Monday, January 7, 2019

Ratu Resort, Teluk Nipah

Pantai di Teluk Nipah berhadapan Ratu Resort..tak secantik Pantai Merdeka
23 Disember - 26 Disember 2018 (3H2M)

Dah ada cuti panjang sempena Kristmas dan memang minggu ni setiap tahun kami buat family gathering, aku decide nak lepak kat Teluk Nipah selama 2 malam.  Teluk Nipah ni merupakan teluk yang terletak dalam perjalanan ke Pantai Merdeka, iaitu kira-kira 3-4 km saja dari Pantai Merdeka.  Kalau cuti sekolah ni, Pantai Merdeka menjadi tumpuan pelancong tapi kat Teluk Nipah ni kurang lah sikit orang.  Walaupun pantainya tak sepanjang dan secantik Pantai Merdeka tapi bagi yang suka aktiviti cari kepah atau menjala ikan, kat sini memang sesuai.  Lautnya tenang tapi agak berbatu dan time surut, selut banyak dan ramai yang ambik kesempatan untuk mencari kepah dan ketam.

Ada 4 pintu chalet kat Ratu Resort ni
Untuk family gathering, aku booked 2 bilik standard (RM150/malam) dan satu bilik besar (RM180/malam) di Ratu Resort ni dan peralatan BBQ diberi percuma.  Yang bestnya Ratu Resort ni, pantai terletak betui-betui di hadapan resort dan tak perlu jalan jauh.  Malam-malam kami buat BBQ bertemankan hembusan angin pantai dan bulan mengambang penuh.  

Ratu Resort ni ada hanya 3 bilik standard dan satu bilik besar.  Walaupun nama dia resort, janganlah hampa bayangkan ada swimming pool sebab ni macam chalet saja.  




Pantai betoi-betoi di hadapan Ratu Resort ni..
Fasiliti dalam bilik adalah katil besaq, almari, kattle, TV LCD dengan channel standard, aircond dan fan.  Toto, tuala, telekong  dan sejadah disediakan oleh resort cuma sabun tak disediakan.  

Bilik yang besaq ditambah dengan 1 sofa yang boleh kita tidur.  Tiada kedai serbanika atau kedai runcit, yang terdekat terdapat di simpang jalan Pulau Sayak atau terus ke Pantai Merdeka. Hanya yang ada warung kampung untuk minum teh.  

Pagi-pagi di jalan besar, ada orang kampung yang menjual nasi lemak dan kuih untuk breakfast.




Bilik standard

Aktiviti bila dah datang kat sini adalah lepak-lepak sambil makan-makan (kami masak di depan resort guna portable dapur) dan berborak-borak.  

Bila kenyang, bolehlah try skills memancing bila air pasang (dapatlah anak ikan saja) atau menjala udang.  Bila air surut, boleh lah try cari kepah atau siput dicelah-celah batu atau dalam selut.


Kalau dah jemu sangat, kami berkereta ke Pantai Merdeka untuk makan ais kacang Gunung Jerai atau mandi-manda di pantai sana.  

Kat sini jugak (Pulau Sayak) terkenal dengan sajian mee udang dan terdapat 4-5 restoran yang menjual mee udang.  Harga sepinggan hanya RM12-RM13 dengan 3 ekor udang.  So, bagi yang berminat nak menempa bilik di sini, bolehlah hubungi adik kita ni:


019-5082506 Nurul Hani



Wednesday, January 2, 2019

Homestay & Chalet Di Pantai Merdeka

Kalau nak duduk betul-betul kat tepi Pantai Merdeka,  kenalah sewa Pantai Merdeka Resort tapi rate dia masa peak memang mahal sikit.  Bilik dia pun tak besar mana.

Aku banyak kali bermalam kat Pantai Merdeka Resort ni, so kali ni aku cari chalet atau homestay lain yang berdekatan dengan Pantai Merdeka.  Kalau nak cari chalet yang betoi-betoi tepi Pantai Merdeka ni hanya Merdeka Resort tapi kalau nak cari yang budget sikit, memang ada.  Aku tengok ada beberapa chalet@homestay yang ada area sini yang boleh di zon lokasinya seperti berikut:

Lokasi Belakang Merdeka Resort

Impian Homestay (mengadap laut dan tepi pantai)
013-5070242 Puan Zaini
RM250 (peak) 3 bilik / Kipas (aircond plan nak di pasang oleh owner)
mengadap laut, dekat pantai,  halaman luas & kelengkapan BBQ

Berdekatan parking Pantai Merdeka


Homestay Hijau Kuning..yg tengah ialah homestay
dan yang kanan, bilik jenis kampung
Homestay Hijau Kuning (50 meter dari pantai@food court)
019-4819050 / 014-2500875
RM250 (peak) homestay / RM150 rumah kayu
berdekatan parking Pantai Merdeka dan bukan di pantai/homestay kampung






Sebelum Pantai Merdeka (2km dari Pantai Merdeka dan berdekatan jeti nelayan)

Joran Homestay
019-5499518 Kamarul
Homestay kampung, boleh memancing dari beranda bila air pasang
Activiti  memancing dan BBQ / Dekat jeti tempat nelayan naik ikan 

Dyan Chalet dan Homestay
013-4259282 / 019-2154482
RM250 Homestay (3 bilik) & Chalet RM150
Homestay & chalet moden dan cantik. Swimming pool untuk kanak-kanak/halaman sederhana besar
Activiti mandi swimming pool dan BBQ / Dekat jeti tempat nelayan naik ikan 

Bayu Samudera Chalet (belakang Dyan Chalet)
019-4254981 
Chalet sederhana mengelilingi kolam buatan
Activiti memancing dan BBQ

*Semua chalet kat area ni, kita perlu berkereta untuk ke Pantai Merdeka dan lautnya tidak disyorkan mandi (selut dan berbatu) 

Teluk Nipah (3km sebelum Pantai Merdeka/kawasan kampung)


Mak Teh Homestay
019-5529242 Mak Teh
RM150 sebilik
3 Bilik yang boleh dicantum menjadi homestay
Tepi pantai dan ada kenu untuk disewa.  Sesuai untuk BBQ dan mandi manda di pantai



Ratu Resort..3 chalet standard dan 1 chalet besar
Ratu Resort (sebelah Mak Teh Homestay)
019-5082506 Nurul Hani

3 x RM150 bilik standard dan 1 x RM180 bilik besar (dgn sofa)
Chalet moden ditepi pantai.  Sesuai untuk BBQ, menjala/memancing dan mandi manda di pantai (lautnya agak berbatu)



Contact no utk Kyala Ammara Homestay






Khayla Ammara Homestay dan Chalet (Sebelah Ratu Resort)
017-4537382 dan 019-5275065

1 x Homestay kampung moden RM200 dan 2 x chalet RM150 semalam

Halaman luas dan berdekatan pantai (kena ke Ratu Resort kalau nak pantai lebih elok))







Juwita Chalet..atas bukit sikit
Juwita Chalet 
Atas bukit dan perlu turun untuk ke pantai (kena ke area Ratu Resort/Mah Teh Homestay) 

Purnama Chalet
Tidak terletak tepi laut tapi ada kawasan yang agak luas.  Kena berjalan kalau nak ke pantai.