Sunday, January 15, 2017

Gaharu Tea Valley, Ipoh

Sejarah ladang ni
Saban tahun turun Ipoh dah tak tau nak pergi mana.  Masa cuti sempena Christmas yang lalu, ada satu tempat yang belum aku terjah di Ipoh.  So, aku terjahlah Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng kira-kira setengah jam perjalanan dari Ipoh.  Bagi hampa yang tak tau, selain pokok gaharu ni digunakan untuk buat gaharu, ianya juga digunakan untuk membuat pati perfume.  Perfume yang branded dan mahal di dunia datangnya dari dalam pokok gaharu yang berusia berpuluh tahun.  Lagi tua pokok gaharu, lagi mahal dan berkualiti hasil pati untuk buat perfume ni.  

Ada mini cafe & ruang pameran di sini
Sementara menunggu pokok gaharu ni membesar dan keluarkan hasil, owner dia buka ladang ni untuk public datang dan melihat pokok gaharu dan juga menikmati pemandangan atas bukit.  

Pokok gaharu ni macam pokok kelapa jugak, semuanya berguna. Daunnya dibuat teh, buahnya digunakan untuk buat ubat cancer dan batangnya dibuat gaharu dan pati minyak wangi.  Untuk menikmati pemandangan dan lihat poko gaharu, kita akan dibawa naik bukit dengan van.  Harga seorang adalah RM10 dan kami seramai 14 orang penuh satu van. 

Pemandangan cantik dari pit-stop pertama

Terdapat 3 tempat yang dibawa dan perhentian pertama adalah tempat untuk mengambil gambar berlatarbelakang bukit-bukau yang cantik. Bukit-bukau ni dipenuhi dengan pokok gaharu dan jugak pokok durian.  Terdapat 200,000 batang pokok gaharu yang ditanam di ladang yang seluas 300 ekar.

Ada juga lukisan 3D yang kita boleh ambil gambar seolah-olah kita berada di tebing bukit.





Perhentian kedua..Taman Kura-Kura
Sepanjang perjalanan kita akan diterangkan oleh pemandu tentang pokok gaharu ni.  Perhentian kedua adalah taman kura-kura dimana terdapat kura-kura yang di bela.  Sambil melihat kura-kura ni, bolehlah kita membeli minuman yang dijual kat perhentian ni.











Pokok gaharu tua
Perhentian terakhir adalah Love Stop.  Disini terdapat pokok gaharu tua dan besar yang berusia berpuluh tahun sehingga akar dia pun dah macam batang pokok saiz dia.

Masa yang diambil untuk lawati 3 pit-stop dalam sejam dan kalau hampa banyak ambik gambar, lagi lamalah kat sini.  Van akan sentiasa ada jadi tak perlu risau samada kita terlepas van sebab van lain akan ambil kita.  





Ruang pameran dan jualan teh gaharu
Bagi aku agak berbaloi lawati ladang ni pasal dengan hanya RM10 seorang kita dapat pelajari sesuatu yang baru sambil menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.  Tapi kalau nak datang sekali lagi mungkin tidak.  

Selain melawati ladang, ada di jual makanan berasaskan gaharu dan teh gaharu tapi harganya agak mahal, RM69.90 untuk 18 sachet teh.  Jadi kalau hampa datang Ipoh atau Gopeng dan dah tak tahu nak pergi mana-mana, bolehlah try singgah kat sini.

No comments:

Post a Comment