Terminal Feri Langkawi yang baru |
Salah satu destinasi yang aku suka explore dan repeat selain Cameron Highland adalah Pulau Langkawi. Semak punya semak, rupanya dah agak bertahun aku tak ke Langkawi. Kalau ikut blog ni, last aku pi sana pada 2014..wah..dah lamanya aku tak jejak kaki ke Langkawi.
Tarikh 22 - 24hb. Jun (3H2M) minggu akhir cuti sekolah
So, di akhir minggu cuti sekolah bulan Jun perjalanan aku pun bermula. Saja pilih waktu ni untuk mengelak kesesakan dan masuk melalui Kuala Perlis bukan Kuala Kedah untuk mengelakkan mabuk laut. Aku pernah kena sekali aku masuk melalui Kuala Kedah dan bila sampai Langkawi, aku dah lembik..mabuk laut dan nyaris-nyaris muntah. Dalam bot, dah ramai yang muntah terutamanya kanak-kanak. Tapi tak selalu berlaku kes macam ni..selalunya laut kurang gelora.
Parking Kereta Kuala Perlis
Pasai cuti sekolah dah ke penghujung, tak ramai yang masuk Langkawi. Aku pun park kereta di Yusof Bee Enterprise (012-4683560), tempat letak kereta yang dekat dengan jeti dan berbumbung. Sehari dicaj RM10; so 3 hari jumlahnya RM30 (kalau peak season RM15/sehari).
Feri Kuala Perlis-Langkawi
Dengan tambang RM18 untuk dewasa dan Ferry Line dah sedia menunggu maka bermulalah perjalanan selama 1 jam 15 minit ke Pulau Mahsuri ni. Aku tak layan sangat pemandangan semasa pelayaran sebab kerusi aku di tengah..aku asyik bersembang dengan brother dari Langkawi yang duduk sebelah aku. Isu apa yang di sembang kalau bukan isu politik..ha..ha..isu Najib la, time tu baru saja Amar Singh buat press conference mengenai rampasan harta karun Rosmah.
Jetty Point..semakin cantik dan teratur |
Punya sembang sampai tak sedar dah sampai Jetty Point, jeti dia semakin cantik dan tersusun. Kawan aku dah sedia menunggu dengan VW MPV untuk bawa aku ke Anies Village Motel, Pantai Chenang yang dah booked melalui Agoda.
Sebenarnya banyak attractions baru di Langkawi ni tapi aku hanya nak try yang paling popular dan belum penah aku try iaitu Cable Car dan Kilim Geo Park. Next entry, aku ceritakan pengalaman aku menakluki Gunung Mat Cincang dan Kilim Geo-Park.
Kos utama aku selama 3H2M di Langkawi seperti berikut:
Penginapan Anies Village Motel - RM185.49@2 malam (Triple room/Agoda all-in)
Parking Kuala Perlis@Yusof Bee Enterprise - RM30 (RM10@hari)
Feri Kuala Perlis_Langkawi - RM36@2 hala (RM18/sehala dewasa)
Sewa Kereta - FOC (kereta kawan; tapi nak sewa dalam RM80-RM120/hari ikut model)
Cable Car@Basic Pakej - RM40/orang (pakej untuk SkyCab, SkyDome, SkyRex & 3D Art Museum)
No comments:
Post a Comment