Monday, November 4, 2013

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh



Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Salah satu tempat menarik di Perak terutamanya Ipoh adalah Taman Rekreasi Gunung Lang. Terletak berdekat highway Utara Selatan dan di Jalan Kuala Kangsar.  

Nak ke sini senang saja, selepas exit tol Jelapang (kalau dari utara) keluar ke exit pertama yang menuju ke Ipoh (kalau dari Jelapang exit yang ketiga kalau tak salah). Nampak stesen Petronas sebelah kiri, taman ni di belakang stesen Petronas ni.
Kita boleh ke seberang dengan menaikki bot





Apa yang ada di sini? Selain menjadi tempat beriadah, terdapat satu tasek bekas lombong di sini.  Dengan hanya RM3 seorang (dewasa), kita boleh menaikki bot yang disediakan untuk ke seberang (dekat saja). 

Ikan besar-besar di tasek








Selain menikmati pemandangan yang indah dan sejuk, di sini disediakan rumah untuk berehat, mini zoo dan menara peninjau.  Di tasek ni penuh dengan ikan yang besar-besar dan kura-kura.  Kita boleh membeli makanan ikan untuk menjamu ikan-ikan yang kelaparan di sini.

Menara peninjau
Pemandangan di sini sangat cantik dan nyaman.  Udaranya segar dan lari dari keriuhan bandaraya Ipoh.

Mini Zoo dengan burung unta dan rusa
Mini zoo juga terdapat di sini tapi tak banyak jenis binatang.

Tasek ni dikatakan bekas lombong bijih timah

Kedamaian perjalanan mengharungi tasek untuk ke seberang dengan bot.

Pemandangan yang indah walaupun kawasannya kecil sahaja

Rumah rehat untuk melepaskan penat disediakan

Yang nampak menara tu lah yg di bawa bot ke seberang..dekat je!

Panorama di seberang




Friday, November 1, 2013

Mee Machang Bubok


Omar Mee Machang Bubok
Kalau ada yang ke Bukit Mertajam & cari mee yang sedap & spesel, singgahlah ke Omar Mee Machang Bubok.  Terletak di Jalan Gajah Mati & bertentang dengan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok, Bukit Mertajam.  

Kalau anda ke Kulim dari Bukit Mertajam melalui jalan lama, anda akan melalui pekan Machang Bubok ini.




Bihun kuah spesel..RM6 sepinggan
Mee nya di hidang bersama tulang & isi daging.  Kalau order yang special, dagingnya ditambah. Harga sepinggan kira ok juga antara RM4-RM6 sepinggan.


Kalau yang tak suka mee, boleh try bihun atau kuew teow.  Selain daripada mee & bihun, nasi ayam juga di jual di sini.




Lokasi Omar Mee Machang Bubok
Kalau yang nak cari tempat ni, sila rujuk lokasi GPS ni.

Tuesday, October 22, 2013

Ayu Mee Udang, Teluk Kumbar, Penang

Ayu Mee Udang...Gertak Sanggul
Di Penang, kalau mee udang yang terkenal dulu adalah mee udang Sungai Dua, Seberang Perai walaupun dah kurang sambutan.  

Kalau di sebelah pulau, terdapat 3 restoran mee udang yang popular di Gertak Sanggul/Teluk Kumbar. Lama tak ke sana & terasa nak makan mee udang, akhirnya menjamu selera di restoran Ayu Mee Udang. 



Suasana di restoran Ayu Mee Udang
Nak ke sana senang saja, ambik jalan lama ke Balik Pulau & selepas pekan Teluk Kumbar cari jalan ke Gertak Sanggul.  


Ayu Mee Udang ni terceruk sikit; tak macam restoran Salwa & Lyana mee udang yang terletak di tepi pantai. Bertentangan dengan Balai Polis Gertak Sanggul, terdapat lorong kanan & masuk terus anda akan jumpa restoran ni (GPS 5.2887842;100.22843216). 


Mee udang special..lebih udang



Nama pun restoran mee udang jadi semua menunya berasaskan udang.  Kami memesan mee udang special dengan 8 ekor udang & nasi goreng udang.  Mee udang special berharga RM22 manakala nasi goreng udang dengan 3 ekor udang berharga RM13 sepinggan.

Rasanya mee & nasi goreng dia sedap dengan udang yang fresh. Kalau yang tak makan udang, amatlah ruginya..


