Tuesday, February 13, 2018

New Eastern Hotel, Jalan Raja Laut KL

Terletak di Jalan Raja Laut berhadapan  dengan Capitol; pawagam lama (kredit neweasternhotel.blogspot.my)
Last week (10/2) ada hal di KL dan mencari hotel budget yang di recommend oleh pengunjung, terjumpa lah hotel ni.  Rating oleh Agoda agak tinggi (7 stars) dan kebanyakan pengunjung memberikan rate yang tinggi untuk hotel ni.  Aku booklah untuk double room with city view (ada tingkap) melalui Agoda untuk semalam (Sabtu masuk dan keluar Ahad). Aku book melalui Agoda dengan rate RM66 (all-in). 

Terletak bersebelahan dengan BSN Jalan Raja Laut dan berhadapan dengan panggung Capitol lama dan alamatnya adalah seperti berikut:

152-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
+603-40431106


Bilik dia bersih dan cantik


Dari luar nampak hotel ni macam teruk tapi bila dah melangkah masuk, memang hotel ni awesome walaupun di kategorikan sebagai hotel budget.  Bilik dia memang bersih dengan bilik air yang cantik dan kemas.  Masa check-in kena bayar refundable deposit RM50.  Setiap level disediakan mesin air panas dan iron disediakan di tingkat 2.  

TV channel superb.. Astro

Taraf budget tapi bilik air memang terbaik
Kesimpulannya, aku memang berpuas hati dengan fasiliti dan servis hotel ni cuma satu sahaja..aku diberi bilik city view (ada tingkap) dan bilik mengadap jalan utama (Jalan Raja Laut).  Boleh kata sepanjang malam aku tak dapat tidor nyenyak sebab jalan dia bising dengan kereta dan motor.  Kalau hampa nak ambik bilik yang ada tingkap (city view) ambiklah bilik belakang yang tak mengadap jalan utama.



Saturday, February 3, 2018

Taman MBI Desaku, Kulim

Taman MBI DesaKU di Padang Meha, Kulim
Sebenarnya kawasan ni merupakan taman perumahan yang menjual rumah kepada pembeli dan untuk menarik pengunjung, pemaju telah membina taman unik ini. Terletak di Padang Meha, Kulim dan bagi yang kurang arif pasai Kulim lokasi dia terletak di highway ke Baling.  Kalau dari Seberang Jaya, kita just ambik highway Butterworth-Kulim Expressway (BKE) dan terus sampai kita jumpa kilang pemasangan kereta Inokom.  Taman ni terletak atas sedikit dari kilang ni.

Kalau ada anak-anak kecil, memang seronoklah bermain di taman ni dan semakin menarik di waktu malam apabila lampu-lampu bercahaya di pasang.  You all tengok sendirilah gambar yang aku ambik masa mai sini..

Menara condong PISA pun ada...

Taman Kaktus

Macam-macam kaktus

Lanskap yang cantik..

Malam lagi cantik..bercahaya

Taman Jepun dengan ikan kap

Bukan di France saja ada tau..










Thursday, February 1, 2018

Restoran Nasi Bamboo, Sungai Klah

Kawan aku ada suggest, kalau on the way nak ke KL kalau lapar time tengahari, singgahlah ke restoran yang special yang terletak tidak jauh dari tol Sungkai.  Yang aku tahu Sungkai ni terkenal dengan Felda Sungkai yang ada kolam air panas.  So baru-baru ni (Jan 2018) time aku on the way ke KL, aku exit tol Sungkai dan mencari restoran ni.  Terletak tidak jauh dari tol Sungkai dan address seperti berikut:

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah
Kampong Buloh Telor
35600 Sungkai
Perak DR

Ramai betoi bikers yang singgah
Masa aku sampai tu time lunch, memang ramai sungguh yang singgah terutamanya bikers sampai meja makan pun penuh.  Makanan dia semuanya self-service..macam-macam menu ada, dari kambing bakar samapai ke western menu.  Yang special dia adalah nasi dia dibalut dengan batang buluh, bila nak makan kena keluarkan nasi dari batang buluh tu.

Yang spesel nasi dia di balut dalam batang buluh..
Harga dia taklah mahal sangat..tapi yang bestnya menu dia memenuhi macam-macam citarasa.  Kalau hampa lalu Sungaki time lunch, bolehlah singgah restoran ni..

Walaupun meja banyak, tapi full time lunch..