Pintu keluar dari Wang Klian |
Aku keluar dari rumah dalam pukul 8.30 pagi dengan minyak full tank, singgah di Changloon untuk beli insuran, breakfast dan tukar duit. Masuk highway ke Arau dan exit jalan ke Chuping/Padang Besar.
Sampai Padang Besar, turun balik ke arah Kaki Bukit dan berhenti di Caltex dan pam full tank sebab di Thailand minyak dia mahal. Kemudian terus ke sempadan Wang Klian.
Jalan dari Wang Klian ke Satun |
Proses imigresen di sini tak sesibuk di Bukit Kayu Hitam cuma keadaan Pusat Imigresen masih dalam pembinaan dan keadaan agak becak. Proses keluar dari Malaysia memang mudah, hanya chop passport. Sampai di booth Thailand, kena park kereta dan berjalan ke booth yang telah ramai yang beratur. Kita boleh wakilkan pada seorang untuk urusan chop passport dan beri pada dia "white card" dan borang kereta.
Jalan ditutup sebab banjir..guna MAPS untuk divert sebab Waze suruh redah |
White card jangan dibuang pasai perlu dikemukan balik semasa hendak keluar dari Thailand nanti. RM2 perlu dibayar (tanpa resit) dan aku tak tau untuk apa duit ni. Habis chop passport, aku suruh anak aku ambik kereta dan aku berjalan ke booth dibelakang kaunter passport untuk urusan pendaftaran kereta. Imigresen Thai akan minta geran dan borang yang di cop di booth tadi dan dia akan print satu form untuk kita sign.
Yeayy..dah sampai Krabi |
Oscar Villa, Krabi..siap ada pool lagi |
Hampir jam 4.30 petang aku dah sampai hotel aku, Oscar Villa yang terletak jauh sikit dari Pantai Aonang. Saja aku book hotel ni untuk elak dari kebisingan. Hotel ni macam terletak dalam kawasan kampung dan ada few hotels di sini. Restoran Islam dan kedai dobi self-service (bukan kedai macam kita tapi mesin dobi diletak tepi jalan) pun ada kat area kampung ni..Lepas rehat, malam baru aku keluar ke town Krabi.
No comments:
Post a Comment