7 Ogos 2023 Isnin (2D1N)
![]() |
Bayu Beach..tepi laut |
Sejak mengenali Teluk Senangin di Lumut, aku dah tak pergi ke Teluk Batik pasai bagi aku Teluk Senangin ni lagi best dari Teluk Batik. Kalau yang sukakan suasana kampung, pantai yang luas dan inap di chalet kampung, di sini lah tempatnya.
Masuk ni dah 3 kali aku menginap di pantai ni dan kali ni aku pilih Bayu Beach Resort yang terletak bersebelahan dengan Ala-Ala Kampung Chalet dan Casa Impian. Aku ambil bilik mengadap laut (sebetulnya mengiring ke laut)..bilik 1 katil Queen & 1 katil single dengan harga RM150 (biasa RM160). Bilik dia biasa-biasa saja macam Ala-Ala Kampung Chalet gak. Chalet kat sini tak sediakan TV dan sabun, jadi kena la bawa sabun. Tuala dan tempat masak air disediakan.
Pasai aku datang hari kerja, satu pantai ni kami punya sebab orang tak la ada sangat. Kedai makan sekitar sini pun tak buka..kena pi Batu 3 (dalam 2 kilo) untuk beli breakfast.
![]() |
Hari kerja..pantai pun sunyi..nasib baik ada Oyen ni teman |
![]() |
Satu pantai kami punya..hihi.. |
Yang bestnya, buka pintu bilik terus nampak laut. Waktu pagi dalam 9am, ada nelayan akan mendarat ikan di tepi pantai bersebelahan Casa Impian Chalet. Aku beli ketam RM30/kilo dan ikan. Harga biasa tapi yang best ianya fresh.
![]() |
Nelayan mendarat dengan hasil tangkapan ketam dan ikan.. |
Sepanjang pantai ni memang banyak chalet yang di usahakan oleh penduduk di sini. Selain Bayu Beach Resort ni, aku recommend:
👶Teluk Senangin Resort (013-4491738/019-2286501) - bilik dia betoi-betoi mengadap laut@bukan mengiring
👶Casa Impian (013-4226933)- ada bilik dan bangalow besar untuk family ramai
👶Pak Ya Chalet (017-5337051) - kawasan ni ramai orang awam@tak sunyi..banyak bilik
![]() |
Teluk Senangin Chalet..betoi-betoi mengadap laut |
![]() |
Pak Ya Chalet..pantai tak sunyi sebab public ramai yang mandi kat sini |
![]() |
Laut kat sini kurang ombak..nak mandi pun tak risau sangat |
![]() |
Ala-Ala Kampung Chalet..penah dok sini gak |
No comments:
Post a Comment