![]() |
Untuk booking, boleh contact 05-4672888 atau 05-4670000 |
![]() |
Katil double..bilik cantik dan selesa![]() |
![]() |
Untuk booking, boleh contact 05-4672888 atau 05-4670000 |
![]() |
Katil double..bilik cantik dan selesa![]() |
Selasa 8hb. Ogos 2023
![]() |
Tempat yang mesti berhenti untuk bergambar |
Dah lama nak singgah ke tempat ni..Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang, Batu Kurau Perak. Katanya tempatnya cantik dan menjadi salah satu tarikan di utara Perak. Niat tu nak ronda-ronda sambil nak try makan mee udang tapi malangnya dua-dua kedai mee udang yang viral tutup sebab aku pi hari selasa, hari yang tak dak orang. Memang sungguh..tak dak pelawat pun kat area ni..sunyi sepi..hanya bunyi ombak yang menghempas benteng pemecah pantai. Kat sini pantai tak la ada sangat sebab sepanjang pantai di letakkan batu pemecah ombak. Ada sebab mengapa tempat ni di panggil Ban Pecah..hampa tanya la Mr. Google.
Jalan disepanjang ban ni memang sempit, patutla ramai yang cakap jem time hari cuti. Kedai sepanjang ban yang menjadi salah satu tarikan langsung tak di buka. Maksudnya tempat ni hanya menjadi tarikan pada waktu cuti atau hujung minggu saja. Masa aku kat sini ada yang sedang memancing walaupun ombak agak kuat dan hujan renyai-renyai.
![]() |
Ada sebab mengapa nama dia Ban Pecah.. |
Kalau yang belum pernah ke sini sambil makan mee udang di Tanjung Piandang, boleh buat satu round kat sini. Bagi aku, aku dah pernah sampai ke Ban Pecah..
Ban Pecah..check out!
7 Ogos 2023 Isnin (2D1N)
![]() |
Bayu Beach..tepi laut |
Sejak mengenali Teluk Senangin di Lumut, aku dah tak pergi ke Teluk Batik pasai bagi aku Teluk Senangin ni lagi best dari Teluk Batik. Kalau yang sukakan suasana kampung, pantai yang luas dan inap di chalet kampung, di sini lah tempatnya.
Masuk ni dah 3 kali aku menginap di pantai ni dan kali ni aku pilih Bayu Beach Resort yang terletak bersebelahan dengan Ala-Ala Kampung Chalet dan Casa Impian. Aku ambil bilik mengadap laut (sebetulnya mengiring ke laut)..bilik 1 katil Queen & 1 katil single dengan harga RM150 (biasa RM160). Bilik dia biasa-biasa saja macam Ala-Ala Kampung Chalet gak. Chalet kat sini tak sediakan TV dan sabun, jadi kena la bawa sabun. Tuala dan tempat masak air disediakan.
Pasai aku datang hari kerja, satu pantai ni kami punya sebab orang tak la ada sangat. Kedai makan sekitar sini pun tak buka..kena pi Batu 3 (dalam 2 kilo) untuk beli breakfast.
![]() |
Hari kerja..pantai pun sunyi..nasib baik ada Oyen ni teman |
![]() |
Satu pantai kami punya..hihi.. |
Yang bestnya, buka pintu bilik terus nampak laut. Waktu pagi dalam 9am, ada nelayan akan mendarat ikan di tepi pantai bersebelahan Casa Impian Chalet. Aku beli ketam RM30/kilo dan ikan. Harga biasa tapi yang best ianya fresh.
![]() |
Nelayan mendarat dengan hasil tangkapan ketam dan ikan.. |
Sepanjang pantai ni memang banyak chalet yang di usahakan oleh penduduk di sini. Selain Bayu Beach Resort ni, aku recommend:
👶Teluk Senangin Resort (013-4491738/019-2286501) - bilik dia betoi-betoi mengadap laut@bukan mengiring
👶Casa Impian (013-4226933)- ada bilik dan bangalow besar untuk family ramai
👶Pak Ya Chalet (017-5337051) - kawasan ni ramai orang awam@tak sunyi..banyak bilik
![]() |
Teluk Senangin Chalet..betoi-betoi mengadap laut |
![]() |
Pak Ya Chalet..pantai tak sunyi sebab public ramai yang mandi kat sini |
![]() |
Laut kat sini kurang ombak..nak mandi pun tak risau sangat |
![]() |
Ala-Ala Kampung Chalet..penah dok sini gak |
28 Nov 2021
Bila gomen dah bagi rentas negeri, aku tak pi mana-mana pun..tapi bila dah lama sangat dok dalam rumah, aku pun decide nak pi Kuala Sepetang dan Taiping. Taiping ni dah kira banyak kali pi dan merupakan tempat yang aku suka sebab sejuk dan nyaman.
