Dah bersarang rasanya blog aku ni akibat PKP. Dah lebih dari 2 tahun tak travel akibat sekatan perjalanan. Bila kerajaan bagi rakyat travel merentas negeri, aku tak travel lagi sebab tak nak berpusu-pusu dengan orang lain. Relax saja di rumah dan hanya pi makan-makan saja.
Ada satu restoran yang baru dibuka area Kepala Batas ni. Aku pun terjah lah baru-baru ni tapi time petang la dalam pukul 4 petang. Anjung Ikan Bakar Nory nama diberi dan terletak di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas. Kalau orang luar yang bukan dari Seberang Perai Utara, Paya Keladi ni terletak di belakang Taman Bertam Perdana dan restoran ni bertentangan dengan MARDI.
Dibuka setiap hari dari jam 3 petang sehingga 10 malam dan masa aku pi dia hanya menyediakan makanan laut bakar saja. Masakan goreng-goreng walaupun ada dalam menu tapi tak di sediakan lagi.
Aku order untuk 4 orang makan; ikan siakap bersaiz sedang yang dibakar, sotong goreng tepung dan ulam-ulaman berserta kuah kari. Kos nya adalah RM108 termasuk air. Hidangannya boleh katakan sedap cuma harga ikan siakap agak mahal iaitu RM8 untuk 100 gram. Selalunya restoran ikan bakar yang aku pernah try tak sampai RM80 sekilo untuk ikan siakap. Tapi masakan dia memang sedap, kira ok lah jugak..
So untuk yang berdekatan atau yang tersesat di kawasan Paya Keladi, Kepala Batas boleh lah try singgah kat sini..pastikan budget cukup..walaupun ni bukan ikan siakap kayangan..hi..hi..
No comments:
Post a Comment