Tuesday, October 1, 2013

Citarasa Oriental, Jitra

Restoran Citarasa Oriental..menu masakan cina
Kalau ke Pekan Jitra, jangan lupa singgah satu kedai makan (kiosk) di medan selera.  Kedai makan ni terletak dalam medan selera (lupa pulak nama dia) yang terletak disebelah Balai Polis Daerah Kubang Pasu & berhadapan dengan petrol pam BHP Petrol.  Nama restorannya Citarasa Oriental tapi tak nampak pun signage nama restoran ni cuma dari menu yang diberi.

Antara menu yang disediakan
Apa yang istimewa restoran ni, ianya menghidang menu masakan cina (owner dia mualaf) & western.  Tapi yang spesel nya di sini yang saya selalu pesan adalah menu "shark fin" nya.  Rasanya setaraf masakan di hotel tapi harganya murah.  Memang sedap..boleh cuba!

Shark Fin dia..terbaikk!!

Thursday, September 5, 2013

Cameron Highlands


Pemandangan indah di Cameron..BOH Plantation
Cameron Highlands ni boleh dikatakan setiap tahun akan naik dari Ipoh, cuma jarang sekali tidur. Selalunya naik pagi dan petangnya turun ke Ipoh. 

Bulan Jun lalu berkesempatan ke CH melalui Simpang Pulai dan telah menempah bilik semalam melalui agoda.com di Heritage Hotel (05-4913888).  Heritage Hotel ni terletak di atas bukit di tengah-tengah pekan Tanah Rata.  Kalau nak makan hanya perlu 15 minit berjalan kaki ke pekan Tanah Rata. 



Heritage Hotel..di atas bukit di Tanah Rata
Dengan harga RM250 semalam, hotel ni boleh lah dipuji dengan suasana landskap yang cantik dan bilik yg agak besar.  Terdapat juga taman mini dan sebuah library di hotel ni.

Banyak aktiviti yang dapat dibuat di CH ni, cuma ramai yang hanya shopping buah-buahan saja di sini.  Bagi yg suka jungle tracking pun ada, menikmati suasana di puncak gunung pun boleh cuba. Dapatkan peta dari reception untuk ketahui tempat menarik.



Pekena teh BOH di BOH Plantation
Kalau nak tengok macam mana teh BOH di proses, bolehlah ke BOH Plantation terletak di jalan lama turun dari Tanah Rata (boleh rujuk peta). Jalan masuk dari jalan besar akan melalui jalan yang semakin sempit sehingga cuma satu kereta boleh melalui pada satu masa.  

Tapi bila sampai di ladang BOH ni, wahhh..tak rugi rasanya memandu masuk ke sini. Pemandangannya cantik sekali!






Kilang BOH..daun teh sedang di proses
Selain menikmati suasana ladang teh yang menghijau sambil menikmati minuman teh BOH di Tea Shop, kita juga boleh melihat bagaimana daun teh diproses menjadi teh dengan melawat kilang BOH.













Bharat Tea Cafe
Dalam perjalanan dari BOH Plantation naik ke Tanah Rata, boleh singgah kat Bharat Tea Cafe yang terletak di tepi jalan. Terdapat 2 cafe di sepanjang jalan ni, dua-dua di bawah Bharat Tea.

Sambil menghirup teh, bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh Bharat.









Ladang Teh Bharat
Pemandangan ladang teh Bharat dari Bharat Tea Cafe sungguh cantik.  Suasana nyaman walaupun cuaca panas, kalau di tempat kita dah tentu berpeluh.

Kalau nak beli buah-buahan, bolehlah ke Kea's Farm yang terletak dekat Hotel Equatorial yang merupakan pasar buah-buahan. Kita boleh juga berkunjung ke Pasar Malam di Brinchang yang menjual pelbagai buah-buahan dll.



Mengembara ke masa silam di Time Tunnel
Salah satu tarikan terbaru di CH ialah Time Tunnel.  Bayaran masuk adalah RM5 seorang & dibuka hanya pada waktu siang sahaja.  Di dalam tunnel ni di pamerkan segala bentuk barangan lama-lama yang pernah kita gunakan.

Bila kita tengok, terkenang nostalgia kita semasa zaman kanak-kanak dulu.







Nak tengok cactus belbagai saiz? Cactus Point lah tempatnya!
Di Cactus Point ni di jual perbagai cendarahati & dapat melihat Cactus gergasi. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di CH ni cuma kena pandai mencari.

Tetapi sesuatu yang saya kurang gemar mengenai CH adalah kurang kebersihan, layanan daripada restoran amat kurang baik dan jalan jem yang teruk.  Rata-rata di CH ni, tidak bersih terutamanya di kedai-kedai makan dengan sampah merata-rata & parit yang tersumbat.  Pernah saya makan di gerai di Kompleks Gerai Tanah Rata, apabila
Jangan makan di gerai di sini, tuan punya sombong!
hendak membayar tuanpunya dengan selamba kata "tolong bayar kat orang ambik order, saya bukan tau encik makan apa!" sedangkan yg ambik order tu anak dia.


