Thursday, May 16, 2019

Hotel Suria 18, Ipoh

 4 Mar 2019 

Hotel Suria 18
Hari tu masa aku on the way balik dari KL, sampai Ipoh dah lewat sangat..so aku try cari hotel budget untuk bermalam dan dapatlah hotel budget ni yang di recommend oleh seorang sahabat.  Alamat penuh hotel:

682, Jalan Paser Puteh, Pengkalan Pegoh
31650 Ipoh, Perak
05-3236212/05-3236213/05-3236217

Apa yang best tentang hotel ni selain daripada rate yang reasonable adalah lokasinya yang terletak di kawasan yang kurang sibuk tapi terdapat banyak restoran macam MCD,nasi kandar, tomyam dan kedai kampung disekeliling hotel ni.  Jadi kalau nak cari makan sepanjang hari tiada masalah kat sini.  Berdekatan hotel pun terdapat gedung membeli-belah Pengkalan Mall, Tesco dan AEON Station 18.

Ni bukan bilik yang aku diami sebab katil ni besar (kredit google)
Aku booked semalam dengan katil double bed dan ratenya adalah RM80 semalam (tanpa breafast) melalui walk-in terus ke hotel.  Published rate untuk hotel ni seperti berikut dan rate makin meningkat bila makin tinggi sesuatu bilik tu berada.

Single Room (1 singled bed) RM60 (Ground saja)
Double Room (1 queen bed) RM80 (ist. floor) RM100 (2nd floor & 3rd. floor)
Twin Single (2 single bed) RM80 (ist. floor) RM100 (2nd floor & 3rd. floor)
Family Room (1 queen & 1 single bed) RM120 - RM150
Twin Double (2 queen zise bed) RM150 - RM170
Private Parking Room (1 queen bed and 1 private parking) RM170
Junior Suite (1 king size bed +mini bar + living hall) RM170
Apartment (3 rooms, 1 queen size bed in each room, living hall + dry kichen RM380

Bagi aku hotel ni memang memenuhi citarasa aku..harga yang reasonable, kemas, bersih, lokasi yang tak sibuk sangat dan yang paling penting sekitar hotel ada banyak restoran.

Tuesday, May 7, 2019

Arte Plus Ampang

 4 Mei - 5 Mei 2019 (Sabtu & Ahad)  


Since dah nak posa, aku pun travel turun ke KL untuk tengok pakaian raya pada minggu terakhir sebelum ramadhan.  Since datang berempat dan campur anak yang kerja di KL, aku decide nak ambik 2 bilik hotel.  Kira punya kira kalau 2 bilik hotel dah jadi RM200++..itu pun dok bilik asing-asing.

Belek-belek dalam Agoda, terjumpa menu Agoda Homes dan lepas view beberapa options aku booked apartment berikut.  Ni first time aku guna Agoda Homes pasal selalunya aku book Agoda Hotel je:

Arte Plus Ampang
No. 3 Lorong Ampang 1
55000 Kuala Lumpur
(berdekatan Tesco Ampang)

Hall dengan meja makan
Arte+ ni merupakan apartment yang terletak kira-kira 4km dari KLCC dan berkeluasan 77M dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi.  Apartment yang aku sewa di tingkat 32 dan waktu check-in bermula jam 3 petang.  Ada pantry dengan peti ais, ketuhar pemanas air dan pinggan mangkuk.  Apartment juga dilengkapi dengan wifi, Smart TV dengan Netflix dan Youtube.  Puas layan movie-movie yang agak baru (tapi bukan yang terbaru).  Hiasan dalaman memang cantik dan apartment ni sesuai untuk 5 orang dewasa sebab tilam tambahan disediakan.  

Parking juga disediakan kepada kita dan access masuk hanya dengan kad yang disediakan.  Ada lain-lain kemudahan macam gym dan pool yang aku pun tak sempat nak try.  Harga yang aku bayar untuk apartment memang berbaloi iaitu RM149.89 (all-in termasuk fee Agoda) untuk semalam.  

Bilik utama dengan attached bathroom
Bilik tidur kedua yang lebih kecil
Cuma nak makan agak susah sikit sebab kawasan sekeliling semuanya apartment dan kalau rajin bolehlah drive ke Tesco berhampiran.  Untuk breakfast aku order melalui Food Panda roti canai dan minuman.

Lupa nak bagitau semasa aku kat KL ni, aku shopping di Mitsui Outlet, Sogo dan Kenanga Wholesale Center (KWC).  Kira penuh juga bonet dengan pakain dan kasut kami sekeluarga.

