12 Disember 2021
Bagi orang Penang terutamanya yang tinggal di mainland, kalau nak merasa menu western yang sedap tapi murah, restoran ni la yang jadi pilihan. Aku penah ulas mengenai restoran ni dalam entry dulu tapi masa tu restoran dia di tempat lama. Tempat lama tu memang sesak apatah lagi PKP di adakan ianya meyebabkan masa menunggu begitu lama dan SOP tak di patuhi.
|
Kawasan baru yang lebih luas dan teratur..sistem beratur yang baik |
Dengan business semakin baik, Pak Mat Western ni dah berpindah ke tempat baru yang hanya bertentangan dengan restoran lama; iaitu kawasan kilang yang amat luas dan selesa. Alamat penuh tempat baru (bertentang dengan restoran lama):
No. 6 Jalan Industri Tangkas 2
Taman Industri Tangkas
14000 Bukit Mertajam
012-524 9263
Bila sampai ke sini, salah seorang dari kita kena duduk di kerusi untuk beratur dan bila tiba giliran, baru yang lain turut serta masuk ke restoran. Masa aku datang memang ramai tapi masa yang diambil agak cepat; iaitu kurang dari 30 minit untuk dipanggil ke meja makan. Semua urusan agak teratur dan cepat.
|
Sistem beratur di kerusi oleh seorang wakil kumpulan yang datang..teratur dan cepat |
|
Menu yang di order, mix platter dan cheezy chicken chop |
Order macam biasa, chicken chop dam mix platter dan rasanya masih sedap macam dulu. Parking pun agak banyak di sekitar restoran ni sebab banyak kilang belum dibuka.
|
Harga menu yang di order..murah jugak |
|
Suasana dalam restoran.. |
|
Dah makan, beratur untuk membayar pulak |
Untuk yang mencari masakan western yang murah, bolah lah singgah ke restoran ni yang terletak di area Bukit Minyak. Bye..
No comments:
Post a Comment