Saturday, April 14, 2012

Menjamu Selera Di JB

Atas urusan kerja, saya bersempatan terbang ke JB daripada Penang pada 11hb. April 2012 (hari cuti Pertabalan Agung) selama 2 malam. Berlepas daripada Bayan Lepas dengan MAS pada jam 12 pm dan transit di KLIA sehingga penerbangan ke JB pada jam 5.25 pm.  Penerbangan ke JB daripada KLIA adalah lebih singkat (lebih kurang 45 minit) daripada Bayan Lepas ke KLIA kerana jarak JB adalah lebih dekat berbanding Bayan Lepas ke KLIA (55 minit).

Puteri Pacfic JB
Mendarat di Senai pada jam 6.10 pm dan terus menuju ke bandaraya JB.  Bermalam di Seri Pacific Hotel yang terletak betul-betul tengah bandaraya JB.  Dipahamkan kadar semalam adalah RM170 unruk bilik standard dengan sarapan percuma dan keadaan hotel ini boleh dikategorikan sebagai sederhana.  Sekiranya ingin shopping di JB, terdapat beberapa kompleks membeli-belah di sekitar hotel ini dan hanya perlu berjalan kaki ke sana.
Terdapat gerai jualan malam berdekatan hotel seperti Gerbang Malam di Ipoh atau Uptown di Sg Petani dengan perbagai jenis jualan.

Roslin Beriani House, Jln Kebun Teh JB
Waktu tengahari keesokannya telah berkunjung ke Restoran Roslin Beriani House yang terletak di Jalan Rebana, Kebun Teh kira-kira 20 minit perjalanan daripada bandar JB.  Dipahamkan di JB ini terdapat banyak restoran yang menyediakan menu beriani dan restoran Roslin Beriani House ini merupakan kegemaran saya sekiranya ke JB.  Ini adalah kali kedua saya menikmati beriani di restoran ini.  Kami telah memesan beriani kambing (RM8) dan ayam (RM7) sebagai hidangan tengahari.  Beriani di sini boleh tahan rasanya dan lain daripada apa yang selalu saya makan di Penang.

Harga di Beriani House, ok jugak

Alamat Roslin Beriani House JB

Pada keesokan malamnya, kami telah memilih restoran yang diusahakan oleh keluarga pelakon Betty Banafee (saya pun tak berapa ingat pelakon yang mana) yang terletak di hadapan New York Hotel di Jalan Dato' Abdullah Tahir iaitu Banafee Village Restoran (http://www.banafeevillage.com/).   Restorannya besar dan menunya terdiri daripada Arab, Cina, Melayu dan Western foods sehingga sukar membuat pilihan.  Sambil menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan nyanyian live daripada dua lelaki Arab (kalau tak salah saya daripada rupa paras penyanyi) dengan petikan gambus yang sungguh mengasyikkan.  Harga makanan di sini boleh tahan setaraf makan di hotel 3-4 bintang, mungkin kerana ramai Singaporean yang sering datang ke sini.  Setakat nasi goreng USA berharga RM16.90 bagi Singaporean apalah sangat berbanding kami orang Malaysia.

Banafee Village..milik keluarga pelakon Betty Banafee
Harga di Banafee Village, boleh tahan!!
Setelah membelek menunya yang banyak tu, saya memilih Gril Chicken Chop yang berharga RM16.  Rasa masakannya sederhana sahaja dan rakan saya yang memilih Nasi Goreng USA dan Nasi Putih bersama tomyam juga setuju dengan citarasa saya.  Mungkin menu yang kami pilih bukan speciality bagi restoran ini.

Senai Airport



Setelah berada 3 hari 2 malam di JB, pada hari Jumaat; 13/4 saya telah terbang daripada Senai menuju KLIA pada jam 4.25pm.  Transit di KLIA selama 2 jam dan menaiki pesawat MAS Boeing 737-800 ke Penang pada jam 8.20 pm dan selamat mendarat di Bayan Lepas pada jam 9.10 malam.  Lega rasanya  dapat menjejak kaki di Penang setelah 3 hari berada di selatan tanah air. 


  

Boeing 737-800 ke KLIA dah sampai..
Oleh kerana perjalanan ini merupakan atas urusan kerja, tak dapatlah nak berjalan-jalan di JB walaupun saya sudah pernah ke JB beberapa kali. 
Kami juga tidak berkesempatan ke Singapore walaupun sudah membawa pasport kerana salah seorang rakan, pasportnya akan tamat pada 24/4 dan pihak Singapore tidak membenarkan dia masuk.  Mungkin trip berikutnya, saya akan memasukki Singapore dan mencari restoran yang terkenal di sana untuk menjamu selera.


No comments:

Post a Comment