Saturday, June 8, 2024

Kebun Nipah Pak Man, Pasir Gebu, Penaga, Seberang Perai

 

Terletak tak jauh dari Kampong Agung tapi hari Sabtu dan Ahad saja

Sebenarnya aku dah pi tempat ni dah lama..bulan September 2023.  Masa aku pi tu time hari bekerja, jadi tak dak orang lain selain aku dan tukang cuci..hihi. Tempat ni merupakan tempat makan yang terletak di dalam kebun nipah.  Kalau nak pi sini hendaklah hari Sabtu dan Ahad sebab hari lain memang tak dak orang.  Hampa guna Mr. Waze dangan menaip Kebun Nipah, hampa akan sampai ke tempat ni.  Kebun ni terletak dalam satu daerah dengan Kampong Agong yang terkenal tu iaitu Penaga, Seberang Perai Utara dan lokasinya hanya 5-10 minit selepas Kampong Agong. 


Sebab semua kedai dah tak di buka, tak dapat lah aku try menu-menu yang terjual di sini.  So, kalau hampa pui Kampong Agong pada hari Sabtu atau Ahad, boleh la lajak ke Kebun Nipah sebab jarak dia tak jauh dari Kampong Agong.

Gerai-gerai yang tersedia

Menu-menu yang di jual pada hari Sabtu dan Ahad

Memang terletak dalam kawasan kebun nipah..

Ni lah pokok nipah..buah dia memang sedap

No comments:

Post a Comment