Friday, December 27, 2013

Hari Kedua : Mekong River

Suasana HCM di pagi hari
Pemandangan sepanjang jalan ke Mekong River
Jangan tak tahu yg di HCM cerah awal.  Pukul 5 pagi dah macam pukul 8 pagi.  Hari kedua di HCM dah buat arrangement ke Mekong River. 

Tepat jam 8 pagi, tourist guide nama Abdullah dah call dan minta tunggu di depan Basiroh. Dapat nama dan contact Abdullah ni bila dok ikut forum di cari.com. Kalau tak nak buat private tour macam saya, hotel boleh uruskan tour tapi campur dengan orang lain & harganya murah sikit.  


Abdullah caj saya USD25 seorang/hari termasuk transport, tiket masuk dan makan tengahari. Kenderaan yg digunakan adalah Mercedes MPV dengan kapasiti sehingga 8 orang tapi saya hanya 5 orang satu family.  

Abdullah ni orang Islam Champa tapi warga Vietnam.  Bapa dia pernah merantau ke Terngganu dan Pahang. Tunang Abdullah orang Kelantan dan dijangka akan berkahwin tahun depan.  Dari segi komunikasi tiada masalah.



Yg merah tu kubur orang Vietnam..tengah sawah padi
Perjalanan ke Mekong ni hanya sejauh 85km tapi mengambil masa 2 jam kerana speed kereta di sini hanya 100km dan sekiranya melebihi had ini, polis akan saman serta-merta.  

Sepanjang jalan dihidangkan dengan pemandangan sawah padi dan deretan kedai-kedai.  Kubur orang Vietnam di tanam di tengah sawah padi mereka.  Begitu banyak kenderaan yang menuju ke Mekong.

Bot yg membawa menyusuri Sg Mekong



Akhirnya sampai Sungai Mekong yang terletak di My Tho City, sungai yang mengalir melalui 6 negara sejauh 4,350 km dari China hingga ke akhirnya ke Vietnam.  Ia merupaka sungai ke 12 terpanjang di dunia dan ke 7 di Asia.  Jutaan orang bergantung pada sungai ni untuk kehidupan harian.  Air sungai berwarna teh tarik dan begitu luas.  

Kedai menjual madu asli Vietnam
Setelah diperkenalkan kepada tourist guide yg dipanggil Snow (maksud nama dia dlm bahasa Vietnam) kami dibawa menyusuri sungai dengan bot.  

Mula-mula bot hanya menyusuri tepian sungai untuk melihat kehidupan rakyat Vietnam yang bergantung pada Sg Mekong. 

Kemudian kami dibawa ke sebuah pulau yg terletak di tengah-tengah sungai.  Disini terdapat restoran yang menjual madu asli Vietnam. 









Hidangan teh madu

Kami dihidangkan dengan minuman berasaskan madu sambil lebah-lebah menyanyi ditepi telinga kita macam nyamuk! Kalau nak beli madu pun boleh cuma saya tak beli pasal yg beli di Cameron pun tak habis lagi.



Harga madu disini boleh tahan jugak harganya!








Perusahaan membuat candy kelapa
Destinasi berikutnya, bot akan singgah ke satu tempat dimana terdapat perusahaan membuat candy daripada kelapa. Semuanya dibuat dengan tenaga manusia dan bukannya mesin! 

Oleh kerana kami kurang suka candy, kami hanya melihat tanpa beli apa-apa.  


Gadis ni jugak pandai nyanyi lagu Madu dan Racun
Melangkah ke dalam, kita akan melihat kedai-kedai menjual kraf tangan dan barangan kulit. Macam-macam yg dijual daripada baju kanak-kanak hingga ke beg kulit burung unta.  

Penat berjalan, tourist guide bawa ke satu tempat rehat sambil makan buah-buahan. Sambil makan, ada beberapa gadis Vietnam akan mendendangkan lagu-lagu Vietnam diiringi dengan  petikan gitar.  


Tengok berapa banyak sampan..bergesel!
Gadis-gadis ni juga pandai mendendangkan lagu Melayu termasuk lagu Madu dan Racun. Buah-buahan yg dihidangkan dah termasuk dalam pakej dan kita hanya bagi tip kepada gadis-gadis yang menyanyi tadi.  

Selepas habis lelah, kami dibawa ke dalam lagi dimana telah menunggu deretan sampan-sampan yang kebanyakannya didayung oleh wanita Vietnam yang agak berusia.  

Begitu banyak sampan-sampan ni sehingga jammed dan bergesel sesama sendiri.  Setelah jenuh bergesel dan dihimpit oleh sampan-sampan yang banyak, akhirnya baru sampan kami berjaya keluar dan didayung oleh 2 wanita Vietnam.  


Bergesel sampai kena tolak..jangan letak tangan tepi sampan,
naya kena himpit!
Siksa sungguh tengok mereka mendayung tapi sungguh gigih wanita ni..kalau bagi saya mendayung, seminggu tak bangun pasal tangan cramp!  


Makan tengahari kami...sedap!!
Begitu sukar hendak mencari sesuap nasi sehingga terpaksa memerah keringat setiap hari. Setelah hampir setengah jam perjalanan, kami sampai dimuara sungai dimana sudah menanti bot yang menghantar kami tadi. Setelah memberi setikit tip pada 2 wanita yang mendayung tadi, kami pun beredar.  Dalam bot telah tersedia kelapa muda setiap sorang untuk menghilangkan dahaga.  


Pasar Binh Tay..banyak jual kain cotton

Sampai di Jetty, kami mengucapkan terima kasih kepada tourist guide kami; Snow. Kami singgah membeli t-shirt Hard Rock dan Mekong River. Walaupun t-shirt disini murah (RM6 sehelai) tapi kualitinya (agak nipis) kurang daripada yang dijual di bandar.  Kami singgah makan di sebuah restoran halal (dalam pakej) dan rasa masakan orang Islam Vietnam yang sedap. Masakannya umpama makan di rumah kita kerana rempah ratusnya dibawa dari Malaysia.


Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah ke pasar Binh Thay yang menjual pelbagai kain dan beg.  Begitu ramai dalam pasar ni sampai nak jalan pun tak boleh.  

Kebanyakan kaum wanita membeli kain cotton dan jubah yang boleh disiapkan dalam sehari sahaja.  Harganya jauh lebih murah dari tempat kita tapi kena pandai tawar menawar!  Ringgit boleh digunakan di sini dan lebih untung kalau guna RM. Setelah sejam berada disini dan hampir RM500 terbang, kami pun bertolak balik.


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan ke Mekong River...
Peta perjalanan di Mekong River..Pulau tu lah kita akan lawati.
Sungai Mekong..luas dan begitu panjang
Bandar My Tho City daripada Sunga Mekong
Ni bukan Penang Bridge tapi jambatan yang merentasi Sg. Mekong
Tengok brapa sesak dgn sampan!

Suasana dalam Binh Tay..sesak







1 comment: