Tuesday, November 28, 2023

Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee, Shah Alam

 27 Novermber 2023

Ahmad Lee..restoran nasi ayam chinese style..memang sedapo
Masa aku check-in kat Best Western i-City, Shah Alam, google la nak cari dinner malam tu, terjumpa lah restoran ni yang viral.  Restoran ni yang specialized menu nasi ayam chinese sebab owner dia ni mualaf.  Terletak di Seksyen 16 dan berpandukan Waze, try la cari restoran ni.  Tapi waze ni bagi pening kat kami sehingga pusing sampai 2-3 kali ikut Waze.  Rupanya restoran ni terletak sebelah Shell saja.  

Ada macam-macam menu nasi ayam tapi aku memang suka nasi ayam hainan macam kat Chicken Rice Shop tapi kat sini pun ada.  Overall rasa nasi ayam memang sedap setanding dengan restoran hebat.  Parking pun agak luas.  Konsep restoran ni layan diri..order dan bayar, angkat talam sendiri.  Order air kat tepi dan bayar pulak harga air.  Selain menu utama nasi ayam, kita boleh order side dish chinese style macam sup-sup.  Harga pun tak la mahal antara RM8.50 ke RM9.50 per set nasi ayam mengikut jenis nasi ayam.

Boleh lah try dan seperti mana review orang lain yang cakap sedap, aku akui memang sedap.

 Nasi ayam untuk 4 orang makan RM50..tidak termasuk air

Antara menu yang ada..nasi ayam dan juga side order (chinese menu)

Best Western i-City Shah Alam

 27 November 2023 (2D1N)

Best Western terletak dalam i-City Shah Alam (kredit Best Western i-City)

Masa anak aku ada konvo di UiTM, aku tercari-cari hotel yang berdekatan.  Selalunya aku check-in UiTM Hotel sebab dekat dengan UiTM tapi tau la masa konvo semua bilik sold out.  So, aku book lah hotel Best Western Hotel yang terletak dalam i-City Shah Alam untuk 1 malam ja.  

Hotel menarik dengan rate yang berbaloi (kredit Best Western i-City)

Kali ini aku try book melalui Trip.com pasai aku ni user Agoda dari dulu sampai aku dah sampai taraf Platinum di Agoda.  Rupanya Trip.com menawarkan harga lagi murah dari Agoda.  Untuk hotel ni aku dapat harga RM168.11 untuk bilik Superior tanpa breakfast (selepas di tolak RM20 kerana first time book melalui Trip.com apps ni).

Address hotel ni :

A-GF-01 Golden Triangle 6, Jalan Multimedia, 4000 Shah Alam

Hotel ni betul-betul terletak dalam i-City dan untuk parking, guest diberi free parking selepas kita validate kupon parking.  Ada open parking dalam i-City dan juga basement parking (hotel punya).  Bilik Superior ni tak la besar sangat (19m), sesuai untuk dua orang dengan 1 katil queen.  Bilik cantik dan tersusun rapi, iron diletakkan di depan pintu setiap bilik.  Channel TV dia memang clear dengan channel asas termasuk AXN, Astro Sport & Cinemax dan Bloomberg dan Al-Jazeera.

Bilik Superior..tak berapa besar..RM188.11 book dengan Trip.com

Channel TV terbaik..AXN, Sports, Cinemax & Berita

Bilik air pun ok

Overall aku rasa hotel ni memang memenuhi citarasa aku..cuma bilik Superior agak kecik (19m).  Harga breakfast dia pun boleh tahan, RM40 per head.  Nak makan senang sebab dalam i-City memang ada beberapa restoran biasa, KFC dan Subway.  Kalau nak menu lain, boleh drive ke Shah Alam town yang hanya 10 minit drive ja dari hotel.

So, kalau orang berada di Shah Alam, boleh la consider hotel ni.

Friday, November 17, 2023

Pengkalan Ikan Bakar, Sungai Petani

 12 November 2023

Restoran Dataran Ikan Bakar, Sungai Petani
Aku kalau nak makan ikan bakar kat area Seberang Perai atau Sungai Petani, tempat aku selalu pergi adalah Dataran Ikan Bakar di Sungai Petani. Dataran Ikan Bakar ni memang favourite tapi last sekali pergi agak mengecewakan dengan kualiti hidangan.

