Saturday, June 8, 2024

Kebun Nipah Pak Man, Pasir Gebu, Penaga, Seberang Perai

 

Terletak tak jauh dari Kampong Agung tapi hari Sabtu dan Ahad saja

Sebenarnya aku dah pi tempat ni dah lama..bulan September 2023.  Masa aku pi tu time hari bekerja, jadi tak dak orang lain selain aku dan tukang cuci..hihi. Tempat ni merupakan tempat makan yang terletak di dalam kebun nipah.  Kalau nak pi sini hendaklah hari Sabtu dan Ahad sebab hari lain memang tak dak orang.  Hampa guna Mr. Waze dangan menaip Kebun Nipah, hampa akan sampai ke tempat ni.  Kebun ni terletak dalam satu daerah dengan Kampong Agong yang terkenal tu iaitu Penaga, Seberang Perai Utara dan lokasinya hanya 5-10 minit selepas Kampong Agong. 


Sebab semua kedai dah tak di buka, tak dapat lah aku try menu-menu yang terjual di sini.  So, kalau hampa pui Kampong Agong pada hari Sabtu atau Ahad, boleh la lajak ke Kebun Nipah sebab jarak dia tak jauh dari Kampong Agong.

Gerai-gerai yang tersedia

Menu-menu yang di jual pada hari Sabtu dan Ahad

Memang terletak dalam kawasan kebun nipah..

Ni lah pokok nipah..buah dia memang sedap

Wang Kelian View Point, Perlis

 2 Jun 2024 Sabtu


Tempat yang wajib singgah kalau ke Perlis

Sebenarnya dah dua kali aku ke Wang Kelian View Point ni setelah viral mengatakan pemandangan nya cantik dengan awan carpet.  Kali pertama aku pergi pada awal pagi selepas subuh tapi tak ada pun awan carpet ni.  Baru-baru ni pun aku singgah waktu petang tapi masih tak nampak awan carpet.  Katanya awan carpet ni hanya terjadi pada waktu pagi bila hujan pada malam sebelum.

Dulu aku pergi, kena menapak naik bukit walaupun tak lah jauh sangat.  Parking pun amat terhad dan sukar nak dapat.  Bila aku pergi baru ni, parking luas dihadapan bukit ni dah tersedia.  Untuk yang tak larat nak panjat bukit, boleh lah naik buggy dengan harga RM3 seorang untuk naik dan turun bukit.  Dari point ni kita boleh nampak pemandangan indah Perlis dari atas terutamanya Empangan Timah Tasoh.  Perlis ni masih kehijauan dan kita tak kan nampak bangunan dari atas sini.

Gerai makan pun ada di atas sini bagi yang nak hilangkan lelah mendaki. Kalau hampa ke Perlis, setelah bershopping di Padang Besar, boleh singgah kat view point ni.

Sekarang dah ada buggy ke atas bukit..RM3 seorang naik dan turun..

Monday, May 20, 2024

Kampar Boutique Hotel

 


Untuk booking, boleh contact 05-4672888 atau 05-4670000

Ada satu hari tu, Februari lepas aku terpaksa travel sebab kerja di area Kampar, Perak.  Sebab kerja tak siap, terpaksa la cari hotel area ni & terjumpa lah Kampar Boutique Hotel ni.  Sebenarnya hotel ada 2 di Perak ni; satu di Kampar Sentral yang aku inap dan satu lagi di Taman Tasek Emas, Kampar jugak.

Yang di Kampar Sentral ni terletak di shoplots dan kawasan ni memang banyak kedai-kedai umpamanya DIY.  Cuma nak makan menu Melayu agak susah nak dapat walaupun seberang jalan hotel ni ada satu restoran tomyam.

Rate & jenis bilik hotel..kalau tak nampak, contact la hotel

Katil double..bilik cantik dan selesa



Hotel Darulaman@HD Hotel, Alor Setar Kedah

 

Kalau ke Kedah terutamanya Alor Setar, nak cari hotel yang agak murah dan selesa agak susah.  Tapi aku dah pernah check-in Hotel Darulaman ni dan bagi aku memang suasana hotel ni agak baik.  Ada dua hotel ni di Kedah, satu di Jitra dan satu lagi di tengah Bandaraya Alor Setar.  Yang aku dok ni terletak:


Jalan Tuanku Ibrahim

05000 Alor Setar, KEDAH

04-7341773

Rate semalam aku dah lupa tapi hampa boleh call hotel untuk dapatkan rate.  Hotel di usahakan oleh sebuah koperasi.  Yang best kat sini, nak jalan sekitar Alor Setar dekat saja..contohnya nak ke Pasar Rabu hanya 5 minit berjalan kaki.

Boleh lah try hotel ni..katil dia memang best.


The TL House@Puncak Bukit Birut, Pinang Tunggal Seberang Perai Utara

 

Kat Seberang Perai Utara ni (sempadan dengan Sg. Petani) ada satu bukit yang menjadi tarikan orang ramai untuk bersantai di hujung minggu.  Terletak di sempadan antara Pinang Tunggal dengan Sg. Petani hanya dengan menekan Waze nama bukit dia atas, hampa akan sampai ke tempat ni.

Bukitnya tak la tinggi sangat dan ada signboard di tepi jalan yang tak perlu di miss untuk sampai ke sini.  Ada jalan kecil yang boleh di lalui kereta selama 5 minit sebelum sampai ke puncak bukit.  Apa yang ada di sini? Selain OOTD dan melihat pemandangan Pinang Tunggal dari atas, terdapat jugak restoran dan dewan untuk di sewa.  Hujung minggu memang tempat ni menjadi kegemaran mat-mat motor untuk berkumpul dan yang membawa anak-anak melihat keindahan alam dari atas bukit.

So, bagi hampa yang sesat kat area Seberang Perai Utara, boleh lah masukkan tempat ni dalam list lawatan.  Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.