Pantai di Teluk Nipah berhadapan Ratu Resort..tak secantik Pantai Merdeka |
Dah ada cuti panjang sempena Kristmas dan memang minggu ni setiap tahun kami buat family gathering, aku decide nak lepak kat Teluk Nipah selama 2 malam. Teluk Nipah ni merupakan teluk yang terletak dalam perjalanan ke Pantai Merdeka, iaitu kira-kira 3-4 km saja dari Pantai Merdeka. Kalau cuti sekolah ni, Pantai Merdeka menjadi tumpuan pelancong tapi kat Teluk Nipah ni kurang lah sikit orang. Walaupun pantainya tak sepanjang dan secantik Pantai Merdeka tapi bagi yang suka aktiviti cari kepah atau menjala ikan, kat sini memang sesuai. Lautnya tenang tapi agak berbatu dan time surut, selut banyak dan ramai yang ambik kesempatan untuk mencari kepah dan ketam.
Ada 4 pintu chalet kat Ratu Resort ni |
Untuk family gathering, aku booked 2 bilik standard (RM150/malam) dan satu bilik besar (RM180/malam) di Ratu Resort ni dan peralatan BBQ diberi percuma. Yang bestnya Ratu Resort ni, pantai terletak betui-betui di hadapan resort dan tak perlu jalan jauh. Malam-malam kami buat BBQ bertemankan hembusan angin pantai dan bulan mengambang penuh.
Ratu Resort ni ada hanya 3 bilik standard dan satu bilik besar. Walaupun nama dia resort, janganlah hampa bayangkan ada swimming pool sebab ni macam chalet saja.
Pantai betoi-betoi di hadapan Ratu Resort ni.. |
Fasiliti dalam bilik adalah katil besaq, almari, kattle, TV LCD dengan channel standard, aircond dan fan. Toto, tuala, telekong dan sejadah disediakan oleh resort cuma sabun tak disediakan.
Bilik yang besaq ditambah dengan 1 sofa yang boleh kita tidur. Tiada kedai serbanika atau kedai runcit, yang terdekat terdapat di simpang jalan Pulau Sayak atau terus ke Pantai Merdeka. Hanya yang ada warung kampung untuk minum teh.
Pagi-pagi di jalan besar, ada orang kampung yang menjual nasi lemak dan kuih untuk breakfast.
Bilik standard |
Aktiviti bila dah datang kat sini adalah lepak-lepak sambil makan-makan (kami masak di depan resort guna portable dapur) dan berborak-borak.
Bila kenyang, bolehlah try skills memancing bila air pasang (dapatlah anak ikan saja) atau menjala udang. Bila air surut, boleh lah try cari kepah atau siput dicelah-celah batu atau dalam selut.
Kalau dah jemu sangat, kami berkereta ke Pantai Merdeka untuk makan ais kacang Gunung Jerai atau mandi-manda di pantai sana.
Kat sini jugak (Pulau Sayak) terkenal dengan sajian mee udang dan terdapat 4-5 restoran yang menjual mee udang. Harga sepinggan hanya RM12-RM13 dengan 3 ekor udang. So, bagi yang berminat nak menempa bilik di sini, bolehlah hubungi adik kita ni:
019-5082506 Nurul Hani
No comments:
Post a Comment