Pilih ikan yang nak makan...
Baru ni try pi sana lagi dalam jam 9 malam tapi ikan siakap dah habis.  So aku try lintas jalan ke kedai seberang sungai/jalan yang namanya Pengkalan Ikan Bakar.  Sebenarnya kedai ni memang aku dah noticed dari dulu lagi sebab dekat sangat dengan Dataran Ikan Bakar yang aku selalu pi.  Kalau hampa nak tau kedai ni terletak tepi sungai berdekatan Pasaraya Billion Sungai Petani dan Hussin Nasi Kandar dan kalau nak waze, cari "Pengkalan Ikan Bakar Jalan Pekan Baru" dah boleh sampai.


Parking dia luas..kawasan pun luas..ada toliet dan surau yang agak selesa.  Pasai perut dah lapar terus order 2 ekor ikan siakap yang sedang-sedang (RM50 setiap kilogram) dan sotong (RM80 setiap kilogram), sayur, tomyam dan telur dadar.  Ikan di masak 3 rasa dan sekor lagi di bakar.  Kami order untuk makan 6 orang.


Masakannya boleh di katakan sedap (ikut tekak aku la) dan memenuhi selera aku sefamily.  Servis pun cepat dan menepati cita rasa kami sekeluarga.  Menu yang kami order untuk 6 orang makan tak sampai RM200 termasuk air sirap.  Kalau tempat lain tak dapat sebab tempat lain ikan siakap saja RM80/sekilo dan sekor mau dekat RM100.

2 ekor ikan siakap, sotong celup tepung, sayur, tomyam dan telur dadar dengan 6 pinggan nasi dan sejug air sirap..tak sampai RM200


Aku gerenti repeat makan kat restoran ni kalau terasa nak makan menu ikan bakar.  Bye dan selamat mencuba..

   

Friday, August 25, 2023

Ban Pecah, Tanjung Piandang, PERAK

Selasa 8hb. Ogos 2023

Tempat yang mesti berhenti untuk bergambar

Dah lama nak singgah ke tempat ni..Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang, Batu Kurau Perak.  Katanya tempatnya cantik dan menjadi salah satu tarikan di utara Perak.  Niat tu nak ronda-ronda sambil nak try makan mee udang tapi malangnya dua-dua kedai mee udang yang viral tutup sebab aku pi hari selasa, hari yang tak dak orang.  Memang sungguh..tak dak pelawat pun kat area ni..sunyi sepi..hanya bunyi ombak yang menghempas benteng pemecah pantai.  Kat sini pantai tak la ada sangat sebab sepanjang pantai di letakkan batu pemecah ombak.  Ada sebab mengapa tempat ni di panggil Ban Pecah..hampa tanya la Mr. Google.  

Jalan disepanjang ban ni memang sempit, patutla ramai yang cakap jem time hari cuti.  Kedai sepanjang ban yang menjadi salah satu tarikan langsung tak di buka.  Maksudnya tempat ni hanya menjadi tarikan pada waktu cuti atau hujung minggu saja.  Masa aku kat sini ada yang sedang memancing walaupun ombak agak kuat dan hujan renyai-renyai.

Ada sebab mengapa nama dia Ban Pecah..

Kalau yang belum pernah ke sini sambil makan mee udang di Tanjung Piandang, boleh buat satu round kat sini.  Bagi aku, aku dah pernah sampai ke Ban Pecah..

Ban Pecah..check out!

Wednesday, August 23, 2023

Peladang Outlet, Pokok Sena, Seberang Perai

Ada satu kedai makan atau outlet yang dok viral dalam kawasan Tasek Gelugor@Kepala Batas.  Outlet yang menyajikan makanan macam roti bakar, telor masak ala-ala breakfast orang putih.  So, last week aku terjah pi la nak try breakfast depa.  

Outlet ni terletak di Pokok Sena dan nak drive ke sana hanya waze "Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena".  Outlet terletak di tepi jalan saja..tak la besaq sangat..

Peladang Outlet Pokok Sena

Ini menu yang aku order..harganya tak la mahai sangat..


Sedap gak..

Antara menu yang ada..

Tak mau dok dalam, boleh dok luar..

