Sunday, October 26, 2025

Derbar Raja Muzaffar Shah, Bukit Birut Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara

Buffet breakfast di puncak bukit..hanya RM13

Di Kepala Batas atau Pinang Tunggal yang bersempadan antara Seberang Perai Utara dan Sungai Petani Selatan, terdapat satu bukit rekreasi yang agak terkenal yang kenali sebagai Bukit Birut.  Sebenarnya aku dah banyak kali naik bukit ni tapi hanya ronda-ronda sekitar di puncak yang terdapat TL House untuk menikmati panorama dari atas bukit.  Dari jalan besar, kereta boleh terus naik dan terdapat geng-geng joging pagi-pagi sepanjang jalan.  Bukit ni bukan tinggi sangat..dalam 2 minit dah sampai ke puncak.

Kalau datang awal sebelum 7am, terasa kedinginan pagi

Sekarang dah dibuka satu restoran di sini yang dinamakan Derbar Raja Muzaffar Shah.  Jangan la hampa terkejut dengan nama yang agak gah ni (derbar bermaksud mesyuarat raja-raja dulu) pasal restoran ni memang harganya berpatutan terutamanya breakfast buffet dia.  Restoran ni terletak diselekoh sebelum hampa sampai ke puncak (TL House).  Ada staff yang tolong urus park kereta hampa kalau hujung minggu.  Dengan hanya bayaran RM13 sekepala, hampa boleh makan tanpa had sambil menikmati udara segar dan pemandangan pagi yang memukau. 

Waktu Buffet Breakfast : 7am - 12pm (tutup setiap Isnin)

Apa menu dengan harga RM13 ni? Selain nasi ada jugak mee, bubur, mee hokien, ubi kayu, pek nga, roti dan biskut.  Air pulak ada kopi, teh dan air anggur.  Bagi aku lah, menikmati makanan sambil menikmati view dari atas bukit dan dapat spent time  bersembang dengan family amatlah berbaloi dengan harga.

Tempat duduk banyak..cuma jam 8am, terasa panas pagi

Sausana pagi dari atas bukit

Bayar RM13/kepala..disamping makan breakfast tanpa had, dengan view macam ni mmg berbaloi


Sunday, August 31, 2025

Mornington Hotel Lumut

 23 Ogos 2025

Bulan Ogos lalu, ada kenduri di Manjung, Perak.  Dah sampai Manjung, nak tidur lah satu malam sambil ronda-ronda Lumut.  Selalunya aku tidur di Telok Senangin tapi tengok harga chalet-chalet tepi pantai agak mahal (RM180-RM200), aku try la cari hotel-hotel budget kat Lumut ni.

Scroll punya scroll kat Agoda, jumpa la hotel ni yang di katakan walking distance ke Lumut Waterfront.


Mornington Hotel Waterfront Lumut

Lot 5 Jalan Titi Panjang

32200 Lumut, Perak

Jangan silap tau sebab kat Manjung ni ada 3 hotel Mornington ni..aku pun silap pi hotel lain masa nak check-in.  Harga yang aku dapat untuk bilik Standard Queen dengan Nature View adalah RM65.12 saja (all-in).  

Pada mulanya aku agak tak yakin dengan harga macam ni nak dapat hotel budget yang ok.  Selalunya harga macam ni hanya di OYO.  Tapi bila aku dah sampai, memang hotel ni di lebih dari jangkaan aku dengan harga yang dibayar.

Pertamanya, lokasi memang hanya berjalan kaki ke Waterfront..depan hotel ada kedai jual hasil laut Pangkor macam ikan bilis..ada warung untuk breakfast dan ada restoran tomyam.  Pendek kata, nak makan memang tiada masalah.

Nak beli hasil laut, hanya di depan hotel ja

Hotel ni terletak dalam apartment tapi parking hanya didepan hotel.  

Nak ke tepi laut, hanya terletak dibelakang hotel..ramai warga Lumut beriadah setiap petang di sini.  




Bagi aku rate hotel ni sangat berbaloi.  Lokasi walking distance ke Waterfront, makan pun senang, bilik luas dan cantik.  Tapi yang paling best, walaupun harga budget tapi ada swimming pool sebab hotel ni dalam apartment..jadi pool hotel guests boleh guna.

Walaupun status budget hotel, tapi ada pool yg dikongsi dgn residen apartment