Sebenarnya ni kali kedua aku makan mee udang di Restoran Mak Jah di Kuala Sepetang, Perak. Masa try beberapa tahun dahulu, aku tak rasa sedap sangat mee dia. Sebenarnya di area Kuala Sepetang ni terdapat beberapa restoran mee udang tapi yang besar dan famous adalah restoran Mak Jah ni yang dibuka setiap kari dari 12 tengah hari sampai 10 malam. Memang ramai yang mengunjungi restoran ni pada hari sabtu yang lepas (22/7) dan kawasannya memang luas. Aku order mee udang special dengan 5 ekor udang besar dan berharga RM14 dan jugak udang celup tepung dengan harga RM24 sepinggan.
Kali ni rasa mee dia lebih sedap dari try first time dulu. Cuma mee yang digunakan adalah mee yang agak halus, jadi mee dia kurang sebati dengan kuah. kalau nak dibanding dengan mee udang di Pulau Sayak, Pantai Merdeka atau Mee Ayu di Teluk Kumbar Penang, aku lebih suka mee tu lagi berbanding dengan mee udang Mak Jah ni. Apa pun ikut selera masing-masing. Servis dia cepat cuma adik yang ambik order aku tu muka mencuka masam..senyumlah adik ooii..
So, kalau hampa dah sampai di Kuala Sepetang dan dah melawat Kilang Arang Batu, restoran ni tak jauh dari kilang arang batu tu..selamat menjamu selera!!
|
Parking kereta di belakang restoran |
|
Restoran dia luas dan banyak meja |
|
Udang celup tepung..RM24 sepinggan |
|
Mee udang special..5 ekor udang besar RM14 sepinggan |
No comments:
Post a Comment