Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Thursday, July 26, 2018

SkyCab, Langkawi

Counter beli tiket sebelum naik cable car
Salam..Aku ni sebenarnya seorang yang gayat.  Walaupun aku penah dok di flat yang jenis walk-out flat (depan rumah boleh jenguk bawah) selama hampir 7 tahun, tapi tahap kegayatan aku semakin teruk.  So bila aku mai Langkawi kali ni (Jun 2018), aku cabar diri aku untuk try cable car (nama komersilnya SkyCab) yang dikatakan paling scary di dunia. 

Kena beli pakej untuk naik cable car

Sebenarnya kalau nak naik cable car@SkyCab ni kena beli pakej dan yang paling murah adalah Basic Package yang berharga RM40 dewasa (RM30 kanak-kanak) seorang.  Kalau datang setakat berdua kira ok jugak tapi bayanglah kalau datang satu family 5-6 orang..mau dekat RM250.  

Tapi bila aku dah try basic pakej ni, aku rasa berbaloi jugak sebab pakej ni termasuk 4 permainan@lawatan iaitu SkyCab (Cable Car), Sky Dome, Sky Rex dan 3D Art Museum.  

Aku menghabiskan masa lebih dari 4 jam kat sini..so kalau hampa mai sini, make sure hampa adjust time supaya tak kelam kabut.





Beratur untuk naikki SkyCab
Sebenarnya perjalanan cable car ni ada 2 stesen.  Dari bawah nak ke stesen tengah yang paling scary terutamanya apabila hampir sampai ke puncak.  Dengan angin yag membuat gondola bergoyang, ketinggian sehingga gendola hilang di sebalik kabus, suasana yang agak panas dalam gendola menyebabkan orang macam aku kurang enjoy pemandangan dari tingkap gendola.  Perjalanan ke stesen pertama mengambil masa 15 minit dan kita kena turun di pelantar pertama ni.

Pemandangan dari stesen pertama..sungguh memukau!

Bila dah sampai stesen tengah, pemandangan dari atas Gunung Mat Chinchang sungguh cantik..hilang rasa gayat aku.

Memang Langkawi ni mempunyai kepulauan yang amat cantik dan terpelihara.  Lautan yang kebiruan dengan pulau-pulau kecil, memang mempersonakan. Kat sini hanya tengok view dan ambil gambar sahaja sebab pelantar dia kecik sahaja.  Next kita perlu naik cable car satu lagi untuk ke pelantar kedua.

Cable car dari stesen tengah ke stesen atas..mendatar sahaja
Perjalanan ke stesen atas tak lah menakutkan sangat sebab agak mendatar dan dekat sahaja.  

Di pelantar atas ni lah ada banyak sikit activiti dan di sinilah banyak filem di buat pengambaraan.









Ada jualan makanan ringan, sovenir dan buat kunci kasih di stesen atas
Selain menikmati keindahan dari 713 meter dari aras laut dari Gunung Mat Cinchang, hampa juga boleh beli kunci kasih (RM30 satu), beli sovenir, order pop corn atau burger, bergambar dengan handphone sendiri atau di ambil gambar berbayar.











Titian Gantung Bengkok..pemandangan dari pelantar atas
Di sini jugak kita boleh melawati Titian Gantung Bengkok atau Langkawi SkyBridge di mana banyak filem di shoot kat sini.Tetapi kita dikenakan bayaran tambahan RM5 untuk masuk ke kawasan ni.Aku tak sempat nak masuk sebab tiada masa nak ke sini tapi sempat tengok dari atas pelantar saja.Hampir sejam di sini, aku pun turun dari stesen atas dan semasa turun cable car tak akan berhenti di stesen tengah tapi terus ke stesen bawah.



Sky Dome merupaka dome bulat dimana kita akan tengok cerita yang dipaparkan di atas syiling dome.  Selalunya cerita dokumentari pendek mengenai alam sekitar atau angkasa lepas.  

