Tuesday, November 28, 2023

Nasi Ayam Hainan Ahmad Lee, Shah Alam

 27 Novermber 2023

Ahmad Lee..restoran nasi ayam chinese style..memang sedapo
Masa aku check-in kat Best Western i-City, Shah Alam, google la nak cari dinner malam tu, terjumpa lah restoran ni yang viral.  Restoran ni yang specialized menu nasi ayam chinese sebab owner dia ni mualaf.  Terletak di Seksyen 16 dan berpandukan Waze, try la cari restoran ni.  Tapi waze ni bagi pening kat kami sehingga pusing sampai 2-3 kali ikut Waze.  Rupanya restoran ni terletak sebelah Shell saja.  

Ada macam-macam menu nasi ayam tapi aku memang suka nasi ayam hainan macam kat Chicken Rice Shop tapi kat sini pun ada.  Overall rasa nasi ayam memang sedap setanding dengan restoran hebat.  Parking pun agak luas.  Konsep restoran ni layan diri..order dan bayar, angkat talam sendiri.  Order air kat tepi dan bayar pulak harga air.  Selain menu utama nasi ayam, kita boleh order side dish chinese style macam sup-sup.  Harga pun tak la mahal antara RM8.50 ke RM9.50 per set nasi ayam mengikut jenis nasi ayam.

Boleh lah try dan seperti mana review orang lain yang cakap sedap, aku akui memang sedap.

 Nasi ayam untuk 4 orang makan RM50..tidak termasuk air

Antara menu yang ada..nasi ayam dan juga side order (chinese menu)

Best Western i-City Shah Alam

 27 November 2023 (2D1N)

Best Western terletak dalam i-City Shah Alam (kredit Best Western i-City)

Masa anak aku ada konvo di UiTM, aku tercari-cari hotel yang berdekatan.  Selalunya aku check-in UiTM Hotel sebab dekat dengan UiTM tapi tau la masa konvo semua bilik sold out.  So, aku book lah hotel Best Western Hotel yang terletak dalam i-City Shah Alam untuk 1 malam ja.  

Hotel menarik dengan rate yang berbaloi (kredit Best Western i-City)

Kali ini aku try book melalui Trip.com pasai aku ni user Agoda dari dulu sampai aku dah sampai taraf Platinum di Agoda.  Rupanya Trip.com menawarkan harga lagi murah dari Agoda.  Untuk hotel ni aku dapat harga RM168.11 untuk bilik Superior tanpa breakfast (selepas di tolak RM20 kerana first time book melalui Trip.com apps ni).

Address hotel ni :

A-GF-01 Golden Triangle 6, Jalan Multimedia, 4000 Shah Alam

Hotel ni betul-betul terletak dalam i-City dan untuk parking, guest diberi free parking selepas kita validate kupon parking.  Ada open parking dalam i-City dan juga basement parking (hotel punya).  Bilik Superior ni tak la besar sangat (19m), sesuai untuk dua orang dengan 1 katil queen.  Bilik cantik dan tersusun rapi, iron diletakkan di depan pintu setiap bilik.  Channel TV dia memang clear dengan channel asas termasuk AXN, Astro Sport & Cinemax dan Bloomberg dan Al-Jazeera.

Bilik Superior..tak berapa besar..RM188.11 book dengan Trip.com

Channel TV terbaik..AXN, Sports, Cinemax & Berita

Bilik air pun ok

Overall aku rasa hotel ni memang memenuhi citarasa aku..cuma bilik Superior agak kecik (19m).  Harga breakfast dia pun boleh tahan, RM40 per head.  Nak makan senang sebab dalam i-City memang ada beberapa restoran biasa, KFC dan Subway.  Kalau nak menu lain, boleh drive ke Shah Alam town yang hanya 10 minit drive ja dari hotel.

So, kalau orang berada di Shah Alam, boleh la consider hotel ni.

Friday, November 17, 2023

Pengkalan Ikan Bakar, Sungai Petani

 12 November 2023

Restoran Dataran Ikan Bakar, Sungai Petani
Aku kalau nak makan ikan bakar kat area Seberang Perai atau Sungai Petani, tempat aku selalu pergi adalah Dataran Ikan Bakar di Sungai Petani. Dataran Ikan Bakar ni memang favourite tapi last sekali pergi agak mengecewakan dengan kualiti hidangan.

Pilih ikan yang nak makan...
Baru ni try pi sana lagi dalam jam 9 malam tapi ikan siakap dah habis.  So aku try lintas jalan ke kedai seberang sungai/jalan yang namanya Pengkalan Ikan Bakar.  Sebenarnya kedai ni memang aku dah noticed dari dulu lagi sebab dekat sangat dengan Dataran Ikan Bakar yang aku selalu pi.  Kalau hampa nak tau kedai ni terletak tepi sungai berdekatan Pasaraya Billion Sungai Petani dan Hussin Nasi Kandar dan kalau nak waze, cari "Pengkalan Ikan Bakar Jalan Pekan Baru" dah boleh sampai.


Parking dia luas..kawasan pun luas..ada toliet dan surau yang agak selesa.  Pasai perut dah lapar terus order 2 ekor ikan siakap yang sedang-sedang (RM50 setiap kilogram) dan sotong (RM80 setiap kilogram), sayur, tomyam dan telur dadar.  Ikan di masak 3 rasa dan sekor lagi di bakar.  Kami order untuk makan 6 orang.


Masakannya boleh di katakan sedap (ikut tekak aku la) dan memenuhi selera aku sefamily.  Servis pun cepat dan menepati cita rasa kami sekeluarga.  Menu yang kami order untuk 6 orang makan tak sampai RM200 termasuk air sirap.  Kalau tempat lain tak dapat sebab tempat lain ikan siakap saja RM80/sekilo dan sekor mau dekat RM100.

2 ekor ikan siakap, sotong celup tepung, sayur, tomyam dan telur dadar dengan 6 pinggan nasi dan sejug air sirap..tak sampai RM200


Aku gerenti repeat makan kat restoran ni kalau terasa nak makan menu ikan bakar.  Bye dan selamat mencuba..