Monday, March 19, 2018

Pak Mat Western, Bukit Minyak

Kredit FB pakmatwestern
Dah ramai yang viral pasai kedai Pak Mat Western yang dikatakan menyediakan menu western terbaik dan berpatutan harganya di area Bukit Minyak, Seberang Perai.  Ramai yang dah mencuba dan memberikan respon yang positif.  So, aku pun try lah singgah restoran Pak Mat Western yang terletak di simpang nak ke Kuala Juru, Bukit Minyak.  Full address:

Gerai No. 4, Simpang 3 Gerai Juru, 14000 Bukit Minyak
017-5799263 / 017-4953374
Operasi - 5pm - 12am



Aku sampai dalam pukul 9pm (malam minggu) dan memang full house walaupun banyak meja yang disediakan.  Sebenarnya gerai western ni terletak dalam kawasan restoran tomyam dan sekiranya kita tak nak makan western, boleh order tomyam atau menu Thai.  Aku orderlah western menu yang berlainan untuk 4 orang dan servisnya mengambil masa hampir 40 minit untuk sampai (di maafkan pasai ramai orang).  


Jujurnya, rasa masakan dia boleh tahan (aku rate 3.5 dari 5), servis kira ok; cuma keadaan lantai gerai hanya pasir dan berbatu-batu kalau yang ambik meja luar.

Menu yang aku order:
Mix Grilled RM19.90 (penat nak habis kalau sorang makan)
Chicken Grilled RM8.90
Mix Platter RM23.90
Baby Chicken Chop RM6.90


Setelah buat bayaran, aku diberi kad loyalty dengan 6 stamp/chop (satu stamp setiap RM10 dibelanjakan) dan habis 10 chop, boleh claim free gift (lupa nak tanya apa free gift nya).

Harap Pak Mat atau anak-anak dia menjaga kualiti menu dia pasai time aku order menu mix grilled, tiada fun fries (dalam menu ada) tapi bila di tanya baru cakap fun fries dah habis.  Melalui kuasa internet ianya boleh mempopularkan sesuatu business tu dan juga boleh menjatuhkan business tersebut.

So, sapa yang lalu jalan nak ke Bukit Minyak, singgahlah ke gerai western ni untuk mencuba...

No comments:

Post a Comment