Entri ni aku nak ceritakan mengenai Night Market dan Island Hopping yang aku buat.
Suasana di Night Market..ramai orang |
Night Market
First night sampai di Krabi, aku terjah night market dulu. Kalau dari Aonang kena naik tuk-tuk la kalau tiada transport.
Terletak di pekan Krabi (guna Waze pun sampai) berdekatan dengan CIMB Thai. Macam-macam yang di jual di sini dari baju sampai ke makanan Thai. Ada kedai jual fridge magnet dan key chains saja yang agak murah. Aku tak beli apa sebab ada banyak hari lagi di Krabi ni.
Island Hopping
Deretan speed boat..ada 2 atau 3 enjin |
Plan besok pagi nak pi island hopping tapi pakej tak ambik lagi, hari dah agak lewat. Lepas pusing Night Market, aku singgah satu kiosk pelancongan yang terdapat dekat dengan Night Market. Last-last nego, aku dapat pakej 7 islands dengan harga THB1,200 (RM153) seorang termasuk speed boat, makan, alatan snorkeling, tourist guide dan conservation fee THB400 (di Thai ni fee dia mahal, kalau Perhentian fee dia cuma RM15 saja).
Speed bot membelah laut, duduk depan melambung tapi view bagus |
Bamboo Island atau National Park |
Besok pagi jam 9 pagi waktu Thai, dah ada van pick-up kami dari hotel dan bawa ke pelabuhan (dah lupa nama dia tapi atas sikit dari Aonang Beach).
Sampai di sana punya ramai rakyat Malaysia yang sama-sama buat island hopping..kami di satukan dalam grup 20 orang menaikki speed boat. Tapi ada satu peristiwa yang berlaku sebelum kami bertolak.
Bamboo Island..halus betoi pasir dia, macam tepung |
Ada satu family grup dalam 10 orang yg aku rasa Melayu Singapore dari cara depa speaking. Depa bawa orang tua (warga emas) dan juga satu sedara yang duduk atas wheel chair. Bila semua orang dah naik bot, depa terpaksa minta tolong staf bot supaya tolong angkat sedara depa dengan wheel chair sekali ke dalam bot. Nak masuk dalam bot ni hanya melalui belakang bot, antara dua enjin bot ada laluan yang agak sempit ditepi.
Bila nak lepasi laluan ni, depa kena angkat sedara atas wheelchair melepasi enjin bot. Dah cuba beberapa kali, memang tak terangkat pasai staff bot tu macam tak nak tolong sangat. Bot memang tak boleh rapat ke pantai sebab ada ada enjin di belakang. Last-last satu family pakat cancel trip dan nak minta refund sebab agen yg depa ambik pakej tu cakap boleh masuk bot dengan wheel chair sekali. Kesian jugak..
Ramai yang singgah di Bamboo Island ni.. |
Last-last tinggai 10 orang dalam bot. Mula-mula kami singgah Bamboo Island/National Park setelah lebih kurang 30 minit perjalanan. Pantainya walaupun pendek tapi pasir dia macam tepung; halus dan putih.
Aktiviti di sini adalah mandi laut atau jalan-jalan sekitar pulau. Kami diberi masa 45 minit bagi setiap pulau untuk membuat apa-apa aktiviti.
Viking Cave..tempat kutip sarang burung |
Next kami di bawa singgah ke Viking Cave tapi tak boleh singgah cuma tengok dari laut saja. Ni tempat orang tempatan kutip swallows nests (sarang burung) yang sangat berharga nilainya. Laut sekitar gua ni memang cantik dan jernih.
Pileh Bay...paradise! |
Ni Maya Bay..tengok berapa ramai yang singgah.. |
Maya Bay dan Lo Sama Bay dalam satu pulau.. |
Punya ramai pelancong terutamanya mat saleh yang singgah di sini.
