Wednesday, December 27, 2017

Wang Klian-Krabi-Phuket-Hatyai-Bukit Kayu Hitam : Persediaan

Laluan dari Krabi ke Phuket
Rasanya dah lama plan nak drive ke Krabi dan Phuket.  Dah hafal banyak blog yang pernah guna cara ni..akhirnya tarikh telah dipilih untuk selama 6D5N:

1/12 (Jum) - Gerak dr rumah ke Krabi melalui Wang Klian
2/12 (Sab) - Island Hopping,Krabi
3/12 (Ahd) - Ronda Krabi
4/12 (Isn) - Gerak ke Phuket
5/12 (Sel) - Ronda Phuket
6/12 (Rab) - Gerak dr Phuket ke Hatyai
7/12 (Kha) - Hatyai ke Danok/Bkt Kayu Hitam




Passport
Passport untuk family dah renew dengan kadar RM200 seorang untuk selama 5 tahun.  Passport aku still valid sehingga 2021 pasal untuk keluar negara, kita kena make sure passport valid at least 6 bulan.

Kereta
Aku guna kereta biasa pun bukan MPV (Honda Civic 2.0 2016) dan telah diservis dulu.  Yang penting make sure tyre spare penuh angin sebab aku check tyre spare aku langsung tiada angin.  Dengan 4 ahli keluarga, agak selesa sebab anak yang kedua tak dapat ikut sebab tengah exam.  Geran kereta pun dah di bawa dan cara nak lintas sempadan dengan kereta dah di kaji melalui pembacaan dan nasihat kawan-kawan.  Jarak yang dihitung melalui WAZE adalah seperti berikut dan aku anggarkan perjalanan pergi dan balik akan mengambil jarak sejauh 1800km.
  • Bertam Penang - Krabi 464km / 6h 45min
  • Krabi - Phuket 164km / 2h 50min
  • Phuket - Hatyai 436km / 6h 40min
  • Hatyai - Bertam 184km / 2h 45min

Insuran Kereta

Caj insuran ikut kereta dan tempoh
Sebelum sampai pekan Changloon, ada kedai-kedai yang buat insuran kereta sebelum kita cross border.

Rate dia ikut berapa hari kita akan ke sana dan jenis kereta. Aku ambik minima 9 hari RM16 dan isi "White Card" di caj RM2 setiap seorang.

Geran dan passport  setiap penumpang diperlukan.




Handphone Roaming

SIM card Thailand RM15..unlimited internet
Kalau dah keluar negara, hampa kena make sure roaming di aktifkan dan check rate yang murah semasa di Thailand.  

Sebagai pengguna Digi, aku register roaming RM25 untuk 3 hari dengan internet 4GB dan panggilan 60 minit tapi kena make sure hook ke DTAC (operator Thailand).

Anak aku beli pack Thailand prepaid (AIS) dengan harga RM15 di kedai Bukit Kayu Hitam dan dapat unlimited internet tapi panggilan kena top-up.  Kami guna panggilan WA saja semasa di Thailand.

Tapi speed dia tak lah laju sangat dalam 3M saja tapi Wifi hotel memang laju.



Hotel
Hotel semasa di Krabi dan Phuket telah ditempah melalui Agoda. Di Krabi aku tempah Oscar Villa di Aonang dari 1-4/12 (3 malam) dan untuk Phuket aku tempah The Royal Paradise Hotel & Spa dari 4-6/12 (2 malam).  Untuk Hatyai, aku tak booking masa nak pergi sebab pada mulanya hendak terus balik dari Phuket tanpa bermalam di Hatyai.  Aku hanya book bila dah nak sampai Hatyai dengan Agoda dan hotel budget The Pacific Residence Hotel. 

Aku akan ceritakan mengenai setiap penginapan dalam entri berikut.

Tukaran Wang

Kedai ni ada semua tapi rate tukaran dia hanya THB760
Budget untuk makan, jalan-jalan, minyak dll telah dihitung.  Nak tukar duit Baht di AEON Big Seberang Jaya tapi tiada stock dan rate dia nak bagi RM100 dapat THB770 saja.  Rendah nya duit kita sekarang..dulu masa aku pi Hatyai, tukar RM100 dapat THB1,000. 

Dah sampai Bukit Kayu Hitam, aku cuba tukar kat satu kedai besar; Naluri Aman Sdn Bhd tapi rate nak bagi THB760.  Aku patah balik dan tukar dikedai pekan Changloon (kedai kopi cina-dia buat insuran) dan dia bagi aku rate THB785.  Tukar RM3,000 dapat THB23,550.  Semasa di Krabi aku tanya money exchange di sana rate dia adalah THB770 saja.

Peralatan Elektrik
Jangan tak tahu di Thailand ni kepala soket dia lain dari Malaysia.  Jadi bawalah kepala soket yang sesuai (kepala kecik) untuk mengecas telefon.

Ubat-ubatan
Aku bawa ubat-ubat biasa macam demam, selsema, minyak angin & sun block dll.  Memang banyak klinik di Krabi ni terutamanya di Aonang tapi ada blogger dah kena caj tinggi bila dapatkan rawatan kat sini.

Cuaca
Dari sumber internet, cuaca di sana diramalkan hujan dan ada kawasan yang dah banjir.  Aku dah spare payung, topi & lampu suluh siap-siap dalam kereta.


No comments:

Post a Comment