Thursday, October 17, 2019

The Grand Plaza Hotel, Hatyai

Grand Plaza..sebelah Lee Garden je
Selalunya kalau ke Hatyai, aku booked Lee Garden Hotel tapi rate hotel ni dah melebihi RM200 semalam.  So aku cari hotel yang dekat dengan area ni tapi rate dia murah sikit dan terjumpa hotel ni yang terletak betul-betul sebelah saja dengan Lee Garden Hotel.

Untuk yang tak biasa dengan town Hatyai, kawasan Lee Garden ni pada waktu malam menjadi kawasan jualan pakaian dan makanan yang menarik.  Sebab tu aku cari kawasan ni supaya aku hanya berjalan kaki di sekitar kawasan ni.


Rate yang aku dapat melalui Agoda (all-in) selepas di tolak rebat adalah RM135.92 semalam (tanpa breakfast). Hotel dia kira ok ja dengan perabut yang agak lama.  


Channel TV dia memang hebat sampai 40 channels tapi semuanya cakap Siam termasuk channels English movies.  Tapi yang bestnya dapat channel TV3, so aku layan TV3 saja la yang aku paham termasuk satu channel bola.  Iron tidak disediakan.

Nak makan memang tiada masalah, banyak stalls depan hotel dan Restoran Hamid yang popular hanya di sebelah jalan.  Shopping Complex Central terletak di depan hotel dan nak ke Kim Yong Market hanya perlu jalan kaki dalam 10-15 minit je.  Nak urut kaki, bersepah tempat urut kaki di sekeliling hotel.

Masa check-in tiada deposit di bayar cuma passport di simpan oleh reception.

Katil double kira ok ja

Perabut agak lama dengan channels TV lebih dari 40 saluran

Toilet bersih dengan air panas (suam bagi aku)

Ke Hatyai Dengan KTM 2.0 - IV

Bahagian ni aku akan ceritakan secara ringkas kos penting aku semasa ke Hatyai dengan train ni:

Komuter/Train:
Komuter Tasek Gelugor - Padang Besar RM8.30
Train Thai Padang Besar - Hatyai  RM8
Train Hatyai - Padang Besar RM8
Komuter Padang Besar - Tasek Gelugor  RM8.30
JUMLAH KOS KOMUTER/TRAIN (SEORANG)          RM32.60

Grab Thai:
Stesen Keretapi Hatyai - Hotel Grand Central RM5.90
Hotel - Floating Market RM19.65
Floating Market - Asean Night Bazaar RM22.45
Asean Night Bazaar - Hotel RM11.20
Hotel - Chabura Dim Sum RM11.20
Chabura Dim Sum - Kim Yong Market RM12.65
Hotel - Stesen Keretapi Hatyai RM9.80

JUMLAH KOS GRAB (BERDUA)                             RM92.85

Makan:
Hamid Restaurant (Tengahari)  RM110
Floating Market (anggaran) RM20
Asean Night Market (anggaran minuman) RM10
Night Market Lee Garden  (anggaran) RM100
Chabora Dim Sum (Breakfast)  RM40
Salma Restaurant  RM21

JUMLAH KOS MAKAN (BERDUA)                          RM301.00

Hotel Grand Central semalam (Agoda)             RM135.92


JUMLAH KOS                                                    RM562.37                        
(Tidak termasuk cenderahati dan belian pakaian)


GRAB Thai
Sepanjang aku di Hatyai ni, Grab menjadi main transport sebab aku berdua saja dan rasanya lebih economical.  Sebelum aku ke Hatyaia, aku dah confirm dengan call centre Grab tentang penggunaan Grab di Hatyai dan terdapat 2 jawapan. Sorang cakap, aku kena re-install Grab apps sebaik saja aku sampai kat Hatyai untuk aku boleh gunakan Grab Thai ni.  Sorang cakap aku kena install apps Grab Thai sebab apps Grab Malaysia tak boleh guna di Thai dan aku cari dalam google play tak jumpa pun Grab Thai hanya ada satu Grab saja.

Last-last tawakal saja dengan apps yang sedia ada cuma aku dah link siap-siap payment dengan credit card dan aku dah minta credit card bank aku buka penggunaan overseas untuk 2 hari tu.  Bila aku first time guna Grab apps semasa nak tempa trip dari Hatyai Station ke hotel, apps dah tunjuk siap-siap harga dalam THB dan tiada apa masalah sepanjang aku di sini menggunakan apps Grab Malaysia.

