Sunday, June 23, 2013

RTC Gopeng


RTC Gopeng...bersebelahan R&R Simpang Pulai menghala utara
Bagi yang selalu travel menggunakan PLUS Highway ke utara, mungkin tidak perasan yang terdapat satu perhentain yang dinamakan RTC Gopeng yang terletak bersebelahan dengan R&R Simpang Pulai.  RTC ni terletak di PLUS Highway menghala utara sebelum memasuki bandar Ipoh.  RTC ni bukan sekadar R&R biasa tetapi menjadi tempat perhentian kebanyakan bas express ke utara.  Selain tandas & surau, terdapat sebuah Agro Mall yang menjual pelbagai buah-buahan segar dan barangan basah.  Semasa saya singgah waktu malam, tiada jualan di Agro Mall ni. 


Pasaraya Mydin juga terdapat di sini dan menjadi tumpuan penduduk Ipoh untuk membeli belah.  Boleh dikatakan Pasaraya Mydin ni besar dan cukup dengan segala barangan.

Food court d RTC..pilih saja nak makan apa
Untuk menjamu selera, terdapat food court yang menyediakan pelbagai menu daripada nasi kandar hingga ke western food.  Sambil makan, kita akan dibuai oleh kipas angin gergasi di atas kepala.

Kipas angin gergasi di Medan Selera RTC Gopeng

Ramai yang berhenti di RTC ni utk menjamu selera atau membeli-belah di Mydin



Best Western Premier Hotel, Dua Sentral KL



Best Western Premier Hotel..berdekatan KL Sentral
Terdapat sebuah hotel yang agak baru di KL ni yang terletak di Jalan Tun Sambanthan (dekat Stesen KTM lama) kira-kira 15 minit berjalan kaki atau RM10 menaiki teksi budget dari KL Sentral.  Ramai yang tidak tahu kewujudan hotel ni, malah kawan-kawan yang tinggal KL pun tak dapat mencari jalan nak ke hotel ini.  Hotel ini terletak bersebelahan dengan Bangunan TNB & dengar khabarnya bangunan hotel ni pun dipunyai oleh TNB tapi diuruskan oleh Best Western.  Alamat lengkap:

BEST WESTERN PREMIER Dua Sentral The World’s Largest Hotel Chain®
Tel: +60.3.22728888 | Fax: +60.3.2272 1433
Hotel Address | 8, Jalan Tun Sambanthan | 50470 | Kuala Lumpur | Malaysia.                   

Bagi mereka yang mahukan bilik yang agak besar dengan harga yang berpatutan, hotel ini lah yang sesuai.  Dengan harga RM220 nett (minta harga Korporat) untuk bilik Deluxe bersama 2 free breakfast, saya amat berpuas hati dengan layanan dan keadaan hotel ini.  Breakfast nya walaupun free, masih boleh diterima dan menyelerakan. 


Deluxe Room with King Size Bed
Yang best di hotel ni, katil dia besar..dua orang boleh share satu katil
Cuma yang menjadi masalah adalah tiada gerai atau restoran budget di kawasan berdekatan.  Kalau rasa nak makan, paling dekat di Little India (BrickfIelds), Jalan Tun Sambanthan atau menapak ke KL Sentral. Itupun menu nasi kandar saja yang ada.   Bagi saya yang telah biasa menapak (jalan kaki), jalan kaki 15 minit ke KL Sentral tiada masalah tapi bagi yang "manja", berpeluh lah jugak sementara nak sampai.

Kalau nak ke Bukit Bintang atau Jalan Tunku Abdul Rahman, tiada masalah. Samada anda jalan kaki ke Stesen Monorail KL Sentral (bukan di dalam KL Sentral tapi sebelum KL Sentral) atau menaiki free shuttle yang disediakan oleh Hotel ke KL Sentral & KLCC (kena rujuk jadual).

Bagi yang malas nak keluar, di tingkat 6 terdapat swimming pool berlatarkan pemandangan KL dan gymn untuk beriadah.

Tingkat 6 hotel disediakan kolam renang & boleh nikmati pemandangan indah

Untuk mencari hotel ini, google saja Jalan Tun Sambanthan (saya guna nama hotel tapi tak dapat) pasti anda akan sampai, cuma nak mencari jalan masuk agak keliru. Tapi dengan bantuan google map di iPhone & sign board hotel, kita akan dapat mencari hotel ini.

Harga yang berbaloi dengan perkhidmatan..Best Western Hotel 2 Sentral KL

Friday, June 7, 2013

Hatyai Kali Kedua


Park kereta di CTC Changloon..dekat sempadan

Last sekali ke Hatyai adalah pada Feb 2011 & last year plan nak ke sana tapi belum sempat arrange, Hatyai kena bom.  Akhirnya pada tarikh 22 March 2013, sekali lagi mengunjungi Hatyai. 

Kalau dulu naik keretapi tapi kali ini bersama rakan-rakan sepejabat berkonvoi dengan kereta sendiri ke Changloon dan tempah 2 buah van ke Hatyai dengan 6 orang setiap van (maximum 10 orang satu van).  Harga yang dikenakan adalah RM260 setiap van untuk pergi dan balik sahaja (dengan pemandu).

