Masa aku stuck di KL area Pudu bulam Mac lalu, aku check-in melalui OYO hotel ni. Harga yang aku dapat adalah RM26 (harga biasa RM53) selepas ditolak discount dan kupon untuk bilik standard single. Address penuh seperti berikut:
No. 2 Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park, Off Jalan Loke Yew, KL
Sekeliling hotel ada disco besar yang operate sampai subuh tapi aku lena sampai pagi gak walaupun bunyi berdendum boleh dengar sampai bilik. Nak makan tak susah sebab ada restoran mamak dan store serbanika 24 jam. Stesen monorel hanya perlu berjalan kaki cuma nak cari hotel ni agak pening sikit sebab kena masuk dalam sikit.
|
Pintu masuk hotel.. |
|
Bilik single |
|
Toilet kecil tapi bersih |
|
TV dan meja kecil untuk bilik single |
No comments:
Post a Comment