Next aku masuk Sky Rex yang merupakan perjalanan menerokai Jurassic Park di dalam kenderaan yang tidak bergerak.  Kenderaan ni akan bergetar dan bergoyang mengikut adegan dalam filem seolah-olah kita sedang berdepan dengan dinasour.

Pengembaraan hanya selama 5 minit tapi kira oklah jugak..






Salah satu lukisan 3D di 3D Art Museum
Last sekali untuk Basic Package, kita akan ke 3D Art Museum.  Kalau yang dah pernah ke 3D Museum di i-City, tentu hampa tau apa yang ada dalam Art Museum.

Koleksi lukisan dia kira ok jugaklah walaupun ada yang kurang "hidup" nya.

Setengah hari di sini dengan harga RM40 seorang, kira berbaloi jugaklah.  Kalau nak try benda-benda lain punya ada lagi tapi bayar lain lah..



Kalau hampa rasa naik SkyCab tak cukup cabaran, hampa ambik Panorama Gendola yang lantainya dari kaca..ni stesen kedua
Pelantar untuk melihat keindahan Langkawi dari atas gunung
Kedai sovenir yang menjual cenderahati tapi aku beli magnet fridge yang ada gambar sendiri yang dijual oleh staff cablecar semasa kita nak turun
Antara tarikan di 3D Art Museum..Thor punya tukul..
Suasana di kaki gunung
Kalau hampa datang ke Langkawi, tempat ni mestilah menjadi kemestian sebab banyak tarikan kat sini.  Kalau yang gayat macam aku, cabarlah diri hampa dengan menaikki cable car yang paling scary di dunia!!

Tuesday, July 24, 2018

Kilim Geoforest Park, Langkawi

Deretan bot menanti pelancong di Jeti Kilim
Kilim Geoforest Park ni memang dah terkenal satu dunia sehingga pelancong dari merata dunia akan datang menikmati keindahan hutan yang berusia jutaan tahun.  Tapi malangnya rakyat Malaysia termasuk aku, kurang memberi perhatian terhadap permata ni.  So trip kali ni ke Pulau Lagenda ni aku dah decide nak explore tempat ni.  

Tempat ni terletak di belakang Galeri Perdana dan di uruskan oleh Koperasi Komuniti Kampong Kilim, kiranya orang kampung kat sini yang selia business kat sini macam menyediakan perkhidmatan bot dll.  Untuk explore sungai, gua, paya bakau dan pulau kecil sekitar sini, kita kena pilih pakej bot berdasarkan berapa jam dan tempat yang nak explore.  

Pakej untuk explore Kilim ni..
Aku ambik pakej 3 jam berharga RM450 untuk satu bot dan mampu memuatkan seramai 10 orang maxima (jatuh sorang RM45 je).  Tempat pertama adalah Gua Kelawar yang terletak dekat ja dengan jeti bot.  Sebelum masuk gua, kita akan dibekalkan dengan lampu suluh.  Ni lah kali pertama aku tengok kelawar secara dekat, bergantungan dalam gua yang gelap.  Dalam gua ni jugak ada stalagmite dan staglatide yang cantik yang berusia jutaan tahun.

Tempat singgah pertama; Gua Kelawar
Tempat berikunya aku dibawa menyusuri keluar ke laut ke Pulau Anak Tikus untuk melihat fosil.  Dulu masa aku di Krabi tak sempat nak tengok fosil sebab harga tiket masuk dia mahal.  Kat sini boleh tengok free saja.  Hampa baca sendiri keterangan mengenai fosil di bawah ni.

Cerita mengenai fosil kat Pulau Anak Tikus
Batuan macam disusun cantik di Pulau Anak Tikus
Selepas puas explore di sini, kami di bawa ke Gua Buaya yang mana bot boleh lalui dalam gua tersebut.


