Monday, February 7, 2011

Ke Hatyai Dengan KTM

Pada 3/2/2011 (Hari Raya Cina) saya telah berkunjung ke Hatyai selama 2H1M dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM).  Saya telah menaiki KTM Senandung Langkawi (Gemas-Hatyai) di Stesen Sg. Petani pada jam 6 pagi dan sampai di Padang Besar pada jam 10.30 pagi.  Tambang untuk kelas ekonomi adalah RM9 sehala (RM7 untuk kanak-kanak) dan semua koc KTM adalah berhawa dingin.  Apabila sampai di Stesen Padang Besar, semua penumpang dikehendakki turun dan perlu melalui proses imigresen di pihak Malaysia dan Thailand (chop pasport).  Anda di nasihatkan membawa bersama pen kerana pihak Imigresen Thailand memerlukan penumpang mengisi borang.

Proses melepasi sempadan ini mengambil masa selama setengah jam (bergantung pada jumlah pelancong) kerana pada waktu tersebut, terdapat hampir 40 orang pelancong.  Setelah pasport di cop dan gambar diambil, saya membeli tiket keretapi Thailand daripada Padang Besar ke Hatyai.  Harga tiket adalah 285B untuk kami seramai 5 orang (lebih kurang RM6 seorang).  Oleh kerana koc KTM telah dipendekkan ke hanya 2 koc, terdapat ramai penumpang terpaksa berdiri.  Nasib baik perjalanan daripada Padang Besar ke Hatyai hanya mengambil masa selama 50 minit. 

Sesampai di Hatyai Junction iaitu nama bagi stesen keretapi Hatyai, kami mengambil tuk-tuk; iaitu van kecil yang dijadikan pengangkutan utama penduduk dan pelancong dengan bayaran 20B (RM2) seorang.  Saya telah menempah Lee Garden Plaza Hotel melalui internet dan hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Hatyai.  Perjalanan dengan tuk-tuk ini hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit dan sekiranya kita mempunyai kekuatan, kita juga boleh berjalan daripada stesen keretapi Hatyai ke hotel.

Terdapat beberapa hotel berdekatan dengan Lee Garden Plaza Hotel seperti Novotel dan Regency Hotel dan kedai-kedai menjual pakaian murah dan yang berjenama dihadapan hotel ini.  Harga sebilik berkongsi 3 orang bersama sarapan ialah RM191 dan kadar ini adalah lebih murah sekiranya bukan cuti umum.  Janganlah dibandingkan dengan keadaan hotel di Malaysia kerana keadaan hotel ini cukup sederhana dan sekadar untuk melelapkan mata.  Tiada makanan halal yang disediakan semasa sarapan percuma tetapi pihak hotel memberi jaminan tiada daging khinzir yang disediakan.  Anda boleh sekadar minum susu kotak, makan roti bakar dan merasai buah-buahan yang disediakan.

Pemandangan Bandar Hatyai

Setelah "check-in", kami telah berkunjung ke Hatyai Municipal Park dimana terdapat tarikan terbaru di sini yang dikenali sebagai Ice Dome.  Tambang yang dikenakan oleh tuk-tuk adalah 40B (RM4) seorang dan perjalanan mengambil masa selama 20 minit.  Bayaran masuk ke Ice Dome ini adalah 300B (RM30) bagi dewasa dan 150B (RM15) bagi kanak-kanak.  Didalam Ice Dome ini terdapat struktur bangunan termasuk KLCC yang semuanya diperbuat daripada bongkah ais.  Suhu di dalamnya amatlah sejuk hingga mencecah negative 15C hinggakan kami tidak mampu menahan lebih daripada 30 minit apabila berada di dalam.


Suhu didalam Ice Dome mencecah sehingga -15C

Sebelum kami keluar daripada Ice Dome, kami dihidangkan dengan keharuman bunga-bunga yang segar di taman bunga Ice Dome.
Dengan hanya 40B (RM4) untuk sebuah bot, kita boleh melayari tasek Hatyai Municipal Park selama sejam

Selain memasuki Ice Dome, kita juga boleh mencuba aktiviti lain seperti menaiki bot, memberi ikan makan dan mencuba urutan kaki di Hatyai Municipal Park ini.
Dengan hanya 140B (RM14) untuk urutan kaki selama sejam di Hatyai Municipal Park

 Disebelah petang, aktiviti membeli-belah boleh dilakukan bagi mereka yang gemar akan aktiviti tersebut.  Tidak perlu pergi jauh kerana sepanjang jalan di hadapan hotel Lee Garden ini akan bertukar menjadi pusat jualan pelbagai barangan seperti pakaian, cenderamata, makanan traditional Thailand dan pelbagai makanan lain.  Kita boleh mendapatkan berbagai jenis pakaian dan cenderamata sebagai ole-ole daripada Hatyai.
Jalan dihadapan hotel Lee garden ini akan bertukar menjadi pusat jualan menjelang petang
Mencari makanan halal bukan menjadi masalah yang besar disini.  Bagi mereka yang mengemari tomyam, harga makanan tersebut disini murah sedikit daripada Malaysia tetapi rasanya tiada tandingannnya. Terdapat banyak gerai menjual tomyam di atas Bazar, Restoran Hamid di sebelah hotel Lee Garden dan stall menjual nasi lemak dan teh tarik dihadapan hotel tersebut.   Bagi mereka yang meragui akan keselamatan disini, janganlah anda bimbang kerana setiap sudut anda akan berjumpa dengan polis ataupun askar yang sentiasa mengawasi keadaan disini.

Setelah 2 hari berada di sini, kami pun bertolak pulang dengan keretapi daripada Hatyai pada jam 5 petang (4 petang waktu Hatyai) dan sampai di Sungai Petani pada jam 9 malam.  Selamat tinggal Hatyai!!

Anggaran Kos (untuk seorang):
  • Keretapi S Petani-Pdg. Besar RM9/Pdg. Besar Hatyai RM6 (sehala)
  • Hotel Lee Garden Plaza RM191 (3 org. sebilik)
  • Bayaran Masuk Ice Dome RM30
  • Tambang tuk-tuk RM2 (dalam bandar)
Tips:
  • kadar tukaran semasa ialah RM1 bersamaan 9.85 Bath
  • waktu di Hatyai adalah lewat 1 jam daripada Malaysia
  • banyak bawa air mineral kerana air mineral disini rasanya lain dan agak mahal
  • adalah menjadi kebiasaan hotel disini untuk menyimpan satu pasport sebagai jaminan
  • pihak hotel Lee Garden menyediakan stor untuk menyimpan beg selepas "check-out"
  • anda perlu tawar menawar apabila membeli pakaian (selalunya hampir setengah harganya)
  • tanya tambang tuk-tuk sebelum menaiki tuk-tuk untuk ke mana-mana destinasi
  • peniaga Hatyai secara umumnya amat bersopan dengan pelanggan dan boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dan Inggeris

11 comments:

  1. amat berguna, saya juga mahu ke hatyai dan terus ke koh samui bercuti bulan march. info sgt mnarik. tq

    ReplyDelete
  2. kalau dari kl sentral terus ke hatyai...menaikio ktm...kena bayar asing2 juga ye?

    ReplyDelete
  3. info yg bagus.... tahniah...

    tetapi sewaktu sy pergi boleh restoran hamid tutop...
    makan tomyam kt gerai2 tepi jalan, rasanya haiyo... seddih..!

    tp hatyai nice place to experience-on....
    walau hiruk-pikok, dan sibuk pekannya, tetapi anda akan rasa kelainan berbanding Malaysia...

    kelainan bagaimana..? anda perlu rasanya sendiri...
    mungkin anda x suka, mungkin anda suka....
    jadi rasalah sendiri dahulu...

    sy duduk hotel sebelah Lee Gardens tersebut, 3 org dengan bayaran sebanyak RM58 semalam! hotel itu ala2 2-3 stars hotel di Labuan atau Melaka...

    Amazing Hatyai...

    njoy!

    ReplyDelete
  4. oh ya lagi satu....

    jgn risau tentang pergolakan yang berlaku di selatan Thailand....

    Anda bukan di bahagian Yala, Narathiwat, Pattani dan sewaktu dengannya...

    Lagipun, sekiranya anda tidak menimbulkan masalah kepada org Siam, mereka tidak akan mengganggu anda...

    Mereka baik seperti kita juga....

    ReplyDelete
  5. Nak tanya. Kalau naik keretapi ke hatyai dr padang besar, ada tak perkhidmatan parking di sekitar stesen. Mcm di langkawi, ada parking untuk berhari2.. t.kasih

    ReplyDelete
  6. Di sekitar stesen tu ada parking tapi tak se selamat macam di Langkawi..Kalau dah alang-alang bawa keta, baik masuk terus ke Hatyai. Cuma sediakan copy grant & beli insurance Thai saja. Jalan-jalan di Hatyai dengan kereta tak susah cuma on the way jgn bawa laju di highway Thai pasai limit dia 80km saja..pak polis sentiasa ada di highway!

    ReplyDelete
  7. Hafizal..harga hotel ikut seasons..peak atau off peak seasons..kena tanya selalu..

    ReplyDelete
  8. Lama tak ke hatyai..rindu rinduan

    ReplyDelete
  9. Lama tidak ke hatyai...rindu rinduan

    ReplyDelete
  10. klu naik ktm dr taiping bleh ker & klu nk k chiang mai cmner

    ReplyDelete