabu jangan pi pasai warung ni tutup.

Bagi yang tak suka char keow teow, boleh order nasi goreng. Kalau ikut selera aku, selain char keow teow di Permatang Pauh dan Alkaria Bukit Mertajam, char keow teow di sini aku suka.

Harga sepinggan antara RM4, RM5 dan RM5.50 mengikut menu (bilangan udang la kut).
Selamat menjamu selera..

Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet

Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet Bukit Mertajam
Ramai yang tak suka makan kambing sebab baunya tapi ada satu kafe yang hidangan kambingnya memang tiada bau. Cafe ni selalu gak aku pi tapi tak berkesempatan ambil gambar dan cafe ni memang popular bagi orang Penang terutamanya orang Seberang Perai. 

Puncak Mutiara Cafe
Lot 179, Mk. 3, Kampung Pelet
14400 Bukit Mertajam
 Tel - 1700819595
GPS - 5.41501 ; 100.45612
Waktu - 10am-2am




Kambing yang dihidangkan bukan kambing kampung tapi kambing bor yang juga dibela di sini.  Aku dan kawan order:
  • Nasi Briani Paha Kambing RM24.80
  • Grilled Chicken Lemongrass RM22.80
  • Extra Air Asam RM1.50
  • Extra Dalca RM1.50


briani kambing dangan air asam dan dalca

Kalau yang tak suka kambing, ada menu lain seperti western, tomyam dan chinese menu tapi yang popular di sini memang kambing. Daging kambing dia memang lembut dan tiada bau langsung.


Ni menu yang aku order, nasi briani paha kambing tapi paha kambing tu depa kambus bawah nasi..ha..ha..






Menjamu selera dalam pondok

Nak ke sini paling mudah dari bulatan Seberang Jaya, ambik highway Butterworth ke Kulim (BKE) dan exit Kubang Semang. Dari simpang tiga, belok ke kiri dan kita akan nampak Masjid Kubang Semang.  Ambik jalan ke Guar Perahu dan kita akan lalui jerat cina dan terus sehingga kita jumpa sign board Kampung Pelet.  
Betul-betul di sign board ni kita belok ke kiri ke jalan kampung dan masuk terus ke dalam sehingga jumpa cafe ni.  Nak senang, guna GPS di atas.



Tempat makan dibuat macam pondok, ada yang besar dan ada yang kecil..sambil makan boleh lepak-lepak sambil sembang-sembang.

Selain menjamu selera, boleh jugak lawati ladang ostrich, kambing dan tengok kolam ikan kap.


Kalau mai ramai, ada macam dewan untuk berkumpul sambil makan





Walaupun banyak pondok yang disediakan tapi bila waktu puncak macam hujung minggu terutamanya malam, cafe ni penuh dengan pelanggan.

Ok geng..selamat mencuba!

Saturday, January 2, 2016

Pesta Pulau Pinang 2015

Pintu keluar utama pesta
Dulu masa aku kecik, ramai pelancong yang sanggup datang dari jauh untuk tengok Pesta Pulau Pinang.  Dulu pesta ni tiada tapak kekal dan diadakan di serata lokasi setiap tahun dan berubah-ubah tapi sekarang tapak pesta tetap di Sungai Nibong bersebelahan dengan perhentian bas ekspres.

Selalunya pesta ni diadakan bermula dari cuti sekolah hujung tahun (hujung nov) sehingga awal tahun baru.


Tiket RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak

Sejujurnya aku dah lupa bila last sekali aku pi pesta ni walaupun saban tahun pesta ni diadakan.  Kalau dulu pesta ni dinanti-nantikan setiap tahun pasal ada pameran yang hebat macam pameran kereta canggih, akrobatik dari China dan lain-lain pameran dari luar negara.  

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni dari cerita kawan-kawan, pesta ni umpama pasar malam mega dan tiada lagi tarikan. Jumlah pengunjung semakin menurun dan kegemilangan pesta ni dah semakin pudar.









Antara yang ada di pesta


Oleh kerana ada sedara yang ajak temankan dia ke pesta, aku pun joint lah.  Aku pergi beberapa malam terakhir pesta (last day 2hb. Jan 2016). Nak cari parking sekarang pun susah dan nak parking dalam kawasan pesta terhad dan dicaj RM5.

