Friday, December 30, 2016

Ber "Komuter" ke Padang Besar

Mana komuter ni? Di stesen Tasek Gelugor
Lama rasanya tak ke Padang Besar walaupun dah banyak kali ke sana.  Sejak dah ada komuter dari Padang Rengas ke Padang Besar, ni lah first time aku try guna komuter ke Padang Besar dari Tasek Gelugor.  

Dari rumah naik kereta dan park di stesen KTM Tasek Gelugor. Banyak kereta yang ditinggal di stesen ni mengambarkan ramai yang menggunakan samada ETS atau komuter untuk ke tempat lain.

Laluan komuter dan stesen persinggahan


Komuter Padang Rengas ke Padang Besar



Dari Tasek Gelugor atau stesen pertama Butterworth ni boleh dikatakan setiap jam ada tren ke sana. Tambang RM10.40 untuk dewasa dan ada diskaun untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas atau OKU.  


Aku naik tren pukul 10.50 pagi dan dijangka mengambil masa 1 jam 30 untuk sampai stesen terakhir, Padang Besar.
Tren komuter ni merupaka komuter lama yang digunakan di KL tapi keadaan masih baik cuma bila time ramai, aircond dia tak rasa sangat.  

Kompleks utama di Padang Besar


Suasana dalam komplek..panas dan ramai
Apabila kita sampai di Stesen Padang Besar, kita cuma perlu berjalan melintasi landasan mengikut flyover yang telah dibina untuk ke kompleks membeli belah yang hanya tak sampai 1 kilometer. 



Kalau tak larat nak berjalan walaupun dekat, ambik je teksi dan bayar tambangnya kalau tak silap RM20 satu teksi.  Tapi aku nasihat hampa berjalan kaki je lah..tak jauh pun.



Pandangan dari surau



Oleh kerana cuti sekolah, ramai yang berkunjung ke sini dan aku ke sini selalunya cari jersey EPL,  beli gajus dan makan-makan saja.

Surau disediakan tapi keadaan amat duka cita dengan tiada air dan kotor.


Jadual balik dari Padang Besar musim cuti

Mula makan di Kedai Kak Shon tapi rasanya amat teruk..buang duit saja kalau makan kedai ni..

Makan di restoran ni (tingkat 1) bangunan sebelah pasar..sedap!

Setiap kali pergi mesti beli jersey..anak beli jersey Thailand..warga Siam ka? Player jersey RM32




4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , kalau waktu cuti hari merdeka, pasar padang besar tu still bukak tak? Atau diorg cuti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..kalau hari cuti, lagi ramai la sampai nak makan pun jenuh tunggu meja..Pasar buka macam biasa walaupun hari cuti..

      Delete