Waktu operasi, hampa tanya la Mr. Google...



Monday, August 14, 2023

Bayu Beach Resort, Teluk Senangin LUMUT

 7 Ogos 2023 Isnin (2D1N)

Bayu Beach..tepi laut

Sejak mengenali Teluk Senangin di Lumut, aku dah tak pergi ke Teluk Batik pasai bagi aku Teluk Senangin ni lagi best dari Teluk Batik.  Kalau yang sukakan suasana kampung, pantai yang luas dan inap di chalet kampung, di sini lah tempatnya.

Masuk ni dah 3 kali aku menginap di pantai ni dan kali ni aku pilih Bayu Beach Resort yang terletak bersebelahan dengan Ala-Ala Kampung Chalet dan Casa Impian.  Aku ambil bilik mengadap laut (sebetulnya mengiring ke laut)..bilik 1 katil Queen & 1 katil single dengan harga RM150 (biasa RM160).  Bilik dia biasa-biasa saja macam Ala-Ala Kampung Chalet gak.  Chalet kat sini tak sediakan TV dan sabun, jadi kena la bawa sabun.  Tuala dan tempat masak air disediakan.

Bilik 1 katil queen dan 1 katil single..
Bilik air basic tapi sabun tak disediakan

Pasai aku datang hari kerja, satu pantai ni kami punya sebab orang tak la ada sangat. Kedai makan sekitar sini pun tak buka..kena pi Batu 3 (dalam 2 kilo) untuk beli breakfast.

Hari kerja..pantai pun sunyi..nasib baik ada Oyen ni teman

Satu pantai kami punya..hihi..

Yang bestnya, buka pintu bilik terus nampak laut.  Waktu pagi dalam 9am, ada nelayan akan mendarat ikan di tepi pantai  bersebelahan Casa Impian Chalet.  Aku beli ketam RM30/kilo dan ikan.  Harga biasa tapi yang best ianya fresh. 

Nelayan mendarat dengan hasil tangkapan ketam dan ikan..

Sepanjang pantai ni memang banyak chalet yang di usahakan oleh penduduk di sini.  Selain Bayu Beach Resort ni, aku recommend:

👶Teluk Senangin Resort (013-4491738/019-2286501) - bilik dia betoi-betoi mengadap laut@bukan mengiring

👶Casa Impian (013-4226933)- ada bilik dan bangalow besar untuk family ramai

👶Pak Ya Chalet (017-5337051) - kawasan ni ramai orang awam@tak sunyi..banyak bilik

Teluk Senangin Chalet..betoi-betoi mengadap laut


Pak Ya Chalet..pantai tak sunyi sebab public ramai yang mandi kat sini

Laut kat sini kurang ombak..nak mandi pun tak risau sangat
Ala-Ala Kampung Chalet..penah dok sini gak

Sunday, August 21, 2022

Akar Hotel KL

 18 Ogos 2022

Akar Hotel di Jalan TAR KL

Salam

Dah agak bersarang blog ni..bila kemalasan menjelma, ni lah jadinya. Last week sebab ada hal peribadi aku pun terpaksa turun ke KL.  Sebab turun berdua saja, ETS menjadi pilihan.  Book ETS melalui aplikasi KITS dari Tasek Gelugor pukul 8.51am dan di jangka sampai KL Sentral dalam 1.07pm.  Harga ETS sekarang boleh tahan..kalau ambik business class lagi la kopak.  Walaupun naik train Platinum, roti dan air free dah tak bagi..kena lah beli di Cafe Coach C.  Kopi, milo atau teh tarik 3 in 1 yang panas-panas di jual pada harga RM2.80 dan makanan macam nasi lemak atau tomato RM10.  Harga kira ok la jugak..atas train mesti la mahal sikit. Rasanya kira ok la pasai sebelum di jual, makanan akan dipanaskan dalam microwave.

Perjalanan smooth je dan sampai tepat pada waktunya.  Sampai KL Sentral terus ambik monorel ke stesen Medan Tunku dengan tambang RM3 (RM3.40 kalau bayar guna cash). Akar Hotel ada 2 di KL ni (baru tahu bila nak balik), satu di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan satu lagi di Kampong Baru..harap jangan tersilap. Yang di Jalan TAR ni terletak antara stesen monorel Medan Tunku dan Chow Kit tapi lebih dekat kalau turun kat stesen Medan Tunku.

