Thursday, April 19, 2012

Mencuba ETS Ipoh ke KL Sentral


Stesen Keretapi Ipoh

Sejak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan perkhidmatan keretapi elektriknya (ETS) pada Ogos 2010 untuk perjalanan daripada Ipoh ke KL Sentral, saya belum sempat mencuba perkhidmatan tersebut.  Dikatakan perkhidmatan ini memberikan satu pengalaman baru kerana selain ianya cepat dan selamat, ETS juga menawarkan tiket pada harga berpatutan.    

Kupon parkir seharian RM4
Atas urusan kerja pada bulan Januari 2012, rakan daripada Ipoh mencadangkan supaya kami mencuba ETS ke KL apabila kami perlu membuat presentation kepada pelanggan di Plaza Pengkalan, Jalan Tiong, KL.  Oleh kerana perkhidmatan ETS ini hanya bermula daripada Ipoh, kami bertolak dengan kereta sendiri ke Ipoh dan setelah 1 jam setengah perjalanan, kami sampai di Stesen Keretapi Ipoh.  Terdapat banyak petak parkir berbayar di sekitar stesen tersebut dan dengan membeli kupon seharian RM4 daripada kiosk di dalam stesen, kami meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan stesen.

ETS..cepat dan selamat
Rakan kami telah menempah tiket untuk perjalanan jam 11.15 pagi bagi ETS Gold dengan harga RM35 sehala.  Dikhabarkan perjalanan ke KL Sentral akan mengambil masa selama 2 jam.  Terdapat ramai penumpang yang menunggu untuk sama-sama menaiki ETS ke KL.  Tepat jam 11.15, ETS pun sampai dan kali pertama menjejakkan kaki ke dalam ETS, terasa amat teruja kerana ETS ini memanglah bersih dan selesa bila berada di dalam.  Tetapi janganlah sampai membandingkan ETS dengan ERL kerana ERL lebih eksklusif.  
 
Suasana di dalam ETS
 Sepanjang perjalanan, ETS meluncur dengan laju dan sempurna dan hanya berhenti di beberapa stesen terpilih.  Terdapat papan tanda elektonik yang mencatatkan kelajuan ETS dan saya dapati ETS memecut mencecah 140km/jam pada setengah tempat.  Tiada rasa gegaran atau bunyi bising mungkin kerana ETS menggunakan elektrik berbanding diesel untuk keretapi biasa dan sepanjang perjalanan kita boleh membuat kerja dengan menggunakan lap top.  Tepat jam 1.30 tengahari, ETS selamat sampai ke KL Sentral. 

Daripada KL Sentral, kami mengambil teksi ke pejabat pelanggan dan setelah selesai kerja kami mengambil teksi balik ke KL Sental.   

Layan lap top sepanjang
perjalanan
Tiket balik telah ditempah untuk ETS Silver berharga RM25 dan dimaklumkan ETS Silver akan berhenti di lebih banyak stesen dan mengambil masa yang lebih lama daripada ETS Gold.  Suasana di platform lebih sibuk kerana lebih ramai penumpang yang akan pulang ke Ipoh terutamanya pelajar universiti yang akan pulang bercuti.  Tiada bezanya dengan ETS Gold, perjalanan dengan ETS Silver juga sempurn dan selesa cuma ianya berhenti di lebih banyak stesen. 

Tepat jam 9.30 malam, kami telah selamat sampai di Stesen Ipoh.  Setelah mengambil kereta, kami bergegas bertolak pulang ke Pulau Pinang.
Secara keseluruhannya, menggunakan ETS amatlah berbaloi sekiranya kita ingin mengelakkan daripada kesesakan jalanraya dan penat membawa kereta.  Dengan hanya kos RM50 utuk pergi dan balik menggunakan ETS Silver, saya tidak sabar untuk menunggu perkhidmatan ETS ini di lanjutkan sehingga ke Bukit Kayu Hitam yang dikhabarkan akan dimulakan apabila projek Trek Berkembar siap sepenuhnya.



 

2 comments: