Showing posts with label Cruise. Show all posts
Showing posts with label Cruise. Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

Kilim Geoforest Park, Langkawi

Deretan bot menanti pelancong di Jeti Kilim
Kilim Geoforest Park ni memang dah terkenal satu dunia sehingga pelancong dari merata dunia akan datang menikmati keindahan hutan yang berusia jutaan tahun.  Tapi malangnya rakyat Malaysia termasuk aku, kurang memberi perhatian terhadap permata ni.  So trip kali ni ke Pulau Lagenda ni aku dah decide nak explore tempat ni.  

Tempat ni terletak di belakang Galeri Perdana dan di uruskan oleh Koperasi Komuniti Kampong Kilim, kiranya orang kampung kat sini yang selia business kat sini macam menyediakan perkhidmatan bot dll.  Untuk explore sungai, gua, paya bakau dan pulau kecil sekitar sini, kita kena pilih pakej bot berdasarkan berapa jam dan tempat yang nak explore.  

Pakej untuk explore Kilim ni..
Aku ambik pakej 3 jam berharga RM450 untuk satu bot dan mampu memuatkan seramai 10 orang maxima (jatuh sorang RM45 je).  Tempat pertama adalah Gua Kelawar yang terletak dekat ja dengan jeti bot.  Sebelum masuk gua, kita akan dibekalkan dengan lampu suluh.  Ni lah kali pertama aku tengok kelawar secara dekat, bergantungan dalam gua yang gelap.  Dalam gua ni jugak ada stalagmite dan staglatide yang cantik yang berusia jutaan tahun.

Tempat singgah pertama; Gua Kelawar
Tempat berikunya aku dibawa menyusuri keluar ke laut ke Pulau Anak Tikus untuk melihat fosil.  Dulu masa aku di Krabi tak sempat nak tengok fosil sebab harga tiket masuk dia mahal.  Kat sini boleh tengok free saja.  Hampa baca sendiri keterangan mengenai fosil di bawah ni.

Cerita mengenai fosil kat Pulau Anak Tikus
Batuan macam disusun cantik di Pulau Anak Tikus
Selepas puas explore di sini, kami di bawa ke Gua Buaya yang mana bot boleh lalui dalam gua tersebut.


Gua Buaya..bot boleh lalui kalau air tak pasang..
Selesai terokai Gua Buaya, kami di bawa ke Pak Su Fish Farm dengan tujuan nak singgah minum petang dan lepak-lepak atas restoran terapung Pak Su.  Sampai-sampai, Pak Su Bakar dah tutup restoran terapung dia dan tiada minuman petang tapi Pak Su masih menunggu pelanggan.  Sekitar restoran Pak Su ada beberapa sangkar ikan yang dibela oleh Pak Su.  Pak Su seorang yang amat energetic dan mahir tentang ikan-ikan yang ada di Kilim ni.  


Ikan pari yang dibela Pak Su..boleh sentuh bila staff Pak Su panggil..
Pak Su beri penerangan dengan panjang lebar mengenai ikan-ikan yang terdapat di Kilim ni sebelum dibawa tengok ikan pari yang dibela oleh Pak Su.  Bila staff Pak Su kocak air, ikan pari akan naik ke permukaan dan kita boleh sentuh ikan ni..

Ni ikan sumpit (sorry tak berapa nak nampak ikan)
Sangkar berikutnya adalah ikan sumpit.  Istimewanya ikan sumpit ni, dia boleh sumpit dengan air laut untuk dapatkan makanan (roti) yang diletakkan di atas darat.  Walaupun roti yang diletakkan agak tinggi, tapi sumpitan ikan ni mampu buat roti ni jatuh dalam air dan ikan ni akan makan roti tu..

Next kami di bawa ke tempat yang paling popular di Kilim ni iaitu "Eagle Watching".  Waktu kami sampai dah agak petang, jadi tak banyak burung helang di berlegar atas langit, hanya burung agak kecil.  Pilot bot akan campak makanan dalam air dan helang dari atas langit akan datang sambar makanan tersebut.  Satu pengalaman baru dan menarik..
Burung helang sedang menjunam untuk sambar makanan dalam air..
Last sekali, bot akan meronda-ronda sekitar sungai ni dan berhenti di satu tempat yamg merupakan mercu tanda Kilim ni.  Dari atas bot, kita boleh bergambar dengan berlatar belakangkan mercu nama ni.


Ikon Kilim Geoforest Park..boleh ambik gambar dari atas bot
Kalau tanya aku tentang tempat ni, seriously aku rasa berbaloi kita explore tempat macam ni.  Kalau datang dengan satu group 10, boleh share kos trip ni atau boleh joint group lain kalau datang tak ramai.  Aku dah pernah try cruise di tempat orang macam di Ho Chin Minh dan Istanbul tapi di Kilim ni satu pengalaman yang lain dari yang lain.  No wonderlah ramai pelancong dari luar (tapi tak ramai local) yang datang kat sini dan explore Kilim ni..

So kalau datang Langkawi, masuk lah tempat ni sebagai salah satu dari tempat yang wajib di lawati di Langkawi ni..


Salah satu tempat yang di lalui
Pulau Anak Tikus..jangan cari anak tikus kat sini..
Ada restoran terapung..boleh buat group booking
Peta kawasan 
Pemandangan indah kat sini..

Sunday, June 11, 2017

Taman Tamadun Islam : River Cruise

Salah satu tarikan di KT yang perlu kita singgah adalah Taman Tamadun Islam (TTI) dan memang aku teringin sangat nak melawat.  Bersempatan singgah KT pada 29/4, sempat jugak melawat TTI dan melihat keindahan Masjid Kristal. TTI ni terbahagi kepada dua iaitu Monumen Park dan River Cruise dan harga tiket setiap satu adalah RM21.20 (RM15.90 kanak-kanak bawah 12 tahun).  Untuk lebih jimat, aku ambik 2 in 1 pakej yang berharga RM35 seorang untuk melawati kedua-dua tarikan ni.  Aku try river cruise dulu sebab cuaca panas lagi kalau nak masuk Monumen Park.

Cruise ini akan membawa kita menyusuri sungai sambil menikmati keindahan KT dan TTI. Sepanjang perjalananan, kita akan diterangkan apa yang ada di sekitar sini oleh tour guide yang menceriakan dengan lawak dia.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Bot yang membawa kami menyusuri sungai

Pasar Payang (bangunan berwarna-warni) dari sungai
Masjis Kristal dari sungai

Masjid Kristal..kristal dia terletak di hujung menara sahaja
Jambatan yang merintangi sungai

Sunday, May 3, 2015

Superstar LIBRA-Penang 1 Night Cruise

Superstar Libra..boleh muat 1500 orang
Sebenarnya dah lama nak cuba naik cruise ni tapi bila tengok harganya dia..agak mahal.  Maklumlah ni cara orang-orang kaya bercuti, mesti mahal.

Belek punya belek offer dapatlah offer sempena MATA fair iaitu Cruise Penang 1 Night.  Seorang di caj all-in RM212 dengan bilik tanpa tingkap.  Booking dibuat melalui syarikat berikut dan bayar mealui on-line.

Lovely Memory Holidays Sdn Bhd
Cheras, Selangor
03-95432870/017-3781768





Parking khas utk yg naik cruise..bermula jam 5 petang
Tarikh perjalanan adalah pada hari Sabtu; 21/3 dan balik hari berikutnya Ahad dalam pukul 10 pagi.

Dalam pukul 5.30 petang dah sampai
Jetty berdekatan Padang Kota Lama dan park kereta khas untuk yang nak naik cruise ni.  Parking dia terletak berhadapan dengan rumah api (bersebelahan Yatch Club) dan dikenakan RM5.

So jangan bimbang pasal keselamatan kereta kerana parking ni dijaga oleh staff Kelab Sukan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Kalau park tepi jalan nak kena letak coupon parking dan kurang selamat.




Kita akan naik cruise melalui bangunan ni
Dari parking just jalan menyusuri kedai-kedai untuk Pelabuhan Swethenham.Ada aku baca dalam forum yang pesan beli air mineral banyak pasal di atas kapal payah dapat air ni dan mahal.  So, aku pun belilah beberapa botol sampai nak rebeh beg galas aku..

Sampai di bangunan Swetheham Pier kita kena check-in dan diberikan access card macam kat hotel setiap sorang dengan nama dan nombor bilik di print.  Kad ni di anggap sebagai sovenir lah pasal kita boleh simpan kad ni bila balik nanti.

Ramai yang beratur untuk check-in dan rata-ratanya adalah orang cina yang agak berusia dan datang dengan group.

Bilik 2 katil + 1 extra (lipat atas)..tiada tingkap
Selepas tu kita terus masuk cruise dan beg kita akan di scan macam kat airport.  Makanan tidak dibenarkan ke dalam cruise tapi air mineral ok. Cruise akan simpan IC kita dan hanya boleh ambik balik masa nak balik nanti.  Di cruise ni semua belian akan dicaj ke kad access kita tu dan kena settle sebelum kita claim IC kita masa nak balik nanti.

Bilik aku booking consider paling murahlah, 2 katil dan ada extra 1 katil lipat.  Tingkap nak tengok luar tiada pasal bilik ni berkembar dengan bilik orang lain disebelah belakang. Ada TV channel Astro AXN dan berita.  Satu channel tunjukkan highlight aktiviti cruise dan satu lagi tunjuk route cruise belayar.  Toilet pun ok untuk mandi dan buat apa yang patut.
Jalan menuju bilik

Cuma aku frust bila bilik aku dengan anak-anak aku di level yang lain, aku di level 3 dan anak-anak aku di level 2. Company yang book tu kata nak bagi bilik sebelah menyebelah masa aku book hari tu..aihhh..