Ada satu family dgn anak kecil dok di meja sambil menunggu pesanan satay (bungkus) dari gerai sebelah, tuan punya terus cakap "kalau encik tak mau makan, jangan dok di sini!". Wah..sombongnya tuanpunya gerai di CH ni..Tapi still enjoy di CH ni..
Bilik di Heritage Hotel..besar!
Pemandangan di Bharat Tea Plantation
Kilang BOH..teh di proses





Sunday, September 1, 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale..tarikan utama di sini
Antara bukit peranginan yang terkenal di Malaysia ialah Bukit Tinggi yang terletak di KM48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Pahang.  Kalau dari utara, kena ambik jalan ke Genting Highland dan bila sampai di kaki Genting, terus ambik jalan turun ke Kuala Lumupr. Jumpa highway Karak, terus ambik jalan ke Genting Sampah dan kita kena exit ke Bukit Tinggi.

Suasana dingin Colmar Tropicale
Untuk masuk ke Bukit Tinggi dikenakan bayaran seorang RM12 & RM8 untuk kanak-kanak dan sekiranya kita bermalam di hotel di sini, kita boleh minta refund masa check-in. Apa aktiviti di sini? Selain bergambar berlatar belakang bangunan ala-Perancis, di sini cuaca agak dingin walaupun tak sedingin di Genting Highland.  Kita juga boleh menaiki kenderaan yang disediakan untuk melawat beberapa tempat di sini seperti Animal Park (RM5 fee), Japanese Village, Botanical Garden, Organic Farm,Paint Ball & padang golf.

Animal Park..antara tarikan di Bukit Tinggi
Japanese Village
Bagi yang ingin bermalam, boleh bermalam di Colmar Tropicale dengan bayaran RM285 semalam.  Selain merasa kedinginan malam di sini, terdapat juga pertunjukkan daripada akrobatik dari China di sebelah malam.  Kebanyakan pengunjung ke sini adalah daripada kakitangan syarikat yang mengikuti kursus.  Masalah besar disini adalah harga makanan yang agak mahal kerana tiada restoran biasa cuma restoran hotel saja.  Bagi yang berkereta, bolehlah memandu turun ke R&R Genting Sampah kerana disini terdapat restoran biasa.


Pemandangan di Colmar Tropicale, Berjaya Hills
Banyak kedai yg menjual cenderahati untuk di bawa pulang
Selain Colmar Tropicale, terdapat juga The Chateau, The Spa & Organic Wellness Resort
Umpama berada di  France apabila bergambar di sini


Wishing Well
Suasana malam di sini
Sekurang-kurangnya datang sekali ke sini..

Thursday, August 22, 2013

Pau YIK MUN Tanjung Malim

Kedai Pau Yik Mun..Tanjung Malim
















Kalau ke Tanjung Malim, jangan lupa pekena kuih pau Yik Mun (www.yikmun.com) yang terkenal.  Kedai terletak betul-betul ditengah bandar Tanjung Malim berdekatan simpang empat/lampu isyarat. 
Khabarnya perniagaan pau ni telah bermula sejak tahun 1926 dan janganlah rasa was-was dengan nama cinanya yik mun kerana pau ni halal dan dibuat oleh orang Melayu.  Macamana datangnya nama cina tu, kurang periksalah pulak.  Selain menjamu selera dengan pau, kedai ni juga menyediakan makanan menu cina & taupau untuk pau di bawa balik. 





Menu masakan cina juga disediakan

Sunday, June 23, 2013

RTC Gopeng


RTC Gopeng...bersebelahan R&R Simpang Pulai menghala utara
Bagi yang selalu travel menggunakan PLUS Highway ke utara, mungkin tidak perasan yang terdapat satu perhentain yang dinamakan RTC Gopeng yang terletak bersebelahan dengan R&R Simpang Pulai.  RTC ni terletak di PLUS Highway menghala utara sebelum memasuki bandar Ipoh.  RTC ni bukan sekadar R&R biasa tetapi menjadi tempat perhentian kebanyakan bas express ke utara.  Selain tandas & surau, terdapat sebuah Agro Mall yang menjual pelbagai buah-buahan segar dan barangan basah.  Semasa saya singgah waktu malam, tiada jualan di Agro Mall ni. 


Pasaraya Mydin juga terdapat di sini dan menjadi tumpuan penduduk Ipoh untuk membeli belah.  Boleh dikatakan Pasaraya Mydin ni besar dan cukup dengan segala barangan.