Kuala Sepetang
Exit tol Taiping, ambik jalan lama ke Ipoh dan masuk jalan kampung, sampai lah Kuala Sepetang. Tempat ni menjadi tarikan utama bagi yang nak merasa mee udang atau melawat kilang arang. Sampai saja kat sini pada mulanya nak berhenti kat restoran mee udang dulu tapi terpaksa la cancel sebab terlalu ramai. Terus drive ke pekan cina tepi sungai untuk ronda-ronda dulu. Kat sini ada jual hasil laut dan juga boleh try river cruise. Cuma aku tak try sebab cuaca mendung sikit tengah hari tu.
Pusat jualan hasil laut |
Bot yang membawa ke river cruise |
Pemandangan dari jeti |
Dah pusing pekan Kuala Sepetang, aku singgah lah kat restoran yang paling top kat sini iaitu Mee Udang Mak Jah. Ni bukan kali pertama aku makan kat sini sebab sebelum ni kalau ke sini, memang aku akan makan mee udang kat restoran ni. Selain Mak Jah ada banyak lagi restoran mee udang kat sini tapi Mak Jah ni paling ramai yang singgah dan restoran dia pun bersih.
Mee udang Mak Jah..ramai yang makan kat sini |
Sepinggan mee udang..boleh lah |
Suasana di dalam restoran Mak Jah |
Habis pekesa mee udang, aku terus ke Lake Garden, Taiping. Dah banyak perubahan kat sini..semakin cantik dan terpelihara.
Kereta dah tak boleh masuk kawasan ni.. |
Cantik tasik ni.. |
Boleh try naik basikal macam family ni.. |
Bagi yang nak naik bot kayuh, bolehlah try naik bot angsa ni.
Bot kayuh angsa.. |
Harga tiket naik paddle boat.. |
Yong Tau Foo Taiping
Macam biasa la aku ni kalau ke Taiping mesti pekena Yong Tau Foo di belakang Balai Bomba lama. Walaupun PKP, orang punya la ramai sampai jenuh la menunggu order kami.
Yong tau foo yang tak penah mengecewakan.. |
Ramai sungguh sampai SOP pun ke laut.. |
Tu lah trip singkat aku ke Kuala Sepetang dan Taiping. Macam trip-trip sebelum ni, menjamu selera yong tau fu dah jadi aktiviti wajib kalau ke sini. Cuma kat Kuala Sepetang aku tak try lagi river cruise dia, mungkin next trip aku nak explore river cruise ni.
26 & 27 Disember 2020
![]() |
Suasana senja di Teluk Senangin..memang cantik |
Bila gomen bagi rentas sempadan masa PKP 1.0 dan setelah berkurung sekian lama, aku pun terus pack barang dan menuju ke Teluk Senangin, Lumut. Sebenarnya aku ni boleh kata ada gak pi area Lumut ni, macam ke Terluk Batik tapi tak tau la pasal Teluk Senangin ni. Rupanya Teluk Senangin ni lagi best dan back to nature berbanding Teluk Batik. Bagi yang tak tau, Teluk Senangin ni terletak hampir 20km sebelum sampai Lumut kalau kita datang dari Changkat Jering, Perak. Kalau guna waze pun boleh sampai tapi masa aku guna waze, waze berhenti sebelum sampai teluk ni, jadi perlu teruskan perjalanan sampai nampak pintu gerbang dia.
Kalau di Teluk Batik ada hotel yang agak berkelas tapi kat Teluk Senangin ni banyak chalet-chalet yang diusahakan oleh orang kampung. Kalau yang paling hebat dengan swimming pool pun hanya OYO Hotel tapi bukan tepi pantai. Kebanyakan chalet kat sini memang mengadap laut, buka pintu bilik terus nampak laut. Pantainya lebih panjang dari Teluk Batik dan lebih cantik dan masih suasana kampung. Cuma kat sini gerai makan tak banyak sangat dan fasiliti macam tandas awam dan gerai makan tak sehebat macam pantai lain. Kedai runcit pun aku tak nampak tapi kat chalet aku inap, owner dia ada buka kedai kecik di depan chalet yang menjual barangan asas macam ais, air mineral, ubat nyamuk etc. Toilet awam ada disediakan untuk mandi jugak.
