Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

G Home Hotel, Kota Bahru

Bertentangan dengan sungai..

Baru-baru ni bila ke Kota Bahru, aku check in hotel ni yang ikut review memang antara yang terbaik bagi kategori budget.  Address hotel ni seperti dibawah:


A-01-05, Pelangi Mall
Jalan Office Lama
15000 Kota Bahru
09-7472219


Hotel ni terletak di tepi sungai dan ada bilik yang mengadap sungai.  Sederet dengan hotel ni terdapat deretan restaurant dengan pelbagai menu.  Jadi nak makan tiada masalah tapi yang menjadi masalah adalah untuk mendapatkan parking.

2 katil queen untuk family room

Since aku bersama family seramai 4 orang, aku book bilik family ie. Lake View Family Room yang di book dengan call hotel.  
Harga semalam adalah RM148 nett. 

Bilik tak lah sebesar mana kalau dah kategori budget tapi tilam dia memang selesa.  Toilet pun bersih dan TV pun LED dengan channel Astro Hotel.



Senja dari tingkap hotel..yang depan tu tempat orangramai menjamu selera



Secara ringkasnya, aku puas hati dengan hotel ni kalau dibawah kategori budget.




Boleh consider kalau sampai KB!

Monday, September 22, 2014

Hotel Harmoni, Kota Bharu

Hotel Harmoni Jalan Temenggong, KB
Kalau berkunjung ke KB dan mencari tempat bermalam, boleh try Hotel Harmoni.  

Terletak berdekatan dengan Menara Jam betul-betul di tengah bandar KB.  Dari hotel ni, nak ke Pasar Siti Khatijah atau KB Mall pun dekat.  
Menara Jam bersebelahan dengan hotel





Alamat penuh :
Lot 3761 Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu. 
Telefon 09-7447558

Terdapat beberapa kategori bilik:
Standard (1 double bed)  RM65
Standard A (3 single bed) RM75
Superior (2 single bed+window) RM80
Superior A (1 double+2 single) RM100
Deluxe (1 single+2 double) RM125
Family 1 (2 double+2 single) RM150
Family 2 (3 single+1 double) RM150
Family 3 (2 double+1 single) RM150
*kadar waktu cuti tambah RM10

Bilik Superior A..ada 1 katil double & 2 katil single utk. 4 orang

Aku ambik bilik Superior A dengan harga RM110 (cuti sekolah) untuk 5 orang & rasanya amat berbaloi dengan harganya.  

Depan hotel
Biliknya agak besar dan dengan aircond dan shower panas.  




Kalau nak makan, terdapat restoran nasi kandar di belakang dan tepi hotel.  Di bawah hotel pun ada restoran jual capati & tose. 

Lokasi hotel ikut latitude
Cuma malam kawasan ni agak lengang.  







Flask air panas disediakan tapi kena ambik air panas di counter reception.  TV biasa dgn HBO.  Pada hari Jumaat terdapat jual-jualan di lorong belakang hotel sampai tengahari sahaja.  

Kalau berkereta sendiri, kena park di parking Majlis yg bermeter yang ada di sekeliling hotel (Jumaat saja free).  Jangan lupa masuk siling (minima 40 sen) pasai kalau leka, senang kena saman sebab aku pun dah kena..uhukkkk..

Monday, November 5, 2012

Kelantan Lagi..


Sungai Kelantan dari Hotel Grand River View

Sekali lagi ke Kelantan atas tugas rasmi pada 4 Oct 12.  Kalau bulan sudah datang ke sini menginap di Tune Hotel, kali ni menginap di Grand River View Hotel (GRV) yang terletak di tebing Sungai Kelantan. 


Hotel Grand River View..bilik sederhana saja

Hotelnya sederhana sahaja & bila buka sliding door, terus terpampang Sungai Kelantan yang mengalir tenang.  Cantik pemandangan di sini terutamanya waktu pagi & senja. 

Dipahamkan kadar semalam untuk bilik Deluxe dalam RM210 dengan free breakfast untuk 2 pax.  Daripada hotel ni, kita boleh hanya berjalan kaki ke Pasar Siti Khatijah dan lain-lain tempat menarik sekitar Kota Bharu. 


Zaeman Nasi Kukus..mesti cuba, sedappp!!
Setelah check-in, terus mencari kedai makan pasai dah agak lewat petang.  Kawan suggest ke Zaeman Nasi Kukus yang terletak di Jalan Merbau.  Jalan Merbau ni terletak di belakang Pasar Siti Khatijah tapi agak sukar kalau memandu kerana jalan di situ one-way.  Kalau parking di sekitar Pasar Siti Khatijah & jalan kaki lebih mudah untuk ke kedai ni.

