Nasi kandar Merlin..di ambil sempena nama hotel budget Merlin di tingkat atas |
Memang Penang ni terkenal sebagai food paradise terutamanya nasi kandarnya tetapi nasi kandar ni pun ada kategorinya. Contohnya ada restoran nasi kandar namanya gah, di naugi oleh ustaz yang tersohor dan terkenal satu Malaysia tapi bagi orang Penang restoran tu biasa-biasa saja. Kalau nak letak dalam senarai top 10 restoran nasi kandar pun belum tentu dapat masuk.
Antara nasi kandar tersedap di Penang..top 10! |
Tapi Nasi Kandar Merlin ni memang antara nasi kandar yang terbaik dan tersedap di Penang. Walaupun lokasinya hanya mereka yang mahir dengan selok-belok Penang saja yang tau, tapi rasa nasi kandar dia memang terbaik terutamanya ayam goreng dan kuah hitam dia. Terletak berdekatan dengan Padang Kota Lama dan kalau kita waze nama restoran ni, pasti kita jumpa. Alamat penuh dia:
No. 1 Lebuh Penang (berdekatan dgn. Penang 3D Trick Art Musuem)
10200 Penang
Isnin hingga Sabtu (hingga jam 3 petang saja)
Menu aku..nasi + ayam goreng + bendi hanya RM7 sepinggan..kuah hitam tu yang buat sedap... |
Nama Merlin di ambil sempena nama hotel budget yang terletak d itingkat atas restoran. Menu yang sedap adalah ayam goreng dicampur kuah hitam. Harga dia pun tak mahal berbanding restoran lain macam Kayu Nasi Kandar yang lebih mahal. Kalau hari bekerja, restoran ni menjadi tumpuan staff yang bekerja area sini untuk lunch tapi pada hari sabtu yang aku singgah, masih ramai dengan pelancong.
Kalau hampa ada di area Jetty terutamanya kawasan Padang Kota Lama (Fort Cornwallis), boleh waze restoran ni..cuma ingat, dia buka sampai pukul 3 petang saja dan hari ahad, ditutup.
Dah ramai beratur walaupun hari sabtu.. |
No comments:
Post a Comment