Ni pemandagan dari Lo Sama Bay..boleh kenu ke pulau kecik tu.. |
Dari pantai ni kita boleh jalan kaki ke dalam dan sampai ke Lo Sama Bay. Di Lo Sama Bay ni (dia buat pelantar saja) selain ambik gambar berlatar belakang pulau-pulau, siapa yang nak berkenu ke pulau sebelah pun boleh. Jarak dia tak jauh sangat dan ada sorang mat saleh tu berenang saja ke pulau sebelah.
Selepas tu kami dibawa ke Monkey Bay tapi tak turun.
Aiskrim kelapa di Phi Phi..kat Aonang Beach pun ada jual |
Suasana di Phi Phi Don..tempat makan tengahari |
Dah tengahari, kami di bawa makan tengah hari di Pulau Phi Phi Don yang ada ramai penduduk dan kedai-kedai/restoran yang banyak. Makanan halal yang disediakan secara buffet tapi menu dia taklah banyak sangat; nasi, tom yum, ayam, spegetti dan buah-buahan. Air kopi panas juga disediakan secara percuma.
Semua bot-bot akan singgah di pulau ni untuk makan tengahari cuma mungkin berlainan restoran sebab banyak sangat restoran di sini. Lepas makan, lepak kat pantai dia ada makcik jual aiskrim kelapa..try aiskrim kelapa dia..memang sedap (harga dah lupa). Orang Thailand ni memang kreatif sampai tempurung pun depa jual di Aonang Beach.
Lokasi terakhir, snorkeling..bukan grup aku tapi bot sebelah yang ramai |
Perjalanan balik..langit dah gelap sebelum hujan turun dengan lebat |
Selepas makan kami di bawa singgah kat satu area untuk snorkeling; berdekatan dengan Phi Phi Don. Tapi snorkeling kat sini tak best sebab ikan kurang dan kalau ada pun jauh di dasar laut. Ombak laut agak kuat dan laut dia agak keruh.
Ada yang cakap, kalau nak snorkeling best ambik pakej 4 pulau sebab pulau yang di bawa agak dekat dengan Krabi.
Aku macam biasa bawa roti untuk umpan ikan datang tapi tak dibenarkan beri makanan pada ikan.
Tengok macam mana orang Thai jaga keindahan pulau-pulau depa! Habis-habis saja snorkeling, dalam pukul 3.30 ptg, hujan turun dengan lebat diselang-seli dengan kilat.
Bot beredar dengan laju balik ke pantai Aonang dalam keadaan kami ynag duduk di belakang basah kuyup.
Tip Island Hopping:
- pastikan pulau-pulau yang akan di lawati semasa ambik pakej. Sebenarnya bukan Pakej 7 Islands tapi lebih kepada 7 tempat lawatan. Ada tempat lawatan tu dalam satu pulau.
- pastikan harga pakej tu samada termasuk conservation fee atau tidak (dalam THB400 seorang).
- makanan tak dibenarkan bawa, cuma air mineral dibekalkan oleh bot. Di akhir perjalanan, depa akan sediakan buah-buahan untuk penumpang.
- pakailah pakaian yang sesuai, kasut selipar sebab kasut akan di kutip oleh bot (berkaki ayam saja kecuali masa kita makan tengahari).
- cuaca selalunya panas, bawalah sun block atau topi
- kalau ambik pakej dengan speed boat memang cepat sampai tapi kalau yang ambik long boat, makan masa jugak. Kebanyakan long boat untuk pakej 4 pulau tapi ada gak yang sampai Phi Phi Islands
- setiap speed boat akan ada seorang tourist guide fasih berbahasa Inggeris yang akan ceritakan mengenai tempat lawatan..bolehlah tanya apa-apa yang perlu.
- yang mabuk laut, bawalah ubat apa-apa yang patut sebab kalau dok depan macam naik roller coaster tapi dapat tengok view yang cantik
Gambar-gambar kenangan Krabi
Ni long boat..lambat jugak pelayaran dia.. |
Lo Sa Ma Bay yang satu pulau dengan Maya Bay.. |
No comments:
Post a Comment