Sebenarnya aku dah lama nak naik Bukit Larut ni yang terletak di Taiping. Bila baca web pelancongan Perak, Bukit Larut akan di rekomen untuk di lawati. So pada hari Sabtu 22/7 yang lalu bila aku free, aku pun decide nak explore Bukit Larut ni. Keluar dari rumah dalam jam 11 pagi, singgah makan roti canai di Telok Air Tawar, Butterworth dulu. Masa makan aku call pejabat Bukit Larut ni tanya tiket jeep@Land Rover nak naik bukit. Untuk makluman, hanya jeep yang disediakan saja boleh naik bukit ni atau melalui hiking, kereta persendirian tidak dibenarkan naik. Pegawai tu cakap next trip pukul 12.30 tengah hari yang aku tak sempat dan next trip pada jam 2.30 petang. Aku tanya tiket ada, dia cakap ada. Aku tanya boleh booking, dia cakap tak boleh book.
So, habis makan aku drive ke Taiping dan sampai di kaki bukit (pejabat dia) dalam pukul 1.30 tengah hari. Pi kaunter dia, hanya papan tanda yang diletakkan "tiket untuk hari ini telah habis"! Kecewa sungguh aku dengan servis macam ni, penat aku drive sejam dari rumah just semata-mata nak explore Bukit Larut ni. Aku pun tunggulah kut-kut pukul 2 petang kaunter buka balik dan ada tambahan jeep. Sepanjang aku tunggu, ramai yang datang dan mengeluh bila tau tiket jeep dah habis. Jam 2.30 petang, kaunter masih berkunci, aku pun angkat kaki..
Aku tengok jeep dia bukan besar mana pun, mungkin dalam 10 orang boleh muat bagi satu trip. Kerajaan Perak bukan main promote Bukit Larut sebagai satu destinasi pelancongan yang mesti di lawati tapi kemudahan jeep tak cukup. Kalau hujung minggu atau cuti sekolah mestilah ramai pelancong yang akan naik bukit ni, tambahlah trip jeep ni. Hampeh betoi!!
Kalau yang ada plan nak naik Bukit Larut, kena plan betoi-betoi. Sedikit info untuk hampa:
No untuk di hubungi (pejabat) - 05-8077241
Harga Tiket - RM10 dewasa / RM5 kanak-kanak (dua hala) "siapa cepat dia dapat"
Jadual Land Rover (sabtu-khamis):
Naik 8.30am / 10.30am / 12.30pm & 2.30 pm (perjalanan 1/2 jam)
Turun 11 am / 1 pm / 3 pm & 4 pm
Pejabat di kaki bukit..tempat beli tiket |
Sejarah Bukit Larut (Maxwell Hill) |
Jadual Land Rover..tambang RM10 dewasa & RM5 kanak-kanak dua hala |
Ni saja yang boleh tengok..kolam ikan |
No comments:
Post a Comment