Nasi kukus dia memang power & yang bestnya tiada pinggan disediakan walaupun kita makan di sana.  Semuanya berbungkus & harga pun murah.


Pemandangan dari GRV Hotel

Disebelah malamnya, kami telah mengunjungi Pasar Malam di Wakaf Che Yeh yang terletak kira 7 km dari KB. 

Di sini dijual pelbagai barangan & makanan terutamanya kain & pakaian & harganya amat murah daripada pengamatan saya terutamanya kain ela.

Sampai lenguh kaki kalau nak jalan di setiap lorong yang menjual.  Terdapat juga beberapa hotel budget di sekitar jalan di sini.


Suasana di Rantau Panjang..macam di Padang Besar Perlis

Hari berikut, sebelum balik Penang, singgah di Pasar Siti Khatijah untuk membeli keropok lekor basah dan keropok kering.  Keropok lekor basah yang kecik/pendek lebih sedap dan ranggup daripada yang besar. 

Dalam perjalanan pulang, kali ini  singgah sebentar di Rantau Panjang untuk melihat  apa yang dijual di sini. Barangan dijual macam di Padang Besar, Perlis cuma sekali imbas harganya lebih sedikit daripada Padang Besar.  Selain pakaian sukan termasuk jersey bola terdapat juga barangan seperti alatan dapur & toto yang dijual di sini. 

Sebelum berpisah, layan dulu gambar-gambar di bawah.

Suasana Sungai Kelantan
Senja Hening Sungai Kelantan

Rantau Panjang





Friday, October 12, 2012

Bertugas Ke Kota Bharu


Pemandangan indah di banjaran 
Dah agak lama tidak ke Kelantan, rasanya dah dekat 6 tahun tidak menjejek kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang.  Atas alasan bekerja, saya telah berkunjung ke Kota Bharu untuk 2H1M pada 19hb. September 2012 yang lalu.
8.00am (0 km) - Bertolak dengan kereta dari Kepala Batas Seberang Prai dengan memandu sendirian.  Singgah di Petronas Butterworth Kulim Expressway (BKE) berdekatan Kulim H-Tech untuk mengisi minyak dan pam tayar.  Terus memecut menggunakan highway menuju ke Baling dan perjalanan amatlah selesa dengan jalan yang sempurna dan tidak banyak kenderaan.

Lebuhraya Timur-Barat
9.30am (87 km) - Berhenti rehat di R&R Bintang Hijau, Sungai Rui seketika.  Bagi mereka yang menggunakan highway timur-barat ni, terdapat banyak hentian R&R disepanjang highway ini.  Walaupun R&R ni tidak setanding dengan R&R yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan tapi segala kemudahan asas disediakan. 

9.50am (113 km) - Sampai di persimpangan menuju ke Grik dan Pengkalan Hulu.  Bila menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan ni, kita tidak akan memasuki bandar Baling, Grik atau Pengkalan Hulu hanya melalui di persisir bandar saja.


Nyaman & indah di R&R Tiriwangsa
10.20am - Melintasi Tasek Banding & keindahan Banjaran Titiwangsa semakin memikat hati.  Terdapat restoran dan resthouse bagi mereka yang ingin menginap disini dan menikmati keindahan alam semulajadi.

10.50am - Berhenti rehat sekita di R&R Titiwangsa.  Pemandangan daripada kawasan R&R ni amatlah indah dengan suasana dingin & berkabus.  Setelah membuang apa yang patut, perjalanan diteruskan dengan lebih banyak mendaki.


11.30am (237 km) - Akhirnya meninggalkan negeri Perak dan memasuki negeri Kelantan dengan melalui bandar Jeli.  Bendera parti politik melambai-lambai di sepanjang jalan di Jeli ni.  Terdapat sebuah universiti di Jeli ni iaitu Universiti Malaysia Kelantan.

Bandar KB dari hotel
1.30pm (330 km).- Setelah hampir 6 jam perjalanan, akhirnya tiba di bandar Kota Bharu (KB).  Kalau tak berhenti beberapa kali kerana menjawab panggilan daripada pejabat & pelanggan, mungkin dalam 5 jam dah boleh sampai KB.  Sekali pandang, banyak jugak perubahan di KB terutamanya terdapat beberapa flyover yang hampir siap walaupun dari segi bangunan tidak banyak berubah.




Tune Hotel, belakang KB Mall
Terus ke USM Kubang Krian atas urusan kerja dan disepanjang jalan menuju ke sana terdapat banyak bangunan baru yang telah siap.  Di sebelah petang apabila habis bertugas di USM, hujan turun dengan lebatnya di KB ni. 

Jalanraya menuju KB menjadi sesak dan diburukkan lagi dengan pembinaan flyover yang belum siap.  Oleh kerana syarikat tidak sempat booking hotel, terpaksalah memilih Tune Hotel KB yang telah ditempah semalam melalui on-line.

Tilam di Tune Hotel memang terbaik
Tune Hotel KB terletak betul-betul di belakang KB Mall.  Saya menempah bilik double bed dengan entertainment (TV) & wi-fi pack (walaupun tak guna; ada broadband) tanpa aircond dengan harga hampir RM60.  Dengan harga tersebut tiada komplen kerana saya tahu katil Tune Hotel memang selesa.  Tuala dan keperluan mandi telah siap dibawa dari rumah, jika tidak kena sewa RM6 untuk tuala & keperluan mandi.  Cuma di Tune Hotel KB ni, parking kena bayar RM3 sehari jika kita ingin parkir di kawasan private atau parkir di depan hotel dengan menggunakan meter majlis perbandaran. 

Tune Hotel, ruang menunggu
Dinasihatkan supaya sentiasa mengisi syiling dalam meter ni pasai di KB ni, penguatkuasanya amat efisien.  Bayangkan saya telah dikompaun 2 kali dalam setengah hari kerana letak kenderaan melebihi waktu bila tak sempat tambah syiling.  Nasib baik kompaunnya hanya RM10 sekiranya dibayar dalam masa 14 hari.

Keesokannya sebelum balik, pusing-pusing bandar KB & singgah di pasar Siti Khatijah.  Banyak gerai makanan basah, kering dan kain baju yang dijual disini.  Khabarnya songket, batik dan pakain wanita murah harganya disini tapi kerana tak pandai membeli, saya tak beli apa pun.

Bukit Bunga..gerai jual macam-macam
Tepat jam 3 petang saya telah memilih jalan lain untuk balik ke Jeli, saya memilih jalan ke Rantau Panjang.  Daripada KB, Rantau Panjang hanya dalam 50km sahaja dan melalui Pasir Mas (teringat Dato' Ibrahim Ali; orang kuat PERKASA) dan terus ke Rantau Panjang & Golok.  Melalui jalan ni lebih tenang kerana ianya jalan kampung.  Kerana masa tak mengizinkan, saya hanya melaui pekan Rantau Panjang.  Rantau Panjang ni macam Padang Besar di Perlis, banyak menjual pakaian, alatan memasak dan barang keperluan.



Pulau Banding
Dari Rantau Panjang, terus menuju ke Jeli & sampai di Bukit Bunga, singgah ke gerai-gerai jualan disepanjang jalan yang menjual pelbagai barangan.  Jam dah hampir pukul 4.15 petang & saya hanya membeli keropok lekor basah (RM5) dan keropok kering.  Selepas itu, terus memecut ke Jeli menuju ke Grik & berhenti di Banding.  Pemandangan disini amat cantik dan tenang.  Setelah hampir setengah jam disini, terus memecut mendaki Banjaran Titiwangsa dalam cuaca hujan renyai-renyai.  Sampai di R&R Lebey dalam 6.30 petang, berhenti sekejap untuk sembahyang & melepaskan niat & selepas itu terus mendaki banjaran dalam cuaca hujan & senja kian menjelma.

Suasana dingin sepanjang jalan
Pemandangan sepanjang jalan yang dingin & berkabus dan kian gelap amatlah mempesonakan, terasa diri terasing jauh di atas banjaran.  Sekali-sekali terpaksa mengikut bontot lori yang membawa minyak & kayu balak sebelum boleh memotong di jalan berkembar.

Setelah hampir 5 jam memandu, akhirnya sampai di Lebuhraya BKE dan hanya singgah sekejap di caltex Kulim untuk menunaikan tanggungjawab sebelum memecut terus ke rumah.


Walaupun perjalanan kali ni singkat tapi telah memberi satu pengalaman baru apabila memandu sendirian ke KB melalui Lebuhraya Timur-Barat.  Kalau ada masa, ingin ke Rantau Panjang/Golok lagi untuk melihat apa yang istimewa di sana.

Membelah banjaran di waktu senja
Tasek di Banding

Melalui 2 jambatan di Banding