Gua Buaya..bot boleh lalui kalau air tak pasang..
Selesai terokai Gua Buaya, kami di bawa ke Pak Su Fish Farm dengan tujuan nak singgah minum petang dan lepak-lepak atas restoran terapung Pak Su.  Sampai-sampai, Pak Su Bakar dah tutup restoran terapung dia dan tiada minuman petang tapi Pak Su masih menunggu pelanggan.  Sekitar restoran Pak Su ada beberapa sangkar ikan yang dibela oleh Pak Su.  Pak Su seorang yang amat energetic dan mahir tentang ikan-ikan yang ada di Kilim ni.  


Ikan pari yang dibela Pak Su..boleh sentuh bila staff Pak Su panggil..
Pak Su beri penerangan dengan panjang lebar mengenai ikan-ikan yang terdapat di Kilim ni sebelum dibawa tengok ikan pari yang dibela oleh Pak Su.  Bila staff Pak Su kocak air, ikan pari akan naik ke permukaan dan kita boleh sentuh ikan ni..

Ni ikan sumpit (sorry tak berapa nak nampak ikan)
Sangkar berikutnya adalah ikan sumpit.  Istimewanya ikan sumpit ni, dia boleh sumpit dengan air laut untuk dapatkan makanan (roti) yang diletakkan di atas darat.  Walaupun roti yang diletakkan agak tinggi, tapi sumpitan ikan ni mampu buat roti ni jatuh dalam air dan ikan ni akan makan roti tu..

Next kami di bawa ke tempat yang paling popular di Kilim ni iaitu "Eagle Watching".  Waktu kami sampai dah agak petang, jadi tak banyak burung helang di berlegar atas langit, hanya burung agak kecil.  Pilot bot akan campak makanan dalam air dan helang dari atas langit akan datang sambar makanan tersebut.  Satu pengalaman baru dan menarik..
Burung helang sedang menjunam untuk sambar makanan dalam air..
Last sekali, bot akan meronda-ronda sekitar sungai ni dan berhenti di satu tempat yamg merupakan mercu tanda Kilim ni.  Dari atas bot, kita boleh bergambar dengan berlatar belakangkan mercu nama ni.


Ikon Kilim Geoforest Park..boleh ambik gambar dari atas bot
Kalau tanya aku tentang tempat ni, seriously aku rasa berbaloi kita explore tempat macam ni.  Kalau datang dengan satu group 10, boleh share kos trip ni atau boleh joint group lain kalau datang tak ramai.  Aku dah pernah try cruise di tempat orang macam di Ho Chin Minh dan Istanbul tapi di Kilim ni satu pengalaman yang lain dari yang lain.  No wonderlah ramai pelancong dari luar (tapi tak ramai local) yang datang kat sini dan explore Kilim ni..

So kalau datang Langkawi, masuk lah tempat ni sebagai salah satu dari tempat yang wajib di lawati di Langkawi ni..


Salah satu tempat yang di lalui
Pulau Anak Tikus..jangan cari anak tikus kat sini..
Ada restoran terapung..boleh buat group booking
Peta kawasan 
Pemandangan indah kat sini..

Sunday, July 22, 2018

Anies Village Motel, Langkawi

Reception motel ni
Kali ni ke Langkawi (22-24/6/2018) untuk selama 3H2M, carilah budget hotel di area Pantai Cenang sebab dah selalu sangat menginap di area Kuah.  Banyak betoi budget hotel dan motel di area Pantai Cenang ni.  Sebab nak lari dari kesibukan pantai, aku book lah motel berikut melalui Agoda. Dari review, memang motel ni di recommend oleh pelancong luar dan dalam negara.  

Alamat penuh motel:

Anies Village Motel
Kampong Bohor Tempoyak, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi
04-952 3388  /  012-202 5560

Aku booked bilik triple untuk 2 malam RM185.49 (all-in).  Motel ni terletak di kawasan dikelilingi kampong.  Kalau nak ke Pantai Chenang, kena ada transport.  Berdekatan motel ni ada kedai serbanika, tiada masalah kalau nak beli apa-apa.  Internet WiFi pun disediakan percuma dengan speed yang laju (time tu tak ramai penginap).  Kerusi lepak disediakan di hadapan bilik sambil menghirup udara kampung.  Pokok mempelam/mangga yang berbuah ada sekitar motel dan penginap boleh ambil untuk rasa (aku bedai 2-3 biji, memang manis).