Bilik double RM105 net Agoda..bilik besar

Dari stesen ni kita kena jalan ke arah Chow Kit dalam 10 minit dan hotel ni terletak ditepi corner Jalan TAR bersebelahan Bank Muamalat.  Dengan harga RM105 net semalam yang di book melalui Agoda untuk bilik double, aku kira memang berbaloi.  Lokasi kira ok dengan Quill City Mall agak dekat, dalam 10 minit berjalan kaki, kedai makan malam dan breakfast hanya di belakang hotel.  Parking kereta disediakan dimana kita perlu park dalam perkarangan Bank Muamalat yang bersebelahan dengan hotel. Air mineral dan sejadah tersedia tanpa perlu di minta.  TV LED dengan saluran asas tapi sangat jelas dan WiFi percuma tersedia.  Cuma stesen monorel dan LRT kita kena jalan sikit tapi yang lain-lain memang best.

TV LED dengan channel asas tapi TV clear
Pantry comel dengan fridge dan kettle
Bilik air besar dengan mandian panas dan sejuk

Aku kalau ke kawasan TAR ni selalunya book Prescot Hotel tapi hotel ni dah mahal lepas PKP ni.  Pernah tido di K Hotel dekat Muaz dan Sogo tapi waktu malam agak bising dengan race motor.  

Aku pasti kembali ke Akar Hotel..mungkin book yang di Kampung Baru pulak lepas ni.









Tuesday, January 18, 2022

Pak Mat Western 2.0

12 Disember 2021

Bagi orang Penang terutamanya yang tinggal di mainland, kalau nak merasa menu western yang sedap tapi murah, restoran ni la yang jadi pilihan.  Aku penah ulas mengenai restoran ni dalam entry dulu tapi masa tu restoran dia di tempat lama.  Tempat lama tu memang sesak apatah lagi PKP di adakan ianya meyebabkan masa menunggu begitu lama dan SOP tak di patuhi.

Kawasan baru yang lebih luas dan teratur..sistem beratur yang baik

Dengan business semakin baik, Pak Mat Western ni dah berpindah ke tempat baru yang hanya bertentangan dengan restoran lama; iaitu kawasan kilang yang amat luas dan selesa.  Alamat penuh tempat baru (bertentang dengan restoran lama):

No. 6 Jalan Industri Tangkas 2
Taman Industri Tangkas
14000 Bukit Mertajam
012-524 9263

Bila sampai ke sini, salah seorang dari kita kena duduk di kerusi untuk beratur dan bila tiba giliran, baru yang lain turut serta masuk ke restoran.  Masa aku datang memang ramai tapi masa yang diambil agak cepat; iaitu kurang dari 30 minit untuk dipanggil ke meja makan.  Semua urusan agak teratur dan cepat.

Sistem beratur di kerusi oleh seorang wakil kumpulan yang datang..teratur dan cepat

Menu yang di order, mix platter dan cheezy chicken chop

Order macam biasa, chicken chop dam mix platter dan rasanya masih sedap macam dulu.  Parking pun agak banyak di sekitar restoran ni sebab banyak kilang belum dibuka.

Harga menu yang di order..murah jugak

Suasana dalam restoran..

Dah makan, beratur untuk membayar pulak

Untuk yang mencari masakan western yang murah, bolah lah singgah ke restoran ni yang terletak di area Bukit Minyak.  Bye..

Saturday, January 15, 2022

Restoran Kambing Buluh Addarowish 99 Tikam Batu, Kedah

Restoran dalam kampung..lain dari yang lain

 Ada satu restoran style ala-ala kenduri di kampung yang best di area Tikam Batu yang specialized menu daging kambing bakar.  Yang bestnya daging kambing ni di bakar di dalam buluh dan makanan yang dihidang bukan dalam pinggan tapi guna plastik ja macam kita makan shellout.

Kambing yang di bakar di dalam buluh

Address restoran ni terletak di Kampong Simpor Besar, Tikam Batu dan kita perlu drive masuk ke dalam kampung.  Ianya terletak selepas Masjid Batu, Kampung Simpor Besar.  Guna waze pun boleh sampai ke tempat ni.