Dah disediakan air mineral 4 botol 500ml free dalam bilik..kalau tak beli pun rasanya cukup untuk semalaman.





Suasana senja di atas deck 9
Dah siap semua aku pun naik ke deck paling tinggi iaitu 10 untuk nikmati pemandangan lautan dan makan malam. Deck 9 & 10 adalah deck terbuka yang ada swimming pool dan restoran yang halal.

Makan malam dah disediakan secara terbuka di Blue Lagoon yang disahkan halal dan kita boleh makan banyak mana pun selagi restoran buka sampai 9.30 malam.  Menu pun kira berbaloi jugak dengan menu Malaysia dan ada BBQ kambing lagi.








Ni cafe yang kena bayar kalau nak minum di Deck 10

Pukul 8.30 malam restoran di tutup sementara pasal semua orang kena attend emergency drill.  Setiap orang dah di assign kena berkumpul tempat-tempat yang tertera atas kad acces kita tapi aku tak joint pun sebab berlainan dengan anak-anak lokasi assembly.  Aku cuma tengok melalui TV cara nak keluar dari cruise bila ada emergency, penting jugak ni..mana tau la kan..Pukul 9 malam kapal akan bermula berlayar dan kita rasa angin bertiup kencang.

Live band sambil menikmati suasana malam
Aku tak rasa pun alunan atau gelombang ombak atau rasa pening-pening..kita cuma tau ruise dah berlayar bila angin kuat dan dapat dengar injin kapal.



Apa aktiviti yang boleh di buat semasa cruise? Selain melepak atas open deck ni dan menikmati keindahan suasana malam bagi yang suka game boleh jogging, main golf atau basket ball.  Yang suka tengok wayang ada movie "Big Hero" dan kalau yg suka show ada beberapa show tapi semua kena buat reservation.  Show for adult pun ada!

Kalau yang suka spa atau urut badan pun ada servis tapi harga ikut harga atas laut ye.



Suasana malam sambil makan malam di deck 9
Cina-cina kebanyakan pukul 9 malam dah lenyap, semuanya masuk kasino lah, aku pun masuk tengok apa depa main..macam dalam filem! Sebab muka aku macam cina, aku boleh masuk tengok kasino ni tapi wifedan anak-anak tak boleh masuk la tengok.  Ada satu kasino yang aku tak boleh masuk sebab untuk members only, very exclusive!

Kebanyakan yang famili atau orang Islam akan melepak kat open deck sambil dengar live band dan nikmati angin malam.


Lokasi terakhir sebelum cruise berhenti 
Selepas 2 jam belayar, cruise akan berhenti di utara Pulau Pinang dan akan belayar balik esok pagi.  Tiada lampu daratan yang akan kita nampak, kiranya kita berada di tengah lautan luas lah.  Aku rasa cruise berada berdekatan dengan Balik Pulau.

Bila dah penat naik turun lif dan explore segenappelusuk kapal, kami pun balik bilik untuk tido.  Esok subuh-subuh nak bangun untuk menikmati matahari terbit di lautan luas.

Matahari sedang terbit..cantik!

Sesudah subuh, aku terus ke Deck 10 untuk menikmati matahari terbit. Kerana suasana agak berawan, matahari terbit agak lewat sebab di lindungi awan.  Begitu indah ciptaan Allah bila dapat melihat matahari pagi terbit dari lautan yang tak bertebing!

Dah puas tengok matahari dan cruise pun mula belayar, aku pun turun deck 9 untuk breakfast. Sedap jugak menu dia dengan pelbagai hidangan.











Sausana masa breakfast
Jam 10, kami dah sampai ke Jetty Penang.  Sebelum keluar, settle semua bill kalau ada sebelum IC di kembalikan.  Kad access bilik kita boleh simpan sebagai cenderahati.

Kalau tanya aku samada berbaloi ke tidak spent dekat RM900 (4 org) untuk semalam, aku rasa berbaloi jugak. Pertama ini merupakan pengalaman pertama aku naik cruise. Kedua buffet dinner dan breakfast setaraf di hotel dan ketiga inilah masa kita boleh berbual dengan anak-anak tanpa sekatan.


Jadi kalau nak try cruise boleh cari time dia offer sebab rate dia kira ok.  Ada hotel yang buat promosi dengan bilik dan tiket cruise yang murah.  Kalau yanhg budget, boleh ambik tiket tanpa bilik dan tido atas kerusi yang disediakan.  Cuma bawa baju sejuk sebab malam sejuk.

Bye sebelum tu layanlah gambar-gambar dibawah!


Suasana malam di koridor Libra
Ni dia punya sistem komunikasi kapal dari Singtel..bila tengah laut, HP dah no service
Antara kedai yang ada dalam Libra

Tempat rehat


Antara kedai dalam Libra


Apa yang ada disetiap deck..deck 5 casino dan show
Swimming pool & jakuzi

Yang tak ambik bilik, boleh tido atas kerusi yg disediakan.