Yang tak suka mee, boleh cuba nasi goreng udang



Restoran ni dibuka dari pukul 1 tengahari sehingga jam 11 malam.

Tuesday, October 1, 2013

Citarasa Oriental, Jitra

Restoran Citarasa Oriental..menu masakan cina
Kalau ke Pekan Jitra, jangan lupa singgah satu kedai makan (kiosk) di medan selera.  Kedai makan ni terletak dalam medan selera (lupa pulak nama dia) yang terletak disebelah Balai Polis Daerah Kubang Pasu & berhadapan dengan petrol pam BHP Petrol.  Nama restorannya Citarasa Oriental tapi tak nampak pun signage nama restoran ni cuma dari menu yang diberi.

Antara menu yang disediakan
Apa yang istimewa restoran ni, ianya menghidang menu masakan cina (owner dia mualaf) & western.  Tapi yang spesel nya di sini yang saya selalu pesan adalah menu "shark fin" nya.  Rasanya setaraf masakan di hotel tapi harganya murah.  Memang sedap..boleh cuba!

Shark Fin dia..terbaikk!!

Thursday, September 5, 2013

Cameron Highlands


Pemandangan indah di Cameron..BOH Plantation
Cameron Highlands ni boleh dikatakan setiap tahun akan naik dari Ipoh, cuma jarang sekali tidur. Selalunya naik pagi dan petangnya turun ke Ipoh. 

Bulan Jun lalu berkesempatan ke CH melalui Simpang Pulai dan telah menempah bilik semalam melalui agoda.com di Heritage Hotel (05-4913888).  Heritage Hotel ni terletak di atas bukit di tengah-tengah pekan Tanah Rata.  Kalau nak makan hanya perlu 15 minit berjalan kaki ke pekan Tanah Rata. 



Heritage Hotel..di atas bukit di Tanah Rata
Dengan harga RM250 semalam, hotel ni boleh lah dipuji dengan suasana landskap yang cantik dan bilik yg agak besar.  Terdapat juga taman mini dan sebuah library di hotel ni.

Banyak aktiviti yang dapat dibuat di CH ni, cuma ramai yang hanya shopping buah-buahan saja di sini.  Bagi yg suka jungle tracking pun ada, menikmati suasana di puncak gunung pun boleh cuba. Dapatkan peta dari reception untuk ketahui tempat menarik.



Pekena teh BOH di BOH Plantation
Kalau nak tengok macam mana teh BOH di proses, bolehlah ke BOH Plantation terletak di jalan lama turun dari Tanah Rata (boleh rujuk peta). Jalan masuk dari jalan besar akan melalui jalan yang semakin sempit sehingga cuma satu kereta boleh melalui pada satu masa.  

Tapi bila sampai di ladang BOH ni, wahhh..tak rugi rasanya memandu masuk ke sini. Pemandangannya cantik sekali!






Kilang BOH..daun teh sedang di proses
Selain menikmati suasana ladang teh yang menghijau sambil menikmati minuman teh BOH di Tea Shop, kita juga boleh melihat bagaimana daun teh diproses menjadi teh dengan melawat kilang BOH.













Bharat Tea Cafe
Dalam perjalanan dari BOH Plantation naik ke Tanah Rata, boleh singgah kat Bharat Tea Cafe yang terletak di tepi jalan. Terdapat 2 cafe di sepanjang jalan ni, dua-dua di bawah Bharat Tea.

Sambil menghirup teh, bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh Bharat.









Ladang Teh Bharat
Pemandangan ladang teh Bharat dari Bharat Tea Cafe sungguh cantik.  Suasana nyaman walaupun cuaca panas, kalau di tempat kita dah tentu berpeluh.

Kalau nak beli buah-buahan, bolehlah ke Kea's Farm yang terletak dekat Hotel Equatorial yang merupakan pasar buah-buahan. Kita boleh juga berkunjung ke Pasar Malam di Brinchang yang menjual pelbagai buah-buahan dll.



Mengembara ke masa silam di Time Tunnel
Salah satu tarikan terbaru di CH ialah Time Tunnel.  Bayaran masuk adalah RM5 seorang & dibuka hanya pada waktu siang sahaja.  Di dalam tunnel ni di pamerkan segala bentuk barangan lama-lama yang pernah kita gunakan.

Bila kita tengok, terkenang nostalgia kita semasa zaman kanak-kanak dulu.