Drivers Grab Thai ni hampir kesemuanya guna kereta mewah, sepanjang 2 hari aku guna Grab Thai ni kereta yang datang Honda Civic baru, Jazz, Toyata Yaris dan Ford Ranger.  Aku tak tau macam mana driver buat duit sebab minyak memang mahal kat Thai tapi rate Grab Thai ni pun lebih mahal dari rate Grab Malaysia.

Cuma masalahnya komunikasi dengan pemandu memang fail..hampir semua tidak boleh cakap Inggeris dan jangan harap la dia nak greet kita "good morning" ka.

Misi Mencari Makan
Pada awal trip ni aku dah set nak terjah beberapa tempat  dan cuba makanan yang dah di recommend dan viral oleh bloggers yang pernah sampai ke Hatyai ni.  Ni yang aku plan sebelum ke Hatyai:
  • Restoran Hamid dan Salma - dah makan kat sini, harga agak mahal
  • Steamboat Halal - tak sempat sebab dah kenyang sangat
  • Chabura Dim Sum Halal - memang best dan mesti cuba
  • 7e mencari mentos choco, Latte Arabus dan Matcha Latte Milk - dah masuk 2 7e tapi sentiasa penuh dan que panjang.
Tempat nak terjah:

  1. Khlong Hae Floating Market - semakin lengkap cuma banyak anjing
  2. Asean Night Market - macam tempat kita, minum mocca kat tingkat 1
  3. Greenway Night Market - tak berapa berminat
  4. Kim Yong Market - gajus murah kat sini

Ke Hatyai Dengan KTM 2.0 - Part III

Hari kedua di Hatyai, pagi-pagi dah kena bangun untuk try breakfast dim sum halal kat satu kedai yang viral.  

Chabora Dim Sum Halal
Dim sum halal di Chabura Dim Sum
 Dengan harga Grab 80B ie. RM11.20, aku dibawa terus ke pintu depan restoran ni.  Walaupun aku rasa aku paling awal, tapi bila sampai restoran dah hampir penuh dengan rakyat Malaysia yang rata-rata datang dengan group.

Ikut selera la nak makan yang mana..
Pilih yang mana abg suka..
Mula-mula kita diminta pilih dim sum yang kita nak cuba..bubuh dalam talam dan pelayan akan ambil talam untuk depa masak atau hangatkan dimsum kita.  Sebab semalam aku melantak banyak sangat, aku rasa masih kenyang, jadi aku ambik tak la banyak sangat.  Bila dah try dim sum ni, wah..memang sedap.  Aku pilih lagi dim sum lain dan tambah.  Untuk dim sum ni, aku di caj 290B ie. RM21 untuk makan berdua.


Yang aku try..290B

Kalau tak nak amakn dim sum, order lah nasi dan tomyam pun ada
Servis kat Chabora ni memang terbaik walaupun ramai pelanggan dan semuanya halal sebab yang sediakan semuanya orang Islam.  Kalau datang Hatyai, mesti kena try dim sum kat sini sebab harga murah dan sedap.  Kalau tak nak try dim sum, menu lain macam tomyam pun ada.


Sebelum di hidangkan, dim sum di panaskan dulu

Kim Yong Market


Yang belah kanan tu lah Kim Yong Market..dekat saja dengan Lee Garden
Dah puas dengan dim sum, macam biasa Grab pun dipanggil.  Mulanya nak balik area hotel dan ronda-ronda sekitar hotel tapi bila on the way driver lalu Kim Yong Market ni, aku terus suruh dia drop kat sini.  Untuk sampai kat sini dari Chabora Dim Sum aku di charge 90B ie. RM12.65 dengan Toyota Yaris. Market ni terletak tak jauh dari hotel (boleh jalan kaki je) dan katanya gajus murah kat sini.


Suasana dalam Kim Yong Market

Gajus kat sini murah...ada gerai org Islam yang jual
Market ni macam Pasar Payang KT dan menjual pakaian dan jugak gajus.  Kat sini aku beli gajus 1kg dengan harga 320B ie. RM44 (lebih murah dari Padang Besar) dan lain-lain jajan.  Dah siap membeli bahan untuk dibawa pulang, aku berjalan kaki balik ke hotel untuk mandi dan check-out sebab check-out time 12pm waktu Thai.

Salma Restaurant
Tadi pagi makan dim sum saja, perut rasa lapar balik.  Train pukul 2.00 pm waktu Thai, jadi ada masa untuk makan dulu.  Kali nak try makan kat Salma Restaurant yang terletak dekat dengan Hamid Restaurant.  Sebab tak nak makan heavy, just order nasi puteh dengan telur goreng + ayam dengan harga 150B ie. RM21


Alas perut dengan menu ni..tak berapa emmm..
Tapi rasa kat sini tak berapa sedap sangat, mungkin menu yang aku pilih kut..dulu aku pernah breakfast kat sini dan kira ok jugak.

Train Hatyai - Padang Besar


Kaunter tiket stesen keretapi Hatyai
Sepertimana datang, train nak balik pun hanya ada 2 kali sehari dari Hatyai.  Pagi time 9am dan petang time 2pm yang aku nak naik ni.  Bila aku ambik tiket, staff counter cakap "no seat..standing"..alamak! aku kena berdiri 45 minit sepanjang perjalananlah jawapnya.  Train dah ready..train yang sama semasa datang jugak..seperti di duga train penuh sesak..kalau aku duduk kat dalam gerabak, jenuh aku berdiri ditenga-tengah gerabak dengan orang ramai, so aku duduk antara gerabak kat toilet tu.  Bolehlah aku duduk bersandar sambil kena angin pasal hanya pintu sebelah saja di tutup.


Tempat aku semasa dalam train ke Padang Besar..antara gerabak
Rupanya bukan aku dan wife saja duduk kat antara gerabak, ramai lagi yang sama-sama berdiri dan bersandar diantara dua gerabak..nasib baik toilet dia tak berbau.  Tak macam semasa datang semalam yang train delay sampai 2 jam tapi kali ni cukup time train pun memecut terus ke Padang Besar.  Train hanya berhenti di stesen sebelum Padang Besar untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Sekali lagi aku terpaksa bersesak-sesak untuk melepasi imigresen Thai..kat Thai ni jangan haraplah ada lane priority untuk wargamas ka atau baby..semua beratur panjang, sehingga ada baby dah menangis sebab panas.   Satu yang aku sangat respect dengan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit walaupun berada di negara orang, semua membuka jalan untuk bagi family baby yang menangis ni melepasi imigresen.  Bayangkan dari belakang que, semua kami bagi jalan kat family tu untuk di chop terlebih dahulu.  Tabik untuk yang berada di situ waktu tu..
Bersesak lagi untuk chop passport Thai
Ada jugak satu family depan aku, tertinggal white card (portion masa masuk dulu) kat hotel di Thai.  Untuk yang mungkin kali pertama seberangi sempadan, selepas passport di chop, portion white card tu janganlah dibuang sebab mesti diserahkan semula semasa balik keluar dari Thai.  Nasib baik imigresen Thai isi balik white card dan lepaskan family tu sebab aku dengar ada yang ditahan dan didenda sekiranya tiada portion white card tu.

Hampir sejam berurusan di imigresen Thai dan Malaysia, akhirnya aku mengambil komuter jam 5.25pm.  Komuter penuh sesak terutamanya apabila berhenti di Alor Setar sebab ramai yang baru balik bekerja.

Alhamdulillah..hampir magrib aku selamat sampai di Tasek Gelugor.  Pengalaman yang menarik untuk ditempuhi berkeretapi ke Hatyai untuk kali kedua.  Kalau diberi pilihan selepas sampai sempadan, aku rasa lebih baik naik van dengan harga RM20 terus sampai hotel tanya bersesak-sesak berjam melepasi sempadan terutamanya bahagian Thai.  Tapi bagi yang betul-betul budget, boleh lah berkeretapi ke Hatyai..

Ke Hatyai Dengan KTM 2.0 - Part II

Hotel Grand Central..bersebelahan Lee Garden dan bertentang dengan Central Shopping Complex
Dalam 10 minit naik Grab, dah sampai ke Grand Plaza Hotel yang terletak bersebelahan dengan Lee Garden Plaza dan bertentangan dengan shopping complex Central.  Tiada deposit di collect dan cuma passport kita disimpan oleh pihak hotel.  Untuk keselamatan, copy lah siap-siap pasport dan ambik lah business card hotel di counter.  Selepas letak beg aku pun turun ker destinasi pertama..makan

Restoran Hamid
Restoran Hamid..terletak tepi Lee Garden je
Restoran ni terletak di tepi Lee Garden Plaza saja dan terkenal dengan tomyam.  Aku order nasi putih 2, tomyam campur 2 orang, daging bakar dan kelapa  muda disumbat aiskrim dan roti.  Harga untuk menu ni 815B ie. RM110, kira mahal jugak tapi aku dah tau rrstoran ni memang agak mahak sikit.

Menu yang aku order 815B atau RM110..kira mahal jugak untuk makan berdua

Khlong Hae Floating Market
Floating Market Hatyai
Perut pun dah kenyang dan hujan pun dah reda, aku panggil Grab untuk ke Foating Market.  Grab Thai ni kebanyakan kereta hebat-hebat; ni yang datang Honda Civic baru semalam pun Honda Civic.  Perjalanan agak jauh jugak dan aku di charge 140B ie. RM19.65.  Sebelum aku tempa Grab, ada tut-tut approach aku nak bawa ke Floating Market dengan harga 400B (dia tunggu sehingga habis dan bawa kita balik). Kalau datang lebih dari 4 orang, mungkin penangkutan tut-tut lebih economical berbanding dengan Grab. 

Untuk memudahkan bayaran, aku dah link Grab apps aku dengan bayaran dengan kad kredit supaya aku tak perlu cari duit kecik masa nak bayar.  Tempa dan naik, sampai dan terus di tolak dari kad kredit tapi Grab Thai ni mengalakkan bagi tips sebab selepas kita rate driver, apps galakkan kita bagi tips kat driver tapi aku tak penah bagi pun sebab aku rate driver selepas aku turun dari Grab.


Dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad saja
Floating Market aku dah pernah pi 2-3 kali jugak; sebelum ada jambatan cantik lagi.  Dulu masa aku first time mai, jambatan dia cuma dibuat dari kayu dan sungai dia penuh dengan rumput hijau.  Tapi sekarang makin cantik, bersih dan toilet pun banyak.  Macam biasa ronda-ronda dulu kat kedai yang jual baju dan aku notice baju kat sini lebih murah berbanding dengan depan Lee Garden atau Asean Market.


Ada gerai-gerai jual baju dan cenderahati
Dah ronda, masa untuk mencari makanan pelik yang disediakan oleh peniaga dari atas sampan.  Bagi yang first time datang, janganlah ingat sampan ni bergerak macam kat Bangkok, sampan ni semua ditambat sederet untuk kita memilih dari satu sampan ke satu sampan.  Rasanya ada dalam 30 buah sampan yang diikat sederet dan harga makanan kat sini tak mahal dan kebanyakan disediakan oleh peniaga Islam berdasarkan hijab dan kepiah yang dipakai.  Tempat makan pun disediakan cukup banyak; yang teduh dan yang terbuka pun ada.  Cuma aku kurang berkenan bila terdapat banyak anjing liar yang akan datang bila kita tengah makan.

Kira aku spent time kat sini lama jugak dalam 1.5 jam sebelum panggil Grab untuk ke next destinasi.  
Macam-macam menu dan harga murah untuk dicuba
Kebanyakan peniaga orang Islam..
Pondok untuk menjamu selera disediakan,..
Destinasi wajib datang tapi make sure hujung minggu saja

Asean Night Bazaar
Asean Night Bazaar..macam bazar kita jugak
Dari Floating Market aku terus tempa Grab ke Asean Night Bazaar walaupun jam baru pukul 6 petang waktu Malaysia (5 petang waktu Hatyai).  Kali ni aku di charge 160B ie. RM22.45 untuk sampai kat sini dengan Honda Jazz.  Masa aku sampai agak awal, banyak kedai baru nak mula perniagaan.  Bazar ni macam bazar kat Padang Besar kita, ada kedai-kedai dalam kompleks dan ada kedai-kedai di sekeliling kompleks.  Tingkat atas kompleks, ada stall jual makanan dan minuman.


Tingkat satu ada gerai makanan..try minum kat sini..sedap
Aku hanya beli 2 helai seluar bola pendek kat anak-anak aku berharga 100B dua helai.  Setelah minum-minum kat sini, aku pun panggil Grab untuk pulang ke hotel dan kali ni yang datang Ford Ranger dan di charge 80B ie. RM11.20.  Kali ni aku nak lepak depan Lee Garden sambil makan-makan apa yang patut.

Lee Garden Night Market
Suasana depan Lee garden..jalan ditutup sebab ada Chinese celebration
Selalunya depan Lee Garden ni setiap malam ada jual macam-macam makanan dan barangan tapi kali ni jalan ditutup sebab ada cerebration untuk Chinese komuniti. Tapi jualan makanan macam udang masih ada di tepi jalan.  


Udang besar dijual 300B dalam 6-7 ekor...makan berdua pun tak habis
Dah lama nak try lobster dan aku order sepinggan lobsters dalam 6-7 ekor bersaiz sederhana dengan harga 300B ie. RM42.  Memang sedap lobster dia; cuma bila banyak sangat kira rasa jemu.  Aku beli jugak sehelai Tshirt Hatyai dengan harga 100B ie. RM13 sebagai tanda aku datang Hatyai.

Malam tu kami berdua makan sungguh..udang 300B (RM42), ayam sepaha 70B (RM9.60), pulut durian 100B (RM13) dan roti nutella 50B (RM6.90).  Malam tu aku tak boleh lena, turun bawah tengok geng chinese dok clear depa punya barang celebration tu..


Chinese community sembahyang depan Lee Garden..aku lupa dah nama apa, kat Malaysia pun ada..

Urut Kaki
Rate untuk urut kaki

Sebelum aku naik untuk tidor, aku dan wife sempat singgah untuk merasa urutan kaki Thai di salah satu pusat urut yang bersepah yang rata-rata penuh dengan rakyat Malaysia.  

Kami ambik pakej foot and neck shoulder 1 jam dengan harga 250B ie RM35


Bagi aku tiada yang istimewa  sangat cuma harganya agak murah berbanding di negara kita.  


Tapi bila dah penat berjalan dan dapat orang urut kaki kita, rasa hilang lenguh-lenguh.


Majority rakyat kita akan buang duit kat spa-spa urut kaki ni kalau berkunjung ke Hatyai

Yang urut aku kira ok, terasa..yang wife dapat (kanan) hampeh..macam sapu manyak, tak rasa pun

Ke Hatyai Dengan KTM 2.0 - Part I

 5-6hb. Oktober 2019 (2H1M) 

Bagi yang mengikuti blog aku mungkin dah pernah baca yang aku pernah ke Hatyai dengan menaiki train pada tahun 2011.  Cuma pada waktu tu KTM tidak mempunyai train elektrik sama ada ETS atau komuter.  Jadi aku hanya menaikki train biasa (diesel) untuk sampai ke Padang Besar.  Tapi trip kali ni untuk kali keduanya aku mencuba ke Hatyai dengan komuter dan di sambung dengan train ke Hatyai.  Hatyai ni bukan destinasi asing bagi aku sebab pada hujung tahun 2017 semasa aku memandu ke Krabi dan Phuket, aku singgah ke Hatyai semalam semasa dalam perjalanan pulang.

Trip singkat kali ni memang budget ketat sikit dan tujuan utama adalah untuk mencuba makanan sedap/viral di Hatyai.  Hampa tau tak dengan hanya kurang daripada RM25/sehala (dari Tasek Gelugor), hampa dah boleh jejak kaki ke Hatyai.   Nanti aku bagi kos aku untuk sampai ke Hatyai ni.  Setelah aku layari beberapa blog, aku ingin nak terjah restoran atau menu-menu yang di viral oleh orang Malaysia yang dah ke Hatyai:
  • Restoran Hamid dan Salma (aku dah pernah try)
  • Steamboat Halal
  • Chabura Dim Sum Halal
  • 7e mencari mentos choco, Latte Arabus dan Matcha Latte Milk
Tempat nak terjah:
  1. Khlong Hae Floating Market (dah pernah sampai)
  2. Asean Night Market
  3. Greenway Night Market (dah pernah sampai)
  4. Kim Yong Market
Tukaran wang aku buat di Sunway Carnival Seberang Jaya adalah 0.138  (Bagi setiap RM1 kita dapat 7.24B) dimana dengan RM483 aku dapat 3,500B.  satu ketika dulu setiap RM1 kita dapat 10B..banyak jatuhnya duit kita!

Komuter Tasek Gelugor - Padang Besar

Jadual train dari Tasek Gelugor ke Pdg Besar untuk sebelah pagi; sejam satu
Perjalanan awal pagi dengan komuter pada jam 6.48am dengan tambang RM8.30/hala (biasa RM10.10) selepas ditunjuk IC semasa beli tiket.  Perjalanan di jangka memakan masa hanya 1.5 jam dan sepatutnya tiba jam 8.16am.  Komuter penuh dengan penumpang walaupun perjalanan awal pagi, mungkin ramai yang nak ke Padang Besar, jangka ku.  