Hall dengan sofa simple dan smart TV

Pintu masuk dan pantry kecil bersama alatan electric

Sunday, May 5, 2019

Sahara Inn, Tanjung Malim

 3 April 2019 


OYO 775 Sahara Inn Tanjong Malim..RM53 untuk bilik deluxe king
Last month masa kena pi HQ untuk attend meeting, aku drive dari umah.  Selalunya aku drive awal pagi dan terus gi meeting.  Tapi kali ni aku keluar awai malam dari rumah dan plan nak tido di tengah perjalanan.  Dulu di R&R tertentu macam Gunung Semaggol ada hotel yang disediakan tapi sekarang hotel di R&R ni dah terkubur.  

So, aku dah booked dengan Agoda hotel ni yang terletak di Tanjung Malim dengan harga RM52.37 (all-in) untuk bilik Deluxe King.  Bila sampai area Tanjung Malim, aku pun exit tol dan terus memandu dalam 10 minit untuk sampai ke hotel ni.  Deposit RM50 di kutip semasa check in.  Alamat penuh hotel ni :


1, Jalan Bahtera 1B, Taman Bahtera, Perak Tanjong Malim
05-4595999 

Ni bukan kali pertama aku bermalam di hotel ni pasal dulu aku pernah bermalam dengan kawan aku bila kami terpaksa berhenti bermalam sebab penat memandu ke Putrajaya.  Tu cerita 10 tahun sudah kut..tapi aku sampai kali ni, hotel ni tak banyak berubah cuma ramai students yang dok lepak dan makan di restoran nasi kandar yang terletak di belakang hotel ni.


Restoran Nasi Kandar 24 jam hanya dibelakang hotel
Salah satu sebab aku prefer hotel ni selain murah, ialah adanya restoran nasi kandar ni yang dibuka 24 jam.  Selain tu ada jugak gerai burger yang terletak di tepi restoran.  Kawasan ni tak sunyi sangat sebab ramai students (students UPSI rasanya) yang dok melepak kat restoran.  Masa aku sampai jam 12 tengah malam, still ramai students kat sini.


Bilik deluxe king
Aku booked bilik deluxe king dengan tingkap, saiz bilik kira ok saja cuma kebersihan bilik kurang sikit.  Walaupun aku baru check-in, bilik macam tak disapu.  Toilet kira ok dan channel TV hanya channel standard saja.  Aircond jenis lama tapi agak sejuk.


Toilet bersih tapi flush rosak..
TV dengan channel standard saja
Jadi pada siapa yang tak nak bermalam di R&R, bolehlah consider hotel ni.

Thursday, May 2, 2019

Azilah Mee Udang, Pulau Sayak

1 Mei 2019 Hari Pekerja

Pulau Sayak..banyak restoran mee udang..ni yang terbaru
Pulau Sayak ni (jalan sebelum sampai Pantai Merdeka Kuala Muda) merupakan salah satu tempat untuk melihat anak bulan untuk menentukan bulan puasa dan raya.  Selain daripada itu, di sini terkenal dengan menu mee udang yang harganya berpatutan yang di tawarkan oleh beberapa restoran kampung.  Aku rasa tak kurang daripada 5 restoran kampung yang menyediakan menu berasaskan udang seperti mee udang dan nasi goreng udang.  Aku dah penah try kesemua restoran tu tapi ada satu lagi restoran yang baru di buka.
Azilah Mee Udang Pulau Sayak
Pulau Sayak
08500 Sungai Petani, Kedah

Azilah Mee Udang..tepi laut
Aku order mee udang biasa berharga RM13 sepinggan dengan 3 ekor udang besaq.  Rasanya boleh tahan tapi udang dia memang fresh.  Kalau yang tak mau makan mee udang, ada menu maggi ikan termenung, char keow teow dan mee ketam dan udang galah.  Tapi masa aku mai, hanya tinggal udang saja pasal udang galah dan ketam dah tiada stok sebab dah nak masuk bulan ramadan.  Harga memang murah, macam yang aku order ni hanya RM13 untuk yang biasa dan RM16 kalau nak yang special (mungkin udang lebih banyak kut).

Mee udang biasa..RM13 sepinggan dengan 3 ekor udang fresh
Yang best lagi tempat ni sambil makan kita boleh tengok view Penang dari jauh sebab restoran ni terletak di tepi pantai dan di teluk.  Kalau datang malam, mesti lebih menarik sebab cahaya lampu dari Penang mengamit kita sambil di hembus sepoi-sepaoi angin pantai.

Kalau you all nak try, bolehlah berkunjung ke sini..dibuka setiap hari kecuali hari selasa depa cuti..lepas kenyang, boleh terus ke Pantai Merdeka ambik angin pulak.

Penang dari restoran..pemandangan yang cantik