Nak tengok cactus belbagai saiz? Cactus Point lah tempatnya!
Di Cactus Point ni di jual perbagai cendarahati & dapat melihat Cactus gergasi. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di CH ni cuma kena pandai mencari.

Tetapi sesuatu yang saya kurang gemar mengenai CH adalah kurang kebersihan, layanan daripada restoran amat kurang baik dan jalan jem yang teruk.  Rata-rata di CH ni, tidak bersih terutamanya di kedai-kedai makan dengan sampah merata-rata & parit yang tersumbat.  Pernah saya makan di gerai di Kompleks Gerai Tanah Rata, apabila
Jangan makan di gerai di sini, tuan punya sombong!
hendak membayar tuanpunya dengan selamba kata "tolong bayar kat orang ambik order, saya bukan tau encik makan apa!" sedangkan yg ambik order tu anak dia.


Ada satu family dgn anak kecil dok di meja sambil menunggu pesanan satay (bungkus) dari gerai sebelah, tuan punya terus cakap "kalau encik tak mau makan, jangan dok di sini!". Wah..sombongnya tuanpunya gerai di CH ni..Tapi still enjoy di CH ni..
Bilik di Heritage Hotel..besar!
Pemandangan di Bharat Tea Plantation
Kilang BOH..teh di proses





Sunday, September 1, 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale..tarikan utama di sini
Antara bukit peranginan yang terkenal di Malaysia ialah Bukit Tinggi yang terletak di KM48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Pahang.  Kalau dari utara, kena ambik jalan ke Genting Highland dan bila sampai di kaki Genting, terus ambik jalan turun ke Kuala Lumupr. Jumpa highway Karak, terus ambik jalan ke Genting Sampah dan kita kena exit ke Bukit Tinggi.

Suasana dingin Colmar Tropicale
Untuk masuk ke Bukit Tinggi dikenakan bayaran seorang RM12 & RM8 untuk kanak-kanak dan sekiranya kita bermalam di hotel di sini, kita boleh minta refund masa check-in. Apa aktiviti di sini? Selain bergambar berlatar belakang bangunan ala-Perancis, di sini cuaca agak dingin walaupun tak sedingin di Genting Highland.  Kita juga boleh menaiki kenderaan yang disediakan untuk melawat beberapa tempat di sini seperti Animal Park (RM5 fee), Japanese Village, Botanical Garden, Organic Farm,Paint Ball & padang golf.

Animal Park..antara tarikan di Bukit Tinggi
Japanese Village
Bagi yang ingin bermalam, boleh bermalam di Colmar Tropicale dengan bayaran RM285 semalam.  Selain merasa kedinginan malam di sini, terdapat juga pertunjukkan daripada akrobatik dari China di sebelah malam.  Kebanyakan pengunjung ke sini adalah daripada kakitangan syarikat yang mengikuti kursus.  Masalah besar disini adalah harga makanan yang agak mahal kerana tiada restoran biasa cuma restoran hotel saja.  Bagi yang berkereta, bolehlah memandu turun ke R&R Genting Sampah kerana disini terdapat restoran biasa.


Pemandangan di Colmar Tropicale, Berjaya Hills
Banyak kedai yg menjual cenderahati untuk di bawa pulang
Selain Colmar Tropicale, terdapat juga The Chateau, The Spa & Organic Wellness Resort
Umpama berada di  France apabila bergambar di sini


Wishing Well
Suasana malam di sini
Sekurang-kurangnya datang sekali ke sini..

Thursday, August 22, 2013

Pau YIK MUN Tanjung Malim

Kedai Pau Yik Mun..Tanjung Malim
















Kalau ke Tanjung Malim, jangan lupa pekena kuih pau Yik Mun (www.yikmun.com) yang terkenal.  Kedai terletak betul-betul ditengah bandar Tanjung Malim berdekatan simpang empat/lampu isyarat. 
Khabarnya perniagaan pau ni telah bermula sejak tahun 1926 dan janganlah rasa was-was dengan nama cinanya yik mun kerana pau ni halal dan dibuat oleh orang Melayu.  Macamana datangnya nama cina tu, kurang periksalah pulak.  Selain menjamu selera dengan pau, kedai ni juga menyediakan makanan menu cina & taupau untuk pau di bawa balik. 





Menu masakan cina juga disediakan