Tuesday, February 13, 2018

New Eastern Hotel, Jalan Raja Laut KL

Terletak di Jalan Raja Laut berhadapan  dengan Capitol; pawagam lama (kredit neweasternhotel.blogspot.my)
Last week (10/2) ada hal di KL dan mencari hotel budget yang di recommend oleh pengunjung, terjumpa lah hotel ni.  Rating oleh Agoda agak tinggi (7 stars) dan kebanyakan pengunjung memberikan rate yang tinggi untuk hotel ni.  Aku booklah untuk double room with city view (ada tingkap) melalui Agoda untuk semalam (Sabtu masuk dan keluar Ahad). Aku book melalui Agoda dengan rate RM66 (all-in). 

Terletak bersebelahan dengan BSN Jalan Raja Laut dan berhadapan dengan panggung Capitol lama dan alamatnya adalah seperti berikut:

152-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
+603-40431106


Bilik dia bersih dan cantik


Dari luar nampak hotel ni macam teruk tapi bila dah melangkah masuk, memang hotel ni awesome walaupun di kategorikan sebagai hotel budget.  Bilik dia memang bersih dengan bilik air yang cantik dan kemas.  Masa check-in kena bayar refundable deposit RM50.  Setiap level disediakan mesin air panas dan iron disediakan di tingkat 2.  

TV channel superb.. Astro

Taraf budget tapi bilik air memang terbaik
Kesimpulannya, aku memang berpuas hati dengan fasiliti dan servis hotel ni cuma satu sahaja..aku diberi bilik city view (ada tingkap) dan bilik mengadap jalan utama (Jalan Raja Laut).  Boleh kata sepanjang malam aku tak dapat tidor nyenyak sebab jalan dia bising dengan kereta dan motor.  Kalau hampa nak ambik bilik yang ada tingkap (city view) ambiklah bilik belakang yang tak mengadap jalan utama.



No comments:

Post a Comment