Tiket masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.  



Dah hilang seri pesta ni..


Dan seperti yang diduga, tiada yang menarik sangat pesta ni..hanya umpama pasar malam mega.  Yang banyak dijual hanya karpet, baju murah, jersey dan barang mainan sampai 2-3 kedai menjual barangan yang sama.

Kebanyakan pameran telah ditutup walaupun masih berbaki 3 malam lagi; jadi aku hanya jalan-jalan tengok orang saja.




Pengujung pun semakin berkurangan


Sebagai anak jati Pulau Pinang, aku pun malu dengan pesta ni..semakin tahun semakin teruk dan tiada apa-apa yang menarik dan hanya gah pada nama saja.

Kerajaan Negeri terutamanya Bahagian Kewangan SUK patut mengambil inisiatif untuk memperbaiki pesta ni jika tidak pesta ni hanya tinggal nama.

Friday, January 1, 2016

Kuala Gula, Kuala Kurau Perak

Kuala Gula..banyak burung di sini

JS Muara Restoran..menu menarik ketam lembut
Dok scroll dalam internet semalam terjumpalah satu tempat yang dikatakan menarik untuk makan ketam lembut dan bermalam kalau yang berminat; Kuala Gula.  

Terletak di utara Perak berdekatan dengan Gunung Semanggol/Bukit Merah. Kalau guna highway exit Bukit Merah dan ikut sign board ke Kuala Kurau. 





Tapi aku saja guna jalan kampung dari highway utara, aku exit Jawi/Nibong Tebal dan aku masuk jalan kampung ke Sg Acheh, Sg Bakau, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan terus ke Kuala Kurau. Perjalanan hampir 2 jam dari Bertam Kepala Batas.  Dari bacaan blog, ramai yang recommend ketam lembut yang boleh kita makan terus tanpa buang kulitnya so aku teruja nak try.

Masa aku sampai perut masih kenyang so aku ronda dulu kat sini..
Deretan chalet di Kuala Gula Sanctuary Resort


Bagi yang minat memancing dan ingin bermalam, terdapat chalet Kuala Gula Sanctuary Resort yang boleh di sewa. 

Setiap bilik dibina di tepi sungai dan buka pintu beranda, dah boleh memancing dari bilik (cuma ada 2 bilik yg tak atas sungai).  Yang datang secara grup atau nak buat seminar, dewan juga disediakan.  




Dari bilik pun dah boleh memancing di resort ni


Harga chalet (hujung minggu):

Standard Romm RM130 (RM150)
Superior Room RM150 (RM170)
Family Room RM270 (RM300)
Dorm A RM400 (RM500)-max 33 pax
Dorm B RM400 (RM500)-max 30 pax

Contact:

05-8901881 / 017-4016852
kualagula.sanctuaryresort@gmail.com




Menu yang di order
Dah dekat 6 petang, aku pun singgah kat JS Muara Restoran yang terletak bersebelahan dengan resort. Restoran ni dibina atas sungai dan bila bot lalu, restoran pun akan beralun mengikut ombak sungai.  

Aku order:
Ketam Lembut 5 ekor RM40
Siakap 1kg RM45
Tomyam 2 orang makan RM12
Telor Bistik RM5
Nasi Putih 4 orang RM4
Air Minuman RM4
Semua RM110 (lepas diskaun)

Ketam lembut goreng tepung..sekoq RM8..ni 5 ekoq!

Kalau tanya aku secara jujur kecuali ketam lembut goreng tepung, masakan lain memang hampeh! Dah lah aku tunggu sampai sejam (boleh maaf pasai ramai) tapi ikan siakap tiga rasa dia hanggus dan tomyam dia aku ingat mamak nasi kandar punya tomyam lagi sedap.

Kalau bukan kerana ketam lembut, tak mungkin aku mai balik restoran ni.  Setakat rasa macam ni, kat taman aku lagi sedap..tapi bagi hampa yang belum try, boleh rasa sendiri dan buat rumusan.

Ketam yang dibela dalam sangkar

Contact no JS Muara Restoran..hanya ketam lembut saja yg ok
Chalet untuk disewa bagi kaki pancing dan yang nak relax-relax