Thursday, October 16, 2014

Zoom Inn Boutique Hotel JB

Terletak di Danga Bay JB

Hotel yang nak cerita ni terletak di Danga Bay, bersebelahan dengan pejabat Iskandar Development Autority (IRDA). Cuma dari main road Jalan Skudai memang tak nampak hotel ni sebab ianya mengadap Singapura.  Alamat lengkap:

Unit 7, 8 & 9, Blok 7, Danga Bay
Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru
Tel : +6072379323 
www.zoominn.com.my



Untuk yang budget bawah RM100 semalam, hotel ni merupakan pilihan yang terbaik.  Aku book bilik single dgn harga RM89 net (bilik double dalam RM99) melalui Agoda.  Bilik single dia cantik dan  besar jugak. Ada LCD TV dengan channel Astro dan Singapore channels.  Katil dia sedap tido.  Iron disediakan di luar bilik (share) & tiada almari untuk bubuh baju hanya tempat sangkut baju.  Hotel ni telah menerima anugerah daripada tripadvisor sebagai 2014 Winner.


TV di hujung kaki..

Dari segi keselamatan tak perlu bimbang pasai bersebelahan dengan hotel terdapat pondok polis & terdapat jugak kedai runcit mamak.  Makan pun tak susah sangat sebab di hujung dan di depan blok ada restoran.  Cuma bila malam agak sunyi, hanya ada karaoke berdekatan dengan suara-suara sumbang..

Toilet terbahagi kpd 3 ruang, shower, toilet & sinki..
Bilik single..
Lobby..
Reception Counter


Wednesday, October 8, 2014

Bayview Hotel Langkawi

Bayview Langkawi (kredit Agoda)
Salah satu hotel yang aku suka duduk kalau ke Pulau Langkawi adalah Bayview Hotel Langkawi. Hotel ni terletak di alamat berikut:

Jalan Pandak Mayah 1
Pusat Bandar Kuah
07000 Langkawi
+6049661818
www.bayviewhotels.com

Sebab utama pasai apa aku suka hotel ni ialah lokasi dia dekat dengan pusat bandar Kuah. Kalau kita tak sewa kereta kalau setakat nak shopping, semuanya 


Pemandangan dari bilik 
berdekatan dengan hotel ini. Kalau nak shopping di Haji Ismail Group atau Langkawi Saga Shopping Complex, hanya perlu berjalan kaki.  Tapi kalau nak ke HIG Kompleks, kena jalan sikit tapi tak jauh jugak. Cuma kalau yang suka nak shopping di Idaman Suri, kena ambik teksi kalau nak ke sana. Sebenarnya di Haji Ismail Group atau HIG Kompleks pun ada barangan yan sama di jual di Idaman Suri cuma Idaman Suri dia ada barangan keperluan dapur yang dibuat atas nama Idaman Suri.  

Cuma kadar semalam di hotel ni agak mahal..dengan RM220 semalam, kita hanya dapat bilik standard yang agak kecik kecuali kalau kita datang time off-peak.  Kalau nak menjamu selera, terdapat restoran tomyam depan hotel dan semua bank boleh kata ada disekitar hotel.  

Stesen teksi pun terletak dihadapan hotel tapi kalau nak save, ambik teksi lalu lalang yang share dengan orang ramai (macam bas mini).  Kalau nak ke Komplek Pekan Rabu, boleh berjalan kaki dalam 15 minit ke sana.  


Kompleks HIG dari hotel

Sunday, October 5, 2014

Le Apple Boutique Hotel KLCC

Le Apple Boutique Hotel (KLCC)..dekat dengan KLCC
Percaya tak dengan hanya kurang daripada RM200 semalam, kita boleh dapat menginap di hotel bertaraf bintang berdekatan KLCC? Aku dah try Le Apple Boutique Hotel (KLCC) terletak berhadapan KLCC dan bersebelahan dgn Avenue K.  
Lobby hotel dengan suasana suram..

Alamat penuh:
No. 160 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
+60321793777
www.leapple-klcc.com.my









Bilik superior RM188 melalui Agoda
Dari hotel ni nak ke KLCC hanya berjalan kaki.  Nak naik LRT hanya ke Avenue K yang terletak bersebelahan saja. 

Nak makan, Pelita Nasi Kandar
Toilet agak besar dan cantik

terletak berhadapan dengan hotel ni.  

Bersesuaian dengan konsep boutique hotel, dekorasi hotel ni agak berlainan.  Cuma di hotel ni tak disediakan dengan sarapan dan tiada kolam renang. Bilik superiornya tak lah sebesar mana dan segala keperluan asas disediakan termasuk fridge.  
Jam jadi meja di lobby hotel

Toiletnya agak besar dan selesa.  Almari tak disediakan dan hanya ada tempat sangkut baju sahaja.  Iron pun tak disediakan tapi TV dia LCD dgn channel Astro. Dengan harga RM188 (tanpa caj Agoda), tiada komplen!



Dekorasi hotel agak berlainan dari hotel lain..

Reception Counter terletak di tingkat satu hotel