Menu yang aku pilih..menu dah di set oleh restoran dan kita boleh add-on

Aku order simple menu daging kambing bakar dengan gulai je.  Harga kambing dia memang murah dan menu dah di set masa kita sampai.  Memang sedap masakan dia.  Bagi yang tak suka kambing, boleh order set ayam bakar.


Bagi yang sampai area Tikam Batu atau Sungai Petani dan mencari lunch menu, boleh lah try restoran ala kampung ni.  Restoran di buka setiap hari kecuali hari Jummat dari 12 tengah hari sehingga petang (dalam pukul 5 petang).  

Nombor untuk di hubungi 014-6072491 (En. Sufi).  Kalau boleh elak la time peak@lunch time sebab time ni ramai yang bekerja yang akan datang ke sini.

Tuesday, December 21, 2021

Kuala Sepetang & Taiping

 28 Nov 2021

Bila gomen dah bagi rentas negeri, aku tak pi mana-mana pun..tapi bila dah lama sangat dok dalam rumah, aku pun decide nak pi Kuala Sepetang dan Taiping. Taiping ni dah kira banyak kali pi dan merupakan tempat yang aku suka sebab sejuk dan nyaman. 

Kuala Sepetang

Exit tol Taiping, ambik jalan lama ke Ipoh dan masuk jalan kampung, sampai lah Kuala Sepetang.  Tempat ni menjadi tarikan utama bagi yang nak merasa mee udang atau melawat kilang arang.  Sampai saja kat sini pada mulanya nak berhenti kat restoran mee udang dulu tapi terpaksa la cancel sebab terlalu ramai.  Terus drive ke pekan cina tepi sungai untuk ronda-ronda dulu.  Kat sini ada jual hasil laut dan juga boleh try river cruise.  Cuma aku tak try sebab cuaca mendung sikit tengah hari tu.

Pusat jualan hasil laut

Bot yang membawa ke river cruise
Pemandangan dari jeti

Dah pusing pekan Kuala Sepetang, aku singgah lah kat restoran yang paling top kat sini iaitu Mee Udang Mak Jah.  Ni bukan kali pertama aku makan kat sini sebab sebelum ni kalau ke sini, memang aku akan makan mee udang kat restoran ni.  Selain Mak Jah ada banyak lagi restoran mee udang kat sini tapi Mak Jah ni paling ramai yang singgah dan restoran dia pun bersih.

Mee udang Mak Jah..ramai yang makan kat sini

Sebab dah penah try mee udang Mak Jah, aku order la mee udang dia.  Jujur aku cakap, untuk taste aku ni mee udang kat sini so-so saja.  Mee udang di Pulau Sayak, Kedah atau di Teluk Kumbar, Penang lebih umphh dari mee udang Mak Jah ni.  Mee dia pun macam kering sikit tapi udang dia memang besar dan fresh.

Sepinggan mee udang..boleh lah

Suasana di dalam restoran Mak Jah

Taiping Lake Garden

Habis pekesa mee udang, aku terus ke Lake Garden, Taiping.  Dah banyak perubahan kat sini..semakin cantik dan terpelihara.

Kereta dah tak boleh masuk kawasan ni..

Cantik tasik ni..

Bagi yang nak aktiviti bolehlah sewa basikal dan pusing-pusing lake ni.

Boleh try naik basikal macam family ni..

Bagi yang nak naik bot kayuh, bolehlah try naik bot angsa ni.


Bot kayuh angsa..

Harga tiket naik paddle boat..

Yong Tau Foo Taiping

Macam biasa la aku ni kalau ke Taiping mesti pekena Yong Tau Foo di belakang Balai Bomba lama.  Walaupun PKP, orang punya la ramai sampai jenuh la menunggu order kami.

Yong tau foo yang tak penah mengecewakan..

Ramai sungguh sampai SOP pun ke laut..

Tu lah trip singkat aku ke Kuala Sepetang dan Taiping.  Macam trip-trip sebelum ni, menjamu selera yong tau fu dah jadi aktiviti wajib kalau ke sini.  Cuma kat Kuala Sepetang aku tak try lagi river cruise dia, mungkin next trip aku nak explore river cruise ni.