Kalau you all nak motel yang tenang dan aman, aku suggest try menginap di sini tapi mesti ada transport sendiri. Parking disediakan di hadapan dan di belakakng motel. Kalau nak buat island hopping ka, motel ni boleh arrange.

Kawasan lepak depan bilik dan tempat ambik air panas dan sejuk (Coway dan fridge)

Parking lots ada disediakan di hadapan dan di belakang motel
Bilik triple..
Taraf Budget RM185.49 (2 mlm/bilik Triple) Agoda
Kebersihan 4/5
Katil 3/5 1 Katil double + 1 katil single (3 orang)
Bilik Air 4/5 Dengan Water Heater
Hiburan TV LED Saluran standard RTM, TV3 dan TV9 (kurang jelas)
Air Panas Tiada Mesin Coway di sediakan di reception
Iron Tiada
Breakfast Tiada Tiada Coffee House
Parking Ada Hadapan dan belakang
Pengangkutan Awam Tiada Grab dan Langkawi Taxi
Kedai Berdekatan Ada Serbanika
Negative Kenderaan Kena ada kenderaan sendiri utk makan 

Saturday, July 21, 2018

Langkawi 2018

Terminal Feri Langkawi yang baru
Salah satu destinasi yang aku suka explore dan repeat selain Cameron Highland adalah Pulau Langkawi.  Semak punya semak, rupanya dah agak bertahun aku tak ke Langkawi.  Kalau ikut blog ni, last aku pi sana pada 2014..wah..dah lamanya aku tak jejak kaki  ke Langkawi.

Tarikh 22 - 24hb. Jun (3H2M) minggu akhir cuti sekolah
So, di akhir minggu cuti sekolah bulan Jun perjalanan aku pun bermula.  Saja pilih waktu ni untuk mengelak kesesakan dan masuk melalui Kuala Perlis bukan Kuala Kedah untuk mengelakkan mabuk laut.  Aku pernah kena sekali aku masuk melalui Kuala Kedah dan bila sampai Langkawi, aku dah lembik..mabuk laut dan nyaris-nyaris muntah.  Dalam bot, dah ramai yang muntah terutamanya kanak-kanak.  Tapi tak selalu berlaku kes macam ni..selalunya laut kurang gelora.

Parking Kereta Kuala Perlis
Pasai cuti sekolah dah ke penghujung, tak ramai yang masuk Langkawi.  Aku pun park kereta di Yusof Bee Enterprise (012-4683560), tempat letak kereta yang dekat dengan jeti dan berbumbung.  Sehari dicaj RM10; so 3 hari jumlahnya RM30 (kalau peak season RM15/sehari).

Feri Kuala Perlis-Langkawi
Dengan tambang RM18 untuk dewasa dan Ferry Line dah sedia menunggu maka bermulalah perjalanan selama 1 jam 15 minit ke Pulau Mahsuri ni.  Aku tak layan sangat pemandangan semasa pelayaran sebab kerusi aku di tengah..aku asyik bersembang dengan brother dari Langkawi yang duduk sebelah aku.  Isu apa yang di sembang kalau bukan isu politik..ha..ha..isu Najib la, time tu baru saja Amar Singh buat press conference mengenai rampasan harta karun Rosmah.

Jetty Point..semakin cantik dan teratur
Punya sembang sampai tak sedar dah sampai Jetty Point, jeti dia semakin cantik dan tersusun.  Kawan aku dah sedia menunggu dengan VW MPV untuk bawa aku ke Anies Village Motel, Pantai Chenang yang dah booked melalui Agoda.

Sebenarnya banyak attractions baru di Langkawi ni tapi aku hanya nak try yang paling popular dan belum penah aku try iaitu Cable Car dan Kilim Geo Park.  Next entry, aku ceritakan pengalaman aku menakluki Gunung Mat Cincang dan Kilim Geo-Park.

Kos utama aku selama 3H2M di Langkawi seperti berikut:
Penginapan Anies Village Motel - RM185.49@2 malam (Triple room/Agoda all-in)
Parking Kuala Perlis@Yusof Bee Enterprise - RM30 (RM10@hari)
Feri Kuala Perlis_Langkawi - RM36@2 hala (RM18/sehala dewasa)
Sewa Kereta - FOC (kereta kawan; tapi nak sewa dalam RM80-RM120/hari ikut model)
Cable Car@Basic Pakej - RM40/orang (pakej untuk SkyCab, SkyDome, SkyRex & 3D Art Museum)
Kilim Geo Park - RM450/bot untuk pakej 3 jam (setiap bot boleh max muat 10 orang)


Mercu Jetty Point


Wednesday, October 8, 2014

Bayview Hotel Langkawi

Bayview Langkawi (kredit Agoda)
Salah satu hotel yang aku suka duduk kalau ke Pulau Langkawi adalah Bayview Hotel Langkawi. Hotel ni terletak di alamat berikut:

Jalan Pandak Mayah 1
Pusat Bandar Kuah
07000 Langkawi
+6049661818
www.bayviewhotels.com

Sebab utama pasai apa aku suka hotel ni ialah lokasi dia dekat dengan pusat bandar Kuah. Kalau kita tak sewa kereta kalau setakat nak shopping, semuanya 


Pemandangan dari bilik 
berdekatan dengan hotel ini. Kalau nak shopping di Haji Ismail Group atau Langkawi Saga Shopping Complex, hanya perlu berjalan kaki.  Tapi kalau nak ke HIG Kompleks, kena jalan sikit tapi tak jauh jugak. Cuma kalau yang suka nak shopping di Idaman Suri, kena ambik teksi kalau nak ke sana. Sebenarnya di Haji Ismail Group atau HIG Kompleks pun ada barangan yan sama di jual di Idaman Suri cuma Idaman Suri dia ada barangan keperluan dapur yang dibuat atas nama Idaman Suri.  

Cuma kadar semalam di hotel ni agak mahal..dengan RM220 semalam, kita hanya dapat bilik standard yang agak kecik kecuali kalau kita datang time off-peak.  Kalau nak menjamu selera, terdapat restoran tomyam depan hotel dan semua bank boleh kata ada disekitar hotel.  

Stesen teksi pun terletak dihadapan hotel tapi kalau nak save, ambik teksi lalu lalang yang share dengan orang ramai (macam bas mini).  Kalau nak ke Komplek Pekan Rabu, boleh berjalan kaki dalam 15 minit ke sana.  


Kompleks HIG dari hotel

Sunday, September 14, 2014

Halim Gulai Panas, Langkawi

Ikan kembung dgn gulai panas & sotong goreng tepung

Salah satu tempat makan yang aku suka kalau pi Langkawi ni ialah Halim (GP) Gulai Panas Airport. Kedai makan dia biasa saja & bukan kedai canggih pun tapi gulai panas dia terangkat.


Terletak di roundabout berhampiran Airport Langkawi, Padang Mat Sirat (Jalan Lapangan Terbang) dan beroperasi waktu malam saja. 




Suasana dalam kedai Halim GP
Kita boleh pilih ikan apa yang kita nak dan akan di sediakan dengan gulai panas masa tu jugak. 

Baru ni aku try 3 ekor ikan kembong dibuat gulai, sotong tepung untuk 2 orang makan + ulam-ulaman. Harganya RM34 je..gulai dia..phuhhh..sedap macam makan kat umah!  Masa aku sampai dalam jam 8 malam, orang tak berapa ramai.  Dah sampai apa aku pesan, 5-6 buah kereta sampai dgn family, penuh dah kedai!  Kalau ke langkawi, boleh lah try makan di kedai ni..


