Sunday, July 24, 2016

Gunung Jerai

Puncak Jerai..batu tanda
Agak lama tak menjenguk blog ni, sibuk dengan kerja.  Kali ni nak cerita mengenai Gunung Jerai yg aku berkesempatan kunjungi baru-baru ni.  Walaupun Gunung Jerai ni dekat utara/Kedah saja tapi aku tak pernah jejaki kaki aku kat sini.  Nak ke sini senang saja, kalau dari selatan PLUS, exit Gurun (sebelum R&R Gurun) dan ambik jalan lama ke Alor Setar menuju ke pekan Yan.  

Regency Resort..restaurant dia

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah Gunung Jerai, rujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Jerai  Dari kaki gunung nak ke puncak gunung sejauh lebih kurang 15km saja dan mengambil masa dalam setengah jam dengan berkereta.  Kereta biasa pun boleh naik sebab tidak begitu curam (Tanah Rata di Cameron lagi curam) dan ada juga yang berbasikal malah ada yang berjongging/jalan kaki sampai ke puncak!

Antara jenis bilik yang ditawarkan oleh Regency Jerai
Melalui pembacaan aku, ada banyak tempat menarik sepanjang jalan nak ke puncak (rujuk http://www.percutianbajet.com/kedah/tempat-menarik-di-gunung-jerai-kedah) tapi memandangkan aku hanya naik waktu lewat petang dan tujuan hanya nak nikmati pemandangan dari puncak, aku terus drive ke puncak gunung.  Sampai di puncak terdapat resort yang cantik iaitu The Regency Jerai Hill Resort (04-4667777 atau http://jeraihill.theregency.com.my/) yang menawarkan tempat penginapan 4 bintang bagi mereka yang ingin bermalam di puncak gunung.  Rate yang di published dengan 2 pax breakfast:
Superior Room RM280 nett
Deluxe Room RM310 nett
Premier Room RM397 nett
Executive Room RM455 nett

Facilities yang ditawarkan di sini memang terbaik dengan surau yang luas, kawasan melihat pemandangan yang terbuka, taman botanikal, painball, tempat memanah, kawasan camping cuma kawasan pool orang luar tidak dibenarkan masuk kerana hanya untuk guests resort.  

Cantik...
Kalau nak makan, aku tak nampak kedai lain selain yang disediakan oleh pihak resort (harga pun ikut resort lah) atau turun ke kaki gunung untuk makan.  Pemandangan dari sini yang tingginya hampir 1,000 meter memanglah cantik dan nyaman dengan suhu sekitar 21c. Petak-petak sawah padi seakan-akan macam barang mainan apabila dilihat dari atas gunung. Ramai pengunjung yang datang ke sini, ada group berbasikal, berjogging, bermotor, berkereta antik tapi tak begitu ramai yang bermalam di resort ni walaupun aku datang pada hari Sabtu.  Mungkin harga yang di tawarkan agak mahal tapi bagi mereka yang ingin rasa kedinganan malam di puncak gunung, boleh lah try overnight. 

The Regency Jerai..resort 4 bintang di puncak Gunung Jerai
Pemandangan indah dari puncak

Hutan Lipur sebelum sampai ke puncak