Food court d RTC..pilih saja nak makan apa
Untuk menjamu selera, terdapat food court yang menyediakan pelbagai menu daripada nasi kandar hingga ke western food.  Sambil makan, kita akan dibuai oleh kipas angin gergasi di atas kepala.

Kipas angin gergasi di Medan Selera RTC Gopeng

Ramai yang berhenti di RTC ni utk menjamu selera atau membeli-belah di Mydin



Best Western Premier Hotel, Dua Sentral KL



Best Western Premier Hotel..berdekatan KL Sentral
Terdapat sebuah hotel yang agak baru di KL ni yang terletak di Jalan Tun Sambanthan (dekat Stesen KTM lama) kira-kira 15 minit berjalan kaki atau RM10 menaiki teksi budget dari KL Sentral.  Ramai yang tidak tahu kewujudan hotel ni, malah kawan-kawan yang tinggal KL pun tak dapat mencari jalan nak ke hotel ini.  Hotel ini terletak bersebelahan dengan Bangunan TNB & dengar khabarnya bangunan hotel ni pun dipunyai oleh TNB tapi diuruskan oleh Best Western.  Alamat lengkap:

BEST WESTERN PREMIER Dua Sentral The World’s Largest Hotel Chain®
Tel: +60.3.22728888 | Fax: +60.3.2272 1433
Hotel Address | 8, Jalan Tun Sambanthan | 50470 | Kuala Lumpur | Malaysia.                   

Bagi mereka yang mahukan bilik yang agak besar dengan harga yang berpatutan, hotel ini lah yang sesuai.  Dengan harga RM220 nett (minta harga Korporat) untuk bilik Deluxe bersama 2 free breakfast, saya amat berpuas hati dengan layanan dan keadaan hotel ini.  Breakfast nya walaupun free, masih boleh diterima dan menyelerakan. 


Deluxe Room with King Size Bed
Yang best di hotel ni, katil dia besar..dua orang boleh share satu katil
Cuma yang menjadi masalah adalah tiada gerai atau restoran budget di kawasan berdekatan.  Kalau rasa nak makan, paling dekat di Little India (BrickfIelds), Jalan Tun Sambanthan atau menapak ke KL Sentral. Itupun menu nasi kandar saja yang ada.   Bagi saya yang telah biasa menapak (jalan kaki), jalan kaki 15 minit ke KL Sentral tiada masalah tapi bagi yang "manja", berpeluh lah jugak sementara nak sampai.

Kalau nak ke Bukit Bintang atau Jalan Tunku Abdul Rahman, tiada masalah. Samada anda jalan kaki ke Stesen Monorail KL Sentral (bukan di dalam KL Sentral tapi sebelum KL Sentral) atau menaiki free shuttle yang disediakan oleh Hotel ke KL Sentral & KLCC (kena rujuk jadual).

Bagi yang malas nak keluar, di tingkat 6 terdapat swimming pool berlatarkan pemandangan KL dan gymn untuk beriadah.

Tingkat 6 hotel disediakan kolam renang & boleh nikmati pemandangan indah

Untuk mencari hotel ini, google saja Jalan Tun Sambanthan (saya guna nama hotel tapi tak dapat) pasti anda akan sampai, cuma nak mencari jalan masuk agak keliru. Tapi dengan bantuan google map di iPhone & sign board hotel, kita akan dapat mencari hotel ini.

Harga yang berbaloi dengan perkhidmatan..Best Western Hotel 2 Sentral KL

Friday, June 7, 2013

Hatyai Kali Kedua


Park kereta di CTC Changloon..dekat sempadan

Last sekali ke Hatyai adalah pada Feb 2011 & last year plan nak ke sana tapi belum sempat arrange, Hatyai kena bom.  Akhirnya pada tarikh 22 March 2013, sekali lagi mengunjungi Hatyai. 

Kalau dulu naik keretapi tapi kali ini bersama rakan-rakan sepejabat berkonvoi dengan kereta sendiri ke Changloon dan tempah 2 buah van ke Hatyai dengan 6 orang setiap van (maximum 10 orang satu van).  Harga yang dikenakan adalah RM260 setiap van untuk pergi dan balik sahaja (dengan pemandu).

Melalui pekan Danok ke Hatyai
Kami meletakkan kenderaan di CTC iaitu satu tempat persinggahan selepas Changloon dimana bas Konsortium juga berhenti di sini.  Selain kenderaan di parkir adalah percuma, tempat ini juga menjadi tempat persinggahan untuk makan, ke tandas & solat dan menukar wang Thailand. 

Tetapi kadar tukaran di sini agak rendah; 9.25 berbanding di Hatyai 9.32  Jadi lebih baik tukar di Hatyai

Suasana perjalanan ke Hatyai

Jam 11.00 tengahari, van bertolak dari CTC menuju ke Hatyai dan perjalanan dijangka mengambil masa 1 1/2 jam.  Keadaan agak selesa; mungkin kerana kami hanya 6 orang sedangkan van boleh memuatkan 10 penumpang. 

