Friday, January 1, 2016

Kuala Gula, Kuala Kurau Perak

Kuala Gula..banyak burung di sini

JS Muara Restoran..menu menarik ketam lembut
Dok scroll dalam internet semalam terjumpalah satu tempat yang dikatakan menarik untuk makan ketam lembut dan bermalam kalau yang berminat; Kuala Gula.  

Terletak di utara Perak berdekatan dengan Gunung Semanggol/Bukit Merah. Kalau guna highway exit Bukit Merah dan ikut sign board ke Kuala Kurau. 





Tapi aku saja guna jalan kampung dari highway utara, aku exit Jawi/Nibong Tebal dan aku masuk jalan kampung ke Sg Acheh, Sg Bakau, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan terus ke Kuala Kurau. Perjalanan hampir 2 jam dari Bertam Kepala Batas.  Dari bacaan blog, ramai yang recommend ketam lembut yang boleh kita makan terus tanpa buang kulitnya so aku teruja nak try.

Masa aku sampai perut masih kenyang so aku ronda dulu kat sini..
Deretan chalet di Kuala Gula Sanctuary Resort


Bagi yang minat memancing dan ingin bermalam, terdapat chalet Kuala Gula Sanctuary Resort yang boleh di sewa. 

Setiap bilik dibina di tepi sungai dan buka pintu beranda, dah boleh memancing dari bilik (cuma ada 2 bilik yg tak atas sungai).  Yang datang secara grup atau nak buat seminar, dewan juga disediakan.  




Dari bilik pun dah boleh memancing di resort ni


Harga chalet (hujung minggu):

Standard Romm RM130 (RM150)
Superior Room RM150 (RM170)
Family Room RM270 (RM300)
Dorm A RM400 (RM500)-max 33 pax
Dorm B RM400 (RM500)-max 30 pax

Contact:

05-8901881 / 017-4016852
kualagula.sanctuaryresort@gmail.com




Menu yang di order
Dah dekat 6 petang, aku pun singgah kat JS Muara Restoran yang terletak bersebelahan dengan resort. Restoran ni dibina atas sungai dan bila bot lalu, restoran pun akan beralun mengikut ombak sungai.  

Aku order:
Ketam Lembut 5 ekor RM40
Siakap 1kg RM45
Tomyam 2 orang makan RM12
Telor Bistik RM5
Nasi Putih 4 orang RM4
Air Minuman RM4
Semua RM110 (lepas diskaun)

Ketam lembut goreng tepung..sekoq RM8..ni 5 ekoq!

Kalau tanya aku secara jujur kecuali ketam lembut goreng tepung, masakan lain memang hampeh! Dah lah aku tunggu sampai sejam (boleh maaf pasai ramai) tapi ikan siakap tiga rasa dia hanggus dan tomyam dia aku ingat mamak nasi kandar punya tomyam lagi sedap.

Kalau bukan kerana ketam lembut, tak mungkin aku mai balik restoran ni.  Setakat rasa macam ni, kat taman aku lagi sedap..tapi bagi hampa yang belum try, boleh rasa sendiri dan buat rumusan.

Ketam yang dibela dalam sangkar

Contact no JS Muara Restoran..hanya ketam lembut saja yg ok
Chalet untuk disewa bagi kaki pancing dan yang nak relax-relax

11 comments:

  1. Replies
    1. ketam lembut kira ok jugak sebab payah nak dapat ditempat lain. Dengar kata di Merbok Kedah (dekat Uitm Merbok) pun ada restoran buat menu ketam lembut ni tapi jenis ketam lain.

      Delete
  2. memang ada perkhidmatan sewa bot tapi tak pasti berapa caj dia..ada pengemar burung yang buat trip tu..

    ReplyDelete
  3. Berapa angaran kos bg 3 hari 2 mlm setiap seorang siap mkn...?

    ReplyDelete
  4. Tak dapat saya nak bagi kos 3H2M sebab saya buat day trip saja..tapi kalau nak bermalam di sini, sila rujuk harga chalet di atas atau hubungi mereka. T Kasih

    ReplyDelete
  5. Saya dh pg mkn kt situ mmg hampeh tak sedap langsung..sori to say tp itulah kebenaran..servis pun lembab nk mampus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mengharap restoran ni akan improve quality menu dia sebab restoran ni dah terkenal terutamanya bagi orang utara.

      Delete
  6. call pun tak dapat.susah betul la,update la profile.tapi berniaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tak pergi restoran ni..tak tahu apa yang terjadi..

      Delete
  7. Very nice and cool place must visit

    ReplyDelete