![]() |
Chalet kami di waktu malam dari pantai |
Sebab aku datang sampai 5 biji kereta, kami book 5 buah bilik di Ala-Kampung Chalet yang berharga RM160 semalam (harga peak). Biliknya ada satu katil queen dan satu katil single dan setiap bilik telah tersedia tempat BBQ di hadapan bilik. Bilik air bersih dan bilik ber"aircond" tanpa TV. Semua bilik berdekatan dengan laut walaupun tidak mengadap laut tapi buka pintu dah nampak laut.
Selain aktiviti berBBQ dan memancing (walaupun ikan tak dak) pada waktu malam, pada siangnya semuanya berendam dalam air laut sebab lautnya tidak berombak dan berselut. Bagi yang suka melepak di tepi pandai bolehlah mengorek remis.. memang sangat teruja sebab remisnya sangat banyak. Tak perlu korek dalam-dalam, hanya kuis saja dah dapat remis.
![]() |
Yang suka cari remis, kat sini memang terlalu banyak.. |
![]() |
Kalau berani naik lah banana boat..RM10 sorang |
Memang seronok sangat trip kali ni walaupun hanya semalam kat sini..mungkin baru terlepas dari PKP dan trip kali ni seramai hampir 20 orang dari 5 families. Tu yang buat bertambah meriah dengan aktiviti mandi-manda dan BBQ pada waktu malam.
Kalau nak beli hasil tangkapan nelayan pun ada time pendaratan ikan tapi kena tunggu le..aku cuba tunggu tapi tengok yang menunggu begitu ramai, aku pun tak jadi beli. Rugi gak sebab ikan dia fresh dan murah..
Aku tutup cerita dengan gambar-gambar kenangan di Teluk Senangin..memang nak repeat kalau dah tiada PKP lagi.
![]() |
Banana bot sedang menanti bagi yang suka cabaran..RM10 satu kepala |
![]() |
Walaupun pantai nya kurang bersih tapi pasirnya cantik.. |
![]() |
Hari pertama waktu petang hujan turun dgn lebatnya |
![]() |
Ramai yang bermain air.. |
![]() |
Suasana senja berlabuh..indahnya |
![]() |
Best nya berkelah di Teluk Senangin ni.. |
![]() |
Walaupun bilik tak mengadap laut tapi pantainya hanya sebelah bilik sahaja |
![]() |
Satu katil queen dan satu katil single..RM160/mlm (peak) |
![]() |
Bilik air bersih..tu yang penting |
Chalet-chalet yang berdekatan dan mengadap laut
PakYa Chalet (017-5337051)-agak femous sebab orang awam ramai yang berkelah kat pantai ni. Tandas awam berdekatan dengan chalet ni .
![]() |
PakYa Chalet..fasiliti banyak |
Chalet Casa Impian (013-4226933) - chalet ni ada bilik satu-satu dan ada jenis satu rumah yang boleh share ramai-ramai. Kalau jenis satu rumah dengan 4 bilik di dalamnya, ratenya RM500/malam.
![]() |
Chalet Casa Impian ni ada jenis sewaan satu rumah yang 4 ada bilik dalamnya |
Bayu Biru Chalet (019-5292281/019-4192798) - chalet ni macam Ala-Kampung Chalet yang aku book dan terletak bersebelahan dengan Ala-Kampung Chalet
![]() |
Bayu Biru Chalet.. |
Seri Senangin Chalet (011-24241193/014-7598165 - kawasan chalet agak luas dan pantainya memang cantik dan menjadi tumpuan orang ramai.
![]() |
Seri Senangin Chalet..pantai cantik dan luas |
Kalau yang berminat nak berkemah dan betul-betul budget, ada kawasan ditepi pantai yang boleh kita dirikan khemah beramai-ramai. Sewa tapak kalau tak silap dalam RM50 sahaja
![]() |
Kawasan perkhemahan untuk sewa tapak..bukan free noo.. |
Kamila Motel (019-3077030)
![]() |
Kamila Motel..kena jalan kaki kalau nak ke pantai |
Ilham Beach House and Chalet (012-5554327)
![]() |
Ilham Beach House and Chalet..cross jalan utk ke pantai |
OYO 90033 Rania Beach Resort - ini adalah hotel yang paling class di Teluk Senangin ni. Rate dia untuk family room dalam RM206 selepas diskaun di OYO apps.
![]() |
OYO Rania Beach Resort..ada swimming pool |
Bagi aku Teluk Senangin ni boleh di bangunkan lagi dan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah satu pantai tarikan di daerah Manjung. Diharap pihak berwajib boleh pelihara pantai ni dari bahan buangan pengunjung dan menyediakan lebih banyak tong-tong sampah dan menaiktaraf faicilties kat sini.
So bagi hampa yang dah jemu dengan Lumut atau Telok Batik, bolehlah cuba ke sini pulak.