Selepas turun di border Malaysia untuk urusan imigresen dan juga di pekan Danok untuk memasuki Thailand.  Perjalanan agak selesa dengan keadaan jalan yang sempurna walaupun tak sehebat PLUS kita tapi tiada tol dikenakan.  Selepas setengah jam perjalanan, kami singgah di restoran Islam kerana perut dah berkeroncong. 


Bilik hotel Lee Garden..semakin baik
Sepanjang jalan, jalanraya agak berdebu dan terdapat banyak lori kontainer yang keluar masuk.  Menghampiri jam 12.30 tengahari, kami pun sampai ke bandar Hatyai & terus dibawa ke Hotel Lee Garden Plaza.  
Hotel Lee Garden ni lah yang menjadi sasaran bom tahun sudah tapi keadaan kembali tenang dengan ramai pelancong di sini.  Rasa cuak juga.  Sekuriti di sini semakin ketat, nak masuk kompleks hotel pun nak kena check macam masuk airport (lalui pintu sekuriti).  Setelah berehat seketika, kami berempat menaiki tut-tut untuk ke Ice Dome & Floating Market.  Mula-mula tut-tut tu minta sampai 600B tapi lepas di nego, akhirnya dia bagi 450B untuk kedua-dua tempat.  Tapi ingat, jangan bayar dulu..dah sampai hotel balik baru bayar.

Bila arrange tut-tut ni elok janji harga betoi-betoi pasai driver ni boleh kelentong kita bila dah sampai destinasi.

Ice Dome..antara tempat yg mesti lawati

Tempat pertama yang dilawati adalah Ice Dome.  Ini adalah kali kedua ke sini dan dengan bayaran 300B, boleh lah rasai kesejukan dibawah -15C.  Sejuk gila!!  Di dalam Ice Dome terdapat berbagai-bagai arca yang diukir daripada ais. 

Dulu masa first time ke sini, tak banyak arca ais tapi kini lebih banyak arca cuma tak tahan sejuk sangat.  Tak dapat nak enjoy tengok arca-arca ni bila dah sejuk sangat. 

Bas sekolah daripada ais

Cuma taman bunga di akhir lawatan telah tiada pasai Ice Dome dah di muat dengan banyak arca-arca baru.  Disekitar Ice Dome ini juga terdapat tasek (Municipal Park) dengan boat kayuh.  Juga terdapat cable car (dulu masa first trip, tak dak cable car ni) dan tempat melihat bintang.  Tetapi tak sempat nak pergi pasai kena naik tut-tut ke atas bukit.  Nak menapak katanya jauh jugak daripada Ice Dome.

Floating market..istimewa
Selepas di Ice Dome, tut-tut membawa kami ke Floating Market.  Walaupun waktu agak awal dalam 4 petang, tapi sudah ada peniaga yang mula berniaga.  Mula-mula kita akan lalui macam pasar malam yang menjual makanan dan pakaian. 

Masuk ke dalam kita akan nampak sungai yang airnya dah hijau dan tidak mengalir.  Melintas sungai dengan jambatan kayu, kita akan nampak deretan sampan yang ditambat dimana di atas sampan ini dijual pelbagai makanan Thai daripada cucur sampai ke air kelapa. 

Deretan sampan yg menjual makanan di Floating Market
Semua makanan di sedia dan digoreng atas sampan walaupun sampun tak gerak pun..Kita hanya perlu memesan makanan dan peniaga akan menghulur makanan kpd kita dari sampan mereka.  Tempat duduk untuk menjamu selera disediakan.  Rata-rata yang menjual adalah kaum hawa yang berugama Islam.

Selain daripada deretan sampan ni, ada juga gerai-gerai yang menjual makanan, pakaian dan cenderahati.  Tempat ni mesti dikunjungi bila ke Hatyai.

Disebelah malam, sempat berkunjung ke Night Market. Disini dijual macam-macam pakaian hingga tak larat nak meninjau satu kedai ke satu kedai.  Kalau nak menjamu selera di Hatyai ni tak susah.  Dekat Lee Garden Hotel terdapat Restoran Hamid yang terkenal dengan masakan tomyam dan disebelah malam, disebelah hotel terdapat gerai menjual nasi lemak yang halal.

Sebelum berpisah, layanlah gambar-gambar dibawah semoga satu hari anda akan ke sana..

Antara arca yang terdapat di Ice Dome Hatyai

Floating Market..macam-macam ada!!!

Terdapat jualan pakaian dll sebelum masuk ke Floating Market

Menjelang senja, di hadapan Hotel Lee Garden akan bertukar menjadi pusat jualan pelbagai jenis pakain & makanan.

Bandar Hatyai dari Lee Garden Hotel tingkat 25