Thursday, May 16, 2019

Hotel Suria 18, Ipoh

 4 Mar 2019 

Hotel Suria 18
Hari tu masa aku on the way balik dari KL, sampai Ipoh dah lewat sangat..so aku try cari hotel budget untuk bermalam dan dapatlah hotel budget ni yang di recommend oleh seorang sahabat.  Alamat penuh hotel:

682, Jalan Paser Puteh, Pengkalan Pegoh
31650 Ipoh, Perak
05-3236212/05-3236213/05-3236217

Apa yang best tentang hotel ni selain daripada rate yang reasonable adalah lokasinya yang terletak di kawasan yang kurang sibuk tapi terdapat banyak restoran macam MCD,nasi kandar, tomyam dan kedai kampung disekeliling hotel ni.  Jadi kalau nak cari makan sepanjang hari tiada masalah kat sini.  Berdekatan hotel pun terdapat gedung membeli-belah Pengkalan Mall, Tesco dan AEON Station 18.

Ni bukan bilik yang aku diami sebab katil ni besar (kredit google)
Aku booked semalam dengan katil double bed dan ratenya adalah RM80 semalam (tanpa breafast) melalui walk-in terus ke hotel.  Published rate untuk hotel ni seperti berikut dan rate makin meningkat bila makin tinggi sesuatu bilik tu berada.

Single Room (1 singled bed) RM60 (Ground saja)
Double Room (1 queen bed) RM80 (ist. floor) RM100 (2nd floor & 3rd. floor)
Twin Single (2 single bed) RM80 (ist. floor) RM100 (2nd floor & 3rd. floor)
Family Room (1 queen & 1 single bed) RM120 - RM150
Twin Double (2 queen zise bed) RM150 - RM170
Private Parking Room (1 queen bed and 1 private parking) RM170
Junior Suite (1 king size bed +mini bar + living hall) RM170
Apartment (3 rooms, 1 queen size bed in each room, living hall + dry kichen RM380

Bagi aku hotel ni memang memenuhi citarasa aku..harga yang reasonable, kemas, bersih, lokasi yang tak sibuk sangat dan yang paling penting sekitar hotel ada banyak restoran.

Tuesday, May 7, 2019

Arte Plus Ampang

 4 Mei - 5 Mei 2019 (Sabtu & Ahad)  


Since dah nak posa, aku pun travel turun ke KL untuk tengok pakaian raya pada minggu terakhir sebelum ramadhan.  Since datang berempat dan campur anak yang kerja di KL, aku decide nak ambik 2 bilik hotel.  Kira punya kira kalau 2 bilik hotel dah jadi RM200++..itu pun dok bilik asing-asing.

Belek-belek dalam Agoda, terjumpa menu Agoda Homes dan lepas view beberapa options aku booked apartment berikut.  Ni first time aku guna Agoda Homes pasal selalunya aku book Agoda Hotel je:

Arte Plus Ampang
No. 3 Lorong Ampang 1
55000 Kuala Lumpur
(berdekatan Tesco Ampang)

Hall dengan meja makan
Arte+ ni merupakan apartment yang terletak kira-kira 4km dari KLCC dan berkeluasan 77M dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi.  Apartment yang aku sewa di tingkat 32 dan waktu check-in bermula jam 3 petang.  Ada pantry dengan peti ais, ketuhar pemanas air dan pinggan mangkuk.  Apartment juga dilengkapi dengan wifi, Smart TV dengan Netflix dan Youtube.  Puas layan movie-movie yang agak baru (tapi bukan yang terbaru).  Hiasan dalaman memang cantik dan apartment ni sesuai untuk 5 orang dewasa sebab tilam tambahan disediakan.  

Parking juga disediakan kepada kita dan access masuk hanya dengan kad yang disediakan.  Ada lain-lain kemudahan macam gym dan pool yang aku pun tak sempat nak try.  Harga yang aku bayar untuk apartment memang berbaloi iaitu RM149.89 (all-in termasuk fee Agoda) untuk semalam.  

Bilik utama dengan attached bathroom
Bilik tidur kedua yang lebih kecil
Cuma nak makan agak susah sikit sebab kawasan sekeliling semuanya apartment dan kalau rajin bolehlah drive ke Tesco berhampiran.  Untuk breakfast aku order melalui Food Panda roti canai dan minuman.

Lupa nak bagitau semasa aku kat KL ni, aku shopping di Mitsui Outlet, Sogo dan Kenanga Wholesale Center (KWC).  Kira penuh juga bonet dengan pakain dan kasut kami sekeluarga.

Hall dengan sofa simple dan smart TV

Pintu masuk dan pantry kecil bersama alatan electric

Sunday, May 5, 2019

Sahara Inn, Tanjung Malim

 3 April 2019 


OYO 775 Sahara Inn Tanjong Malim..RM53 untuk bilik deluxe king
Last month masa kena pi HQ untuk attend meeting, aku drive dari umah.  Selalunya aku drive awal pagi dan terus gi meeting.  Tapi kali ni aku keluar awai malam dari rumah dan plan nak tido di tengah perjalanan.  Dulu di R&R tertentu macam Gunung Semaggol ada hotel yang disediakan tapi sekarang hotel di R&R ni dah terkubur.  

So, aku dah booked dengan Agoda hotel ni yang terletak di Tanjung Malim dengan harga RM52.37 (all-in) untuk bilik Deluxe King.  Bila sampai area Tanjung Malim, aku pun exit tol dan terus memandu dalam 10 minit untuk sampai ke hotel ni.  Deposit RM50 di kutip semasa check in.  Alamat penuh hotel ni :


1, Jalan Bahtera 1B, Taman Bahtera, Perak Tanjong Malim
05-4595999 

Ni bukan kali pertama aku bermalam di hotel ni pasal dulu aku pernah bermalam dengan kawan aku bila kami terpaksa berhenti bermalam sebab penat memandu ke Putrajaya.  Tu cerita 10 tahun sudah kut..tapi aku sampai kali ni, hotel ni tak banyak berubah cuma ramai students yang dok lepak dan makan di restoran nasi kandar yang terletak di belakang hotel ni.


Restoran Nasi Kandar 24 jam hanya dibelakang hotel
Salah satu sebab aku prefer hotel ni selain murah, ialah adanya restoran nasi kandar ni yang dibuka 24 jam.  Selain tu ada jugak gerai burger yang terletak di tepi restoran.  Kawasan ni tak sunyi sangat sebab ramai students (students UPSI rasanya) yang dok melepak kat restoran.  Masa aku sampai jam 12 tengah malam, still ramai students kat sini.


Bilik deluxe king
Aku booked bilik deluxe king dengan tingkap, saiz bilik kira ok saja cuma kebersihan bilik kurang sikit.  Walaupun aku baru check-in, bilik macam tak disapu.  Toilet kira ok dan channel TV hanya channel standard saja.  Aircond jenis lama tapi agak sejuk.


Toilet bersih tapi flush rosak..
TV dengan channel standard saja
Jadi pada siapa yang tak nak bermalam di R&R, bolehlah consider hotel ni.

Thursday, May 2, 2019

Azilah Mee Udang, Pulau Sayak

1 Mei 2019 Hari Pekerja

Pulau Sayak..banyak restoran mee udang..ni yang terbaru
Pulau Sayak ni (jalan sebelum sampai Pantai Merdeka Kuala Muda) merupakan salah satu tempat untuk melihat anak bulan untuk menentukan bulan puasa dan raya.  Selain daripada itu, di sini terkenal dengan menu mee udang yang harganya berpatutan yang di tawarkan oleh beberapa restoran kampung.  Aku rasa tak kurang daripada 5 restoran kampung yang menyediakan menu berasaskan udang seperti mee udang dan nasi goreng udang.  Aku dah penah try kesemua restoran tu tapi ada satu lagi restoran yang baru di buka.
Azilah Mee Udang Pulau Sayak
Pulau Sayak
08500 Sungai Petani, Kedah

Azilah Mee Udang..tepi laut
Aku order mee udang biasa berharga RM13 sepinggan dengan 3 ekor udang besaq.  Rasanya boleh tahan tapi udang dia memang fresh.  Kalau yang tak mau makan mee udang, ada menu maggi ikan termenung, char keow teow dan mee ketam dan udang galah.  Tapi masa aku mai, hanya tinggal udang saja pasal udang galah dan ketam dah tiada stok sebab dah nak masuk bulan ramadan.  Harga memang murah, macam yang aku order ni hanya RM13 untuk yang biasa dan RM16 kalau nak yang special (mungkin udang lebih banyak kut).

Mee udang biasa..RM13 sepinggan dengan 3 ekor udang fresh
Yang best lagi tempat ni sambil makan kita boleh tengok view Penang dari jauh sebab restoran ni terletak di tepi pantai dan di teluk.  Kalau datang malam, mesti lebih menarik sebab cahaya lampu dari Penang mengamit kita sambil di hembus sepoi-sepaoi angin pantai.

Kalau you all nak try, bolehlah berkunjung ke sini..dibuka setiap hari kecuali hari selasa depa cuti..lepas kenyang, boleh terus ke Pantai Merdeka ambik angin pulak.