Melalui pekan Danok ke Hatyai
Kami meletakkan kenderaan di CTC iaitu satu tempat persinggahan selepas Changloon dimana bas Konsortium juga berhenti di sini.  Selain kenderaan di parkir adalah percuma, tempat ini juga menjadi tempat persinggahan untuk makan, ke tandas & solat dan menukar wang Thailand. 

Tetapi kadar tukaran di sini agak rendah; 9.25 berbanding di Hatyai 9.32  Jadi lebih baik tukar di Hatyai

Suasana perjalanan ke Hatyai

Jam 11.00 tengahari, van bertolak dari CTC menuju ke Hatyai dan perjalanan dijangka mengambil masa 1 1/2 jam.  Keadaan agak selesa; mungkin kerana kami hanya 6 orang sedangkan van boleh memuatkan 10 penumpang. 

Selepas turun di border Malaysia untuk urusan imigresen dan juga di pekan Danok untuk memasuki Thailand.  Perjalanan agak selesa dengan keadaan jalan yang sempurna walaupun tak sehebat PLUS kita tapi tiada tol dikenakan.  Selepas setengah jam perjalanan, kami singgah di restoran Islam kerana perut dah berkeroncong. 


Bilik hotel Lee Garden..semakin baik
Sepanjang jalan, jalanraya agak berdebu dan terdapat banyak lori kontainer yang keluar masuk.  Menghampiri jam 12.30 tengahari, kami pun sampai ke bandar Hatyai & terus dibawa ke Hotel Lee Garden Plaza.  
Hotel Lee Garden ni lah yang menjadi sasaran bom tahun sudah tapi keadaan kembali tenang dengan ramai pelancong di sini.  Rasa cuak juga.  Sekuriti di sini semakin ketat, nak masuk kompleks hotel pun nak kena check macam masuk airport (lalui pintu sekuriti).  Setelah berehat seketika, kami berempat menaiki tut-tut untuk ke Ice Dome & Floating Market.  Mula-mula tut-tut tu minta sampai 600B tapi lepas di nego, akhirnya dia bagi 450B untuk kedua-dua tempat.  Tapi ingat, jangan bayar dulu..dah sampai hotel balik baru bayar.

Bila arrange tut-tut ni elok janji harga betoi-betoi pasai driver ni boleh kelentong kita bila dah sampai destinasi.

Ice Dome..antara tempat yg mesti lawati

Tempat pertama yang dilawati adalah Ice Dome.  Ini adalah kali kedua ke sini & dengan bayaran 300B, boleh lah rasai kesejukan dibawah -15C.  Sejuk gila!!  Di dalam Ice Dome terdapat berbagai-bagai arca yang diukir daripada ais. 

Dulu masa first time ke sini, tak banyak arca ais tapi kini lebih banyak arca cuma tak tahan sejuk sangat.  Tak dapat nak enjoy tengok arca-arca ni bila dah sejuk sangat. 

Bas sekolah daripada ais

Cuma taman bunga di akhir lawatan telah tiada pasai Ice Dome dah di muat dengan banyak arca-arca baru.  Disekitar Ice Dome ini juga terdapat tasek (Municipal Park) dengan boat kayuh.  Juga terdapat cable car (dulu masa first trip, tak dak cable car ni) & tempat melihat bintang.  Tetapi tak sempat nak pergi pasai kena naik tut-tut ke atas bukit.  Nak menapak katanya jauh jugak daripada Ice Dome.

Floating market..istimewa
Selepas di Ice Dome, tut-tut membawa kami ke Floating Market.  Walaupun waktu agak awal dalam 4 petang, tapi sudah ada peniaga yang mula berniaga.  Mula-mula kita akan lalui macam pasar malam yang menjual makanan dan pakaian. 

Masuk ke dalam kita akan nampak sungai yang airnya dah hijau dan tidak mengalir.  Melintas sungai dengan jambatan kayu, kita akan nampak deretan sampan yang ditambat dimana di atas sampan ini dijual pelbagai makanan Thai daripada cucur sampai ke air kelapa. 

Deretan sampan yg menjual makanan di Floating Market
Semua makanan di sedia dan digoreng atas sampan walaupun sampun tak gerak pun..Kita hanya perlu memesan makanan dan peniaga akan menghulur makanan kpd kita dari sampan mereka.  Tempat duduk untuk menjamu selera disediakan.  Rata-rata yang menjual adalah kaum hawa yang berugama Islam.

Selain daripada deretan sampan ni, ada juga gerai-gerai yang menjual makanan, pakaian & cenderahati.  Tempat ni mesti dikunjungi bila ke Hatyai.

Disebelah malam, sempat berkunjung ke Night Market. Disini dijual macam-macam pakaian hingga tak larat nak meninjau satu kedai ke satu kedai.  Kalau nak menjamu selera di Hatyai ni tak susah.  Dekat Lee Garden Hotel terdapat Restoran Hamid yang terkenal dengan masakan tomyam dan disebelah malam, disebelah hotel terdapat gerai menjual nasi lemak yang halal.

Sebelum berpisah, layanlah gambar-gambar dibawah semoga satu hari anda akan ke sana..

Antara arca yang terdapat di Ice Dome Hatyai

Floating Market..macam-macam ada!!!

Tedapat jualan pakaian dll sebelum masuk ke Floating Market

Menjelang senja, di hadapan Hotel Lee Garden akan bertukar menjadi pusat jualan pelbagai jenis pakain & makanan.

Bandar Hatyai dari Lee Garden Hotel tingkat 25