Saturday, June 8, 2024

Wang Kelian View Point, Perlis

 2 Jun 2024 Sabtu


Tempat yang wajib singgah kalau ke Perlis

Sebenarnya dah dua kali aku ke Wang Kelian View Point ni setelah viral mengatakan pemandangan nya cantik dengan awan carpet.  Kali pertama aku pergi pada awal pagi selepas subuh tapi tak ada pun awan carpet ni.  Baru-baru ni pun aku singgah waktu petang tapi masih tak nampak awan carpet.  Katanya awan carpet ni hanya terjadi pada waktu pagi bila hujan pada malam sebelum.

Dulu aku pergi, kena menapak naik bukit walaupun tak lah jauh sangat.  Parking pun amat terhad dan sukar nak dapat.  Bila aku pergi baru ni, parking luas dihadapan bukit ni dah tersedia.  Untuk yang tak larat nak panjat bukit, boleh lah naik buggy dengan harga RM3 seorang untuk naik dan turun bukit.  Dari point ni kita boleh nampak pemandangan indah Perlis dari atas terutamanya Empangan Timah Tasoh.  Perlis ni masih kehijauan dan kita tak kan nampak bangunan dari atas sini.

Gerai makan pun ada di atas sini bagi yang nak hilangkan lelah mendaki. Kalau hampa ke Perlis, setelah bershopping di Padang Besar, boleh singgah kat view point ni.

Sekarang dah ada buggy ke atas bukit..RM3 seorang naik dan turun..

No comments:

Post a Comment