Yang bestnya, gulai di sediakan selepas pilih ikan.
Lokasi & contact no..cuti tak menentu kata owner dia..

Friday, October 19, 2012

Lawatan Singkat ke Langkawi


Fave Hotel..baru dibuka
Saya kerap ke Langkawi, boleh dikatakan setiap tahun tapi selalunya atas dasar kerja.  Tapi jarang dapat berjalan-jalan meninjau keindahan Langkawi kerana kesuntukan masa.  Langkawi ni duty free, selain terkenal dengan  sejarah Mahsuri tapi hanya beberapa barang saja yang murah dibanding di tempat kita. 
Barangan seperti pinggan mangkuk, coklat, rokok, minuman keras dan kereta saja yang ketara perbezaan harga.  Kalau pinggan mangkuk yang di tempat kita hanya mampu tengok saja tapi di sini kita boleh beli dengan harga agak murah.  Anda boleh ke Ismail & Sons atau Idamansuri sekiranya ingin membeli pinggan mangkuk tersebut.

                                 Bilik Fave Hotel ni agak kecil..
Kali ini saya menginap di Fave Hotel yang terletak di Pantai Cenang bersebelahan Asenia Resort.  Hotel ni baru saja dibuka tapi tidak mengadap lautan dan keadaan dalaman masih cantik dan kemas.  Cuma bilik hotel ni agak kecil dan sempit.  Bilik saya mengadap bukit, cantik juga terutamanya waktu pagi. 

Kalau menginap di sini, kena ada transport sendiri kerana ianya jauh dari pusat bandar Kuah.  Kalau nak turun town, kena naik teksi atau sewa motor.  Dengan harga hampir RM200 semalam, anda buat pilihan sendiri samada berbaloi atau tidak. 

Kereta Kuda pun Tun terima sebagai hadiah..
Selepas semuanya settle, destinasi pertama adalah ke Galeri Perdana yang menyimpan segala macam hadiah yang diterima oleh Tun Mahathir sepanjang memerintah.  Ini bukan kali pertama saya menjejak kaki ke sini, mungkin sudah kali ke 4 atau 5 tapi masih tak jemu melihat barangan yang begitu banyak dipamer.  Dulu masa saya masuk, kamera tidak dibenarkan tapi sekarang kamera dibenarkan masuk.  Kalau nak belek setiap barangan disini, saya rasa 2 jam pun belum cukup!  Bermacam hadiah yang diterima Tun daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya macam kereta, motor dan kereta kuda.  Hadiah dari hampir setiap negara dalam dunia ini yang diterima oleh Tun.


Makam Mahsuri
Destinasi berikutnya adalah Makam Mahsuri yg begitu lama saya tidak lawati. Ternyata kemudahan di sini lebih baik dengan kemudahan dan landskap yang cantik dan terjaga.  Mungkin tidak perlu diceritakan lagi tentang lagenda Mahsuri ni tapi bagi yang kurang arif anda akan diberi penerangan dengan secukupnya.  Terdapat rumah contoh seperti rumah Mahsuri dan perigi yang kononnya digunakan oleh Mahsuri.




Restoran Siti Fatimah..di hadapan Hotel Tok Senik
Selepas meneroka Makam Mahsuri, perut terasa lapar & kami singgah di Restoran Siti Fatimah yang terletak di hadapan Hotel Tok Senik.  Restoran ni antara yang terkenal dan menjadi pilihan bas persiaran  yang membawa pelancong.

Pilihan juadahnya begitu banyak hingga susah nak buat pilihan.  Sedap jugak masakan di sini & kalau kita ada rezeki, restoran akan menyediakan makanan orang kampung Langkawi yang tidak terdapat di tempat kita.  
Telaga Air Hangat..dah tak panas sangat
Dah kenyang, kami beredar ke Telaga Air Hangat.  Dulu masuk sini kena bayar dan kita akan dihidangkan dengan tarian kebudayaan tapi sekarang tiada lagi (mungkin off-peak).

