|
Kampong Agong..kembali ke nature |
Tempat aku nak cerita ni dah memang viral sekian lama walaupun terletak tak jauh dari tempat aku tinggal. Yang bestnya aku selalu lalu kampong ni tapi tak pernah terfikir yang tempat ni menjadi viral dan dikunjungi ramai bukan saja dari Penang malah dari utara Malaysia.
Kampong Agong, Bakar Kapor terletak dalam pekan Penaga, Seberang Perai Utara. Penaga ni terkenal dengan pasar sehari pada hari khamis dan ahad. Nak ke sini hanya waze Homestay Kampong Agong, hampa akan di bawa ke sini. Apa yang ada kat sini..mmmm...kalau hampa suka cara hidup kampong, sawah padi dan pohon nyior, ni lah tempat yang sesuai untuk mengimbau zaman kecik-kecik dahulu. Bayaran masuk dikenakan RM5 dan parking kereta RM3. Malas aku nak taip panjang-panjang, hampa tengoklah gambar yang sempat aku rakam pada 9 Februari 2020.
|
Damai betoi kat sini.. |
|
Boleh bergambar kat sini dengan suasana kampong.. |
|
Sawah padi yang menghijau.. |
|
Rumah kampong dulu-dulu.. |
|
Tempat wajib bergambar tapi kena beratur kalau ramai... |
|
Piano pun ada.. |
|
Buaian pun ada.. |
|
Jangan terkejut kalau ada yang tak kenal pokok padi... |
No comments:
Post a Comment