Wednesday, October 31, 2018

The Top, KOMTAR Penang

Tarikan terbaru di KOMTAR..The Top
KOMTAR atau Komplek Tun Abdul Razak memang senonim dengan orang Penang terutamanya yang tinggal di belah pulau. Sebagai anak jadi Pulau Mutiara ni, aku membesar dengan KOMTAR ni..dari mula pembinaan, sehingga rentung terbakar dan sampailah menjadi tempat anak muda meronda pada hari minggu.  Sapa yang masih ingat akan Panggung Dalit,memang sah seangkatan dengan aku.. 

Tapi sinar KOMTAR dah semakin malap sejak banyak shopping complex yang lagi hebat macam Queensbay dan Gurney Plaza di buka tapi akhir-akhir ini, KOMTAR menjadi tarikan semula terutamanya di kalangan pelancong dengan adanya The Top KOMTAR ni.  


Suasana di tingkat 6..boleh lepak sambil menjamu selera
The Top ni bermula dari tingkat 3, 4, 5 dan 6 dan bagi yang mengambil tiket boleh ke tingkat 68 melalui sini untuk menikmati keindahan Georgetown dari lantai kaca (SkyWalk).  Kalau tak berminat nak naik ke atas sebab gayat atau memikirkan harga tiket, bolehlah lepak-lepak kat tingkat 4 ni sambil menjamu selera dengan Marrybrown atau masakan nasi campur Melayu atau makan piza atau ais krim.

Harga pakej kat The Top..kurang pasti tentang pakej
Tapi kalau dah alang-alang sampai, bolehlah try ambik pakej dan naik ke tingkat 68 untuk mencuba SkyWalk..menikmati keindahan Georgetown dari jambatan kaca.  Harga masuk kalau ambil pakej (boleh masuk beberapa tempat selain SkyWalk) ialah RM74 (warganegara) atau bayar RM45 untuk nikmati SkyWalk sahaja.

So, yang bercadang nak melancong ke Pulau Mutiara jangan lupa singgah ke KOMTAR ni..


Patung lilin pelakon Hollywood..
Mr Bean pun ada!!!
Marrybrown dan restoran masakan Melayu pun ada..

Monday, October 29, 2018

Nasi Kandar Merlin, Penang

Nasi kandar Merlin..di ambil sempena nama hotel budget Merlin di tingkat atas
Memang Penang ni terkenal sebagai food paradise terutamanya nasi kandarnya tetapi nasi kandar ni pun ada kategorinya.  Contohnya ada restoran nasi kandar namanya gah, di naugi oleh ustaz yang tersohor dan terkenal satu Malaysia tapi bagi orang Penang restoran tu biasa-biasa saja.  Kalau nak letak dalam senarai top 10 restoran nasi kandar pun belum tentu dapat masuk.

Antara nasi kandar tersedap di Penang..top 10!
Tapi Nasi Kandar Merlin ni memang antara nasi kandar yang terbaik dan tersedap di Penang.  Walaupun lokasinya hanya mereka yang mahir dengan selok-belok Penang saja yang tau, tapi  rasa nasi kandar dia memang terbaik terutamanya ayam goreng dan kuah hitam dia.  Terletak berdekatan dengan Padang Kota Lama dan kalau kita waze nama restoran ni, pasti kita jumpa.  Alamat penuh dia:

No. 1 Lebuh Penang (berdekatan dgn. Penang 3D Trick Art Musuem)
10200 Penang
Isnin hingga Sabtu (hingga jam 3 petang saja)

Menu aku..nasi + ayam goreng + bendi hanya RM7 sepinggan..kuah hitam tu yang buat sedap...
Nama Merlin di ambil sempena nama hotel budget yang terletak d itingkat atas restoran.  Menu yang sedap adalah ayam goreng dicampur kuah hitam.  Harga dia pun tak mahal berbanding restoran lain macam Kayu Nasi Kandar yang lebih mahal.  Kalau hari bekerja, restoran ni menjadi tumpuan staff yang bekerja area sini untuk lunch tapi pada hari sabtu yang aku singgah, masih ramai dengan pelancong.

Kalau hampa ada di area Jetty terutamanya kawasan Padang Kota Lama (Fort Cornwallis), boleh waze restoran ni..cuma ingat, dia buka sampai pukul 3 petang saja dan hari ahad, ditutup.

Dah ramai beratur walaupun hari sabtu..

Monday, October 22, 2018

Hotel 99, Klang

Hotel terletak dekat dengan GM Klang
Kalau u all plan nak ke GM Klang dan cari hotel untuk bermalam, bolehlah consider hotel ni.  Terletak dalam kawasan yang berdekatan sangat dengan GM Klang dan sesuai untuk bermalam kalau dah penat shopping di GM Klang ni.  Alamat penuh dia macam kat bawah ni:

No. 47Jalan Kasuarina 2
Bandar Botanik, 41200 Klang Selangor
03-3325 2990 / botanic@hotel99.com.my / www.hotel99.com.my

Nak makan pun agak senang pasai restoran terdapat dekat dengan hotel dan betul-betul di sebelah hotel ada Ramly Burger Mart/Kopitaim.

Bilik 2 single bed (tanpa tingkap) RM109 net semalam
Toilet dia bagus dan bersih dengan shower panas
Aku tempah bilik dengan 2 single bed (walk-in rate) dengan harga RM109 net semalam (tiada tingkap).  Walaupun bilik dia agak kecik, tapi katil dan toilet dia agak memuaskan.  Saluran TV dia ada standard channels beserta Astro Ria dan ESPN.  Ada cattle berserta 3in1 coffee tersedia tapi tiada iron atau fridge.   

Parking kereta Majlis hanya di hadapan dan ditepi hotel (banyak) dan perlu letak kupon kalau nak tinggal kereta.

Parking hanya depan dan tepi hotel tapi kena letak kupon kalau waktu siang

LED TV dengan Astro Ria dan ESPN..

Wednesday, October 10, 2018

Restoran Bawal Sembilang, Tikam Batu

Restoran Bawal Sembilang..jalan lama ke Sungai Petani
Set bawal..tak sampai RM10
Sebenarnya dah selalu sangat aku lintasi restoran ni tapi tak pernah berpeluang singgah makan kat sini.  Tapi last week, bila on the way balik dari Sungai Petani berpeluang singgah makan tengahari kat sini.

Restoran terletak di tepi jalan selepas Tikam Batu, jalan lama menuju Sungai Petani.  Alamat penuh:

236F, Gong Silong Tikam Batu,
Kampung Kepala Bukit
08000 Sungai Petani, Kedah
012-585 0677

Aku order set bawal goreng dan set ni datang dengan kuah kari/gulai, ikan bawal goreng dan sambal/ulam-ulaman.  Harga set ni tak sampai RM10 je.

Rasa dia memang sedap terutamanya sambal dia..terbaik!
Hampa try sendiri lah...