Sapa yang boleh lupa malapetaka yang menimpa dunia akibat Tsunami yang melanda Acheh sehingga 280,000 manusia terkorban di beberapa negara termasuk Malaysia. Tsunami yang terjadi pada 26hb Disember 2004 dengan ukuran 9.1-9.3 skala adalah merupakan malapetaka terburuk yang pernah terjadi dalam sejarah dunia moden. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk dilanda Tsunami adalah di Kuala Muda, Kedah dimana 11 orang penduduk kampung yang terkorban dan ratusan yang hilang tempat tinggal.
Selepas dalam seminggu Tsunami melanda tempat ini, aku joint syarikat aku bekerja waktu tu telah melawat kawasan Kuala Muda ni untuk memberi bantuan. Memang dahsyat kesan dari Tsunami ni sehingga dinding batu belakang rumah boleh ditembusi air laut sehingga ke dinding depan rumah. Khabarnya air laut naik sehingga ke paras pokok kelapa semasa ianya melanda kampung di sini.
Baru-baru ni semasa jalan-jalan ke Kuala Muda, aku singgah tengok kawasan ni..dah banyak perubahan sebab kebanyakan rumah yang rosak telah di ganti dengan rumah baru di kawasan lain. Bagi penghuni yang masih diami rumah lama, rumah mereka telah dibaikki. Bagi rumah yang rosak dan ditinggalkan telah dibina sebuah galeri sebagai memperingati kejadian tersebut.
Galeri ini dibuka setiap hari sehingga pukul 6 petang dan masuk adalah percuma. Disebelah galeri, terdapat rumah-rumah yang rosak yang dijadikan bukti betapa dahsyatnya malapetaka ini. Dibina juga tugu dari sampan-sampan nelayan yang rosak sebagai memperingati tragedi ni.
|
Galeri Tsunami..masuk percuma |
|
Antara rumah yang rosak teruk dan dijadikan pameran |
|
Begitu kuatnya ombak sehingga dinding batu pun rebah.. |
|
Tugu dari sampan nelayan yang rosak |
|
Lukisan dalam Galeri yang mengambarkan suasana semasa ombak membadai.. |
|
Dalam Galeri yang dibina atas tapak rumah salah seorang mangsa Tsunami |
|
Al-Quran yang rosak akibat Tsunami di Kuala Muda |
No comments:
Post a Comment