Sepatutnya jam 8.16 am komuter dah sampai di last station Padang Besar (sempadan Malaysia) tapi malangnya hanya jam 8.45 am baru aku sampai.  Komuter berhenti lama (lebih dari 20 minit) di pertengahan jalan dengan alasan menunggu isyarat dari pusat kawalan.  Dah sampai kelam kabut aku sebab train nak ke Hatyai bertolak pukul 9.50am waktu Malaysia.  Rasanya tak sempat nak buat clearing imigresen di bahagian Malaysia dan Thailand.  Kalau terlepas train pagi ni, hanya ada satu lagi train pada waktu 4.40pm, jenuh tunggu..Rupanya yang ramai-ramai dalam komuter aku tu majority nak masuk ke Hatyai dan membuatkan platform penuh sesak.  Gerenti terlepas train 9.50am la aku ni..


Sebelum nak chop passport kat imigresen Malaysia dan Thai, kena beli tiket train ke Hatyai dulu..beratur panjang
Bagi yang tak pernah melintas sempadan dengan train, selepas turun dari komuter, kita akan ke tingkat satu.  Keluar dari pintu nanti ada yang tawarkan van terus ke Hatyai dengan harga RM20/orang, jadi ikut suka hampa la kalau malas nak naik train Thailand.  Bagi aku yang dah budget train, penumpang diperlukan membeli tiket train ke Hatyai dulu sebelum dibenarkan untuk melintas sempadan Thai.  Beratur panjanglah aku di platform train Hatyai dan kita boleh wakilkan seorang untuk beratur dengan syarat, bagi pasport kat wakil kita.  Tiket boleh dibayar dengan RM8 atau Thai Bhat 50B tapi make sure bagi duit kecik.  Orang Thai memang tak dak customer oriented punya, dia tak kan tukar duit kecik kat kita walaupun dalam drawer penuh duit tukar.


Jadual train Padang Besar ke Hatyai waktu Thai dgn harga 50THB atau RM8
Dah beli masuk pejabat Imigresen Thai untuk dapatkan White Form (selalunya ada staff Thai yang tolong bedak form tu) tapi kita mesti tunjukkan tiket train.  Kalau ada 3 tiket, jangan pandai-pandai nak minta 4 form untuk dibuat spare takut salah..dia tak kan bagi.  Isi lah form ni sambil berdiri, bertenggek atau meniarap sekali pun sebab tiada meja disediakan.  Semua partriculars kena isi termasuk nama hotel (kolum address in Thailand) yang kita akan tido di Hatyai nanti.  Lepas isi, ni lah bab paling menyiksakan..berasak-asak di atas paltform untuk masuk Imigresen Malaysia/Thai.  Jam dah pukul 10am dan kalau ikut kan train ke Hatyai dah berlepas.  Tapi bila aku sembang dengan polis Malaysia yang bertugas, train tak kan bertolak selagi semua yang dok que ni tak habis urusan imigresen.  Lega aku...


Tengok ramainya yang dok tunggu atas platform utk tunggu pejabat Imigresen Malaysia dibuka..masa ni baru pukul 9.45 am
Aku hanya lepas kedua-dua imigresen dan naik train pada jam 11.40 am..bayangkan berapa lama penumpang terpaksa beratur dan berasak atas platform yang sempit.  Ni kira cuti weekend biasa, kalau cuti berkembar macam Deepavali hujung bulan, janganlah naik train.  Tiket dah disediakan nombor coach dan kerusi.  Aku ada baca dalam blog katanya keretapi dah aircond tapi rupanya keretapinya hampir sama macam aku pi tahun 2011 hanya kipas siling saja dan hanya ada 3rd class.


Train ke Hatyai..masih couch lama dan tiada aircond..
Suasana dlm train..bayar RM8 (50THB) dapat servis macam ni lah..
Tepat jam 12pm, baru lah train terhegeh-hegeh berlepas meninggalkan Malaysia; makna nya delay 2 jam.  Perjalanan memakan masa 45 minit untuk sampai ke stesen Train Junction (nama stesen Hatyai) dan alhamdulillah aku selamat sampai dengan di sambut hujan yang amat lebat.

Mengikut plan awai sepatutnya aku sampai jam 10.45am , aku nak try breakfast kat area stesen tapi dah tengahari terus nk check-in dan makan lunch di Hamid Restaurant.
Hotel yang terletak dalam stesen keretapi Hatyai
Aku dah booked Hotel Grand Plaza yang terletak bersebelahan dengan  Lee Garden Plaza melalui Agoda dengan harga RM135.92 (all-in) untuk bilik berdua.  Dari station aku panggil Grab Thai dengan harga 42B ie. RM5.90 untuk perjalanan yang tak jauh pun (aku akan ceritakan memgenai Grab Thai dalam entry terakhir).