Air hangat di sini rasanya dah tak hangat seperti dulu, dah agak suam.  Kalau dibandingkan dengan air hangat di Tambun Ipoh, saya rasa di sana dua kali lebih hangat.
Pasir Hitam..pasir di pantainya memang hitam
Kami singgah ke Pasir Hitam dimana pasir di pantai ini memang hitam.  Juga terdapat kedai-kedai menjual cenderahati dan t-shirt Langkawi.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan ole-ole boleh beli di sini kerana harganya agak murah dan boleh tawar-menawar lagi.  Pelbagai key-chains di jual di sini & terdapat juga key-chain dimana dimasukkan pasir hitam ke dalam botol kecil dan dibuat key-chains.


Terdapat muzium di Pusat Kraftangan..Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan
Tidak jauh dari Pasir Hitam terdapat Pusat Kraftangan Langkawi dimana terdapat pelbagai barangan yang dipamerkan untuk tontonan dan jualan.  Ramai tidak tahu yang disebelah kanan & kiri pusat ni terdapat 2 muzium.  Muzium Warisan yang mempamerkan barangan lama dan Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan yang mempamerkan pelbagai jenis perkahwinan di Malaysia ni.
Muzium Warisan

Jalur Gemilang yg digunakan oleh Dato Azhar mengelilingi dunia

Destinasi seterusnya adalah Telaga Harbour, Pantai Kok yang merupakan antara kawasan baru yang menjadi tarikan bila ke Langkawi.  Kalau sesiapa ada menonton filem My Spy lakonan AC Mizal, ianya di buat di sini. 

Di sini terdapat banyak kapal layar yang berharga ratusan malah jutaan ringgit yang menjadikan Telaga Harbour,  sebagai tempat untuk berlabuh.  Yang paling istimewa adalah kapal layar yang digunakan oleh Dato Azhar untuk mengelilingi dunia diletakkan di sini.  Bayangkanlah kapal yang begitu kecil dijadikan tempat berteduh hampir setahun meredah lautan ganas. 

The Loaf..dikatakan kepunyaan Tun Mahathir
Saya dipahamkan Tun Mahathir juga mempunyai kapal layar bernama "Apa Nama" yang berlabuh di sini tapi tak nampak pun.

Setelah penat meninjau kawasan Telaga Harbour, singgah di sebuah restoran yang menyajikan roti & muffin; The Loaf.  Khabarnya The Loaf ni kepunyaan Tun Mahathir & opis Tun terletak di tingkat satu restoran ni.
Ramai pelancong yang singgah disini termasuk pelancong asing.  Harga makanan di sini kira ok jugak kalau nak ikut status restoran ni. 


Sebenarnya di Langkawi ni terdapat banyak tempat menarik yang perlu di lawati selain menjadi tarikan pusat membeli-belah barangan duty free.  Bagi yang belum pernah sampai ke sini, tak rugi rasanya kalau kita spend beberapa hari meneroka pulau indah ini.  Berbanding Penang, pantai di sini lebih cantik dan asli.  Layanlah gambar-gambar di bawah semasa di Pulau Lagenda ini.


Suasana ni kaki Gunung Mat Chincang.. Cable Car naik di sini

Antara kereta yang terdapat di Galeri Perdana..koleksi Tun

Org Langkawi bagitau yg 2 batu ni yg terletak sebelah kubur merupakan
kubur sebenar Mahsuri...untuk elak pemujaan
Refleksologi kaki di Telaga Air Hangat

Pakaian pengantin dipamerkan di Muzium Adat & Perkahwinan

Pemandangan di Telaga Harbour

Suasana dalam di The Loaf..sedap!

Singgah pekena laksa & ayaq nyok di tepi pantai airport, Pdg Mat Sirat