Penang dari restoran..pemandangan yang cantik

Sunday, February 24, 2019

Big Tastea Cafe, Pokok Sena

Sebenarnya dah dua kali pi cafe yang dah di viral ni untuk try menu dia tapi setiap kali pi, full house sampai tiada meja kosong.  Mungkin masa pi tu time public holiday perayaan, so ramai yang bawa family menjamu selera.

Semalam (24/2) try luck lagi sekali pi cafe ni dalam pukul 8 malam..macam biasa full house tapi nasib baik ada satu family yang baru saja beredar, dapat jugak meja kosong.  Cafe ni ada banyak cawangan seluruh negara dan di Penang ada satu di sini (Pokok Sena, Seberang Perau Utara) dan di Bandar PERDA, Bukit Mertajam.  

Alamat cafe yang aku pi:


No. 32A-1, Taman Sena Jaya,13200 Kepala Batas
Penang

Nak cari cafe senang saja, terletak di shop row baru yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Irshad.  Dari main road pun dah boleh nampak cafe.  Cafe tak lah besar mana sebab tu meja limited dan masa aku makan pun ramai yang cancel nak masuk bila tiada meja.

Menu dia western saja dan aku order Chicken Grill (RM12.80), Lamb Grill (RM18.80) dan Fettucini (RM17.80).  Air yang di pesan Green Tea Horlicks (RM6.50), Hot Green Tea (RM5) dan Vanilla Caramel (RM7).  Menu untuk 3 orang dewasa dan total kos RM67.90 tanpa tax.

Rasa masakan dia memang sedap macam mana ramai yang komen dan lamb grill agak besar sehingga aku pun tak mampu nak habiskan semua.  Servis dia agak kurang sikit walaupun cafe gunakan teknologi butang tekan atas meja untuk panggil servis.  Walaupun ditekan untuk servis, tiada yang datang serve sampai terpaksa guna cara traditional; lambai adik-adik pelayan.  Masa menunggu memang lama tapi dimaafkan pasai banyok order.

Kalau yang sukakan western dengan harga yang berpatutan dan yang penting sedap, boleh lah singgah ke cafe ni.

Green Tea Horlicks dan Vanilla Caramel

Chicken Grill

Lamb Grill

Fettucini

Monday, January 7, 2019

Ratu Resort, Teluk Nipah

Pantai di Teluk Nipah berhadapan Ratu Resort..tak secantik Pantai Merdeka
23 Disember - 26 Disember 2018 (3H2M)

Dah ada cuti panjang sempena Kristmas dan memang minggu ni setiap tahun kami buat family gathering, aku decide nak lepak kat Teluk Nipah selama 2 malam.  Teluk Nipah ni merupakan teluk yang terletak dalam perjalanan ke Pantai Merdeka, iaitu kira-kira 3-4 km saja dari Pantai Merdeka.  Kalau cuti sekolah ni, Pantai Merdeka menjadi tumpuan pelancong tapi kat Teluk Nipah ni kurang lah sikit orang.  Walaupun pantainya tak sepanjang dan secantik Pantai Merdeka tapi bagi yang suka aktiviti cari kepah atau menjala ikan, kat sini memang sesuai.  Lautnya tenang tapi agak berbatu dan time surut, selut banyak dan ramai yang ambik kesempatan untuk mencari kepah dan ketam.

Ada 4 pintu chalet kat Ratu Resort ni
Untuk family gathering, aku booked 2 bilik standard (RM150/malam) dan satu bilik besar (RM180/malam) di Ratu Resort ni dan peralatan BBQ diberi percuma.  Yang bestnya Ratu Resort ni, pantai terletak betui-betui di hadapan resort dan tak perlu jalan jauh.  Malam-malam kami buat BBQ bertemankan hembusan angin pantai dan bulan mengambang penuh.  

Ratu Resort ni ada hanya 3 bilik standard dan satu bilik besar.  Walaupun nama dia resort, janganlah hampa bayangkan ada swimming pool sebab ni macam chalet saja.  




Pantai betoi-betoi di hadapan Ratu Resort ni..
Fasiliti dalam bilik adalah katil besaq, almari, kattle, TV LCD dengan channel standard, aircond dan fan.  Toto, tuala, telekong  dan sejadah disediakan oleh resort cuma sabun tak disediakan.  

Bilik yang besaq ditambah dengan 1 sofa yang boleh kita tidur.  Tiada kedai serbanika atau kedai runcit, yang terdekat terdapat di simpang jalan Pulau Sayak atau terus ke Pantai Merdeka. Hanya yang ada warung kampung untuk minum teh.  

Pagi-pagi di jalan besar, ada orang kampung yang menjual nasi lemak dan kuih untuk breakfast.




Bilik standard

Aktiviti bila dah datang kat sini adalah lepak-lepak sambil makan-makan (kami masak di depan resort guna portable dapur) dan berborak-borak.  

Bila kenyang, bolehlah try skills memancing bila air pasang (dapatlah anak ikan saja) atau menjala udang.  Bila air surut, boleh lah try cari kepah atau siput dicelah-celah batu atau dalam selut.


Kalau dah jemu sangat, kami berkereta ke Pantai Merdeka untuk makan ais kacang Gunung Jerai atau mandi-manda di pantai sana.  

Kat sini jugak (Pulau Sayak) terkenal dengan sajian mee udang dan terdapat 4-5 restoran yang menjual mee udang.  Harga sepinggan hanya RM12-RM13 dengan 3 ekor udang.  So, bagi yang berminat nak menempa bilik di sini, bolehlah hubungi adik kita ni:


019-5082506 Nurul Hani



Wednesday, January 2, 2019

Homestay & Chalet Di Pantai Merdeka

Kalau nak duduk betul-betul kat tepi Pantai Merdeka,  kenalah sewa Pantai Merdeka Resort tapi rate dia masa peak memang mahal sikit.  Bilik dia pun tak besar mana.

Aku banyak kali bermalam kat Pantai Merdeka Resort ni, so kali ni aku cari chalet atau homestay lain yang berdekatan dengan Pantai Merdeka.  Kalau nak cari chalet yang betoi-betoi tepi Pantai Merdeka ni hanya Merdeka Resort tapi kalau nak cari yang budget sikit, memang ada.  Aku tengok ada beberapa chalet@homestay yang ada area sini yang boleh di zon lokasinya seperti berikut:

Lokasi Belakang Merdeka Resort

Impian Homestay (mengadap laut dan tepi pantai)
013-5070242 Puan Zaini
RM250 (peak) 3 bilik / Kipas (aircond plan nak di pasang oleh owner)
mengadap laut, dekat pantai,  halaman luas & kelengkapan BBQ

Berdekatan parking Pantai Merdeka


Homestay Hijau Kuning..yg tengah ialah homestay
dan yang kanan, bilik jenis kampung
Homestay Hijau Kuning (50 meter dari pantai@food court)
019-4819050 / 014-2500875
RM250 (peak) homestay / RM150 rumah kayu
berdekatan parking Pantai Merdeka dan bukan di pantai/homestay kampung






Sebelum Pantai Merdeka (2km dari Pantai Merdeka dan berdekatan jeti nelayan)

Joran Homestay
019-5499518 Kamarul
Homestay kampung, boleh memancing dari beranda bila air pasang
Activiti  memancing dan BBQ / Dekat jeti tempat nelayan naik ikan 

Dyan Chalet dan Homestay
013-4259282 / 019-2154482
RM250 Homestay (3 bilik) & Chalet RM150
Homestay & chalet moden dan cantik. Swimming pool untuk kanak-kanak/halaman sederhana besar
Activiti mandi swimming pool dan BBQ / Dekat jeti tempat nelayan naik ikan 

Bayu Samudera Chalet (belakang Dyan Chalet)
019-4254981 
Chalet sederhana mengelilingi kolam buatan
Activiti memancing dan BBQ

*Semua chalet kat area ni, kita perlu berkereta untuk ke Pantai Merdeka dan lautnya tidak disyorkan mandi (selut dan berbatu) 

Teluk Nipah (3km sebelum Pantai Merdeka/kawasan kampung)


Mak Teh Homestay
019-5529242 Mak Teh
RM150 sebilik
3 Bilik yang boleh dicantum menjadi homestay
Tepi pantai dan ada kenu untuk disewa.  Sesuai untuk BBQ dan mandi manda di pantai



Ratu Resort..3 chalet standard dan 1 chalet besar
Ratu Resort (sebelah Mak Teh Homestay)
019-5082506 Nurul Hani

3 x RM150 bilik standard dan 1 x RM180 bilik besar (dgn sofa)
Chalet moden ditepi pantai.  Sesuai untuk BBQ, menjala/memancing dan mandi manda di pantai (lautnya agak berbatu)



Contact no utk Kyala Ammara Homestay






Khayla Ammara Homestay dan Chalet (Sebelah Ratu Resort)
017-4537382 dan 019-5275065

1 x Homestay kampung moden RM200 dan 2 x chalet RM150 semalam

Halaman luas dan berdekatan pantai (kena ke Ratu Resort kalau nak pantai lebih elok))







Juwita Chalet..atas bukit sikit
Juwita Chalet 
Atas bukit dan perlu turun untuk ke pantai (kena ke area Ratu Resort/Mah Teh Homestay) 

Purnama Chalet
Tidak terletak tepi laut tapi ada kawasan yang agak luas.  Kena berjalan kalau nak ke pantai.