Monday, November 5, 2012

Kelantan Lagi..


Sungai Kelantan dari Hotel Grand River View

Sekali lagi ke Kelantan atas tugas rasmi pada 4 Oct 12.  Kalau bulan sudah datang ke sini menginap di Tune Hotel, kali ni menginap di Grand River View Hotel (GRV) yang terletak di tebing Sungai Kelantan. 


Hotel Grand River View..bilik sederhana saja

Hotelnya sederhana sahaja & bila buka sliding door, terus terpampang Sungai Kelantan yang mengalir tenang.  Cantik pemandangan di sini terutamanya waktu pagi & senja. 

Dipahamkan kadar semalam untuk bilik Deluxe dalam RM210 dengan free breakfast untuk 2 pax.  Daripada hotel ni, kita boleh hanya berjalan kaki ke Pasar Siti Khatijah dan lain-lain tempat menarik sekitar Kota Bharu. 


Zaeman Nasi Kukus..mesti cuba, sedappp!!
Setelah check-in, terus mencari kedai makan pasai dah agak lewat petang.  Kawan suggest ke Zaeman Nasi Kukus yang terletak di Jalan Merbau.  Jalan Merbau ni terletak di belakang Pasar Siti Khatijah tapi agak sukar kalau memandu kerana jalan di situ one-way.  Kalau parking di sekitar Pasar Siti Khatijah & jalan kaki lebih mudah untuk ke kedai ni.

Nasi kukus dia memang power & yang bestnya tiada pinggan disediakan walaupun kita makan di sana.  Semuanya berbungkus & harga pun murah.


Pemandangan dari GRV Hotel

Disebelah malamnya, kami telah mengunjungi Pasar Malam di Wakaf Che Yeh yang terletak kira 7 km dari KB. 

Di sini dijual pelbagai barangan & makanan terutamanya kain & pakaian & harganya amat murah daripada pengamatan saya terutamanya kain ela.

Sampai lenguh kaki kalau nak jalan di setiap lorong yang menjual.  Terdapat juga beberapa hotel budget di sekitar jalan di sini.


Suasana di Rantau Panjang..macam di Padang Besar Perlis

Hari berikut, sebelum balik Penang, singgah di Pasar Siti Khatijah untuk membeli keropok lekor basah dan keropok kering.  Keropok lekor basah yang kecik/pendek lebih sedap dan ranggup daripada yang besar. 

Dalam perjalanan pulang, kali ini  singgah sebentar di Rantau Panjang untuk melihat  apa yang dijual di sini. Barangan dijual macam di Padang Besar, Perlis cuma sekali imbas harganya lebih sedikit daripada Padang Besar.  Selain pakaian sukan termasuk jersey bola terdapat juga barangan seperti alatan dapur & toto yang dijual di sini. 

Sebelum berpisah, layan dulu gambar-gambar di bawah.

Suasana Sungai Kelantan
Senja Hening Sungai Kelantan

Rantau Panjang