Deretan bot menanti pelancong di Jeti Kilim |
Kilim Geoforest Park ni memang dah terkenal satu dunia sehingga pelancong dari merata dunia akan datang menikmati keindahan hutan yang berusia jutaan tahun. Tapi malangnya rakyat Malaysia termasuk aku, kurang memberi perhatian terhadap permata ni. So trip kali ni ke Pulau Lagenda ni aku dah decide nak explore tempat ni.
Tempat ni terletak di belakang Galeri Perdana dan di uruskan oleh Koperasi Komuniti Kampong Kilim, kiranya orang kampung kat sini yang selia business kat sini macam menyediakan perkhidmatan bot dll. Untuk explore sungai, gua, paya bakau dan pulau kecil sekitar sini, kita kena pilih pakej bot berdasarkan berapa jam dan tempat yang nak explore.
Pakej untuk explore Kilim ni.. |
Aku ambik pakej 3 jam berharga RM450 untuk satu bot dan mampu memuatkan seramai 10 orang maxima (jatuh sorang RM45 je). Tempat pertama adalah Gua Kelawar yang terletak dekat ja dengan jeti bot. Sebelum masuk gua, kita akan dibekalkan dengan lampu suluh. Ni lah kali pertama aku tengok kelawar secara dekat, bergantungan dalam gua yang gelap. Dalam gua ni jugak ada stalagmite dan staglatide yang cantik yang berusia jutaan tahun.
Tempat singgah pertama; Gua Kelawar |
Tempat berikunya aku dibawa menyusuri keluar ke laut ke Pulau Anak Tikus untuk melihat fosil. Dulu masa aku di Krabi tak sempat nak tengok fosil sebab harga tiket masuk dia mahal. Kat sini boleh tengok free saja. Hampa baca sendiri keterangan mengenai fosil di bawah ni.
Cerita mengenai fosil kat Pulau Anak Tikus |
Batuan macam disusun cantik di Pulau Anak Tikus |
Selepas puas explore di sini, kami di bawa ke Gua Buaya yang mana bot boleh lalui dalam gua tersebut.
Selesai terokai Gua Buaya, kami di bawa ke Pak Su Fish Farm dengan tujuan nak singgah minum petang dan lepak-lepak atas restoran terapung Pak Su. Sampai-sampai, Pak Su Bakar dah tutup restoran terapung dia dan tiada minuman petang tapi Pak Su masih menunggu pelanggan. Sekitar restoran Pak Su ada beberapa sangkar ikan yang dibela oleh Pak Su. Pak Su seorang yang amat energetic dan mahir tentang ikan-ikan yang ada di Kilim ni.
Pak Su beri penerangan dengan panjang lebar mengenai ikan-ikan yang terdapat di Kilim ni sebelum dibawa tengok ikan pari yang dibela oleh Pak Su. Bila staff Pak Su kocak air, ikan pari akan naik ke permukaan dan kita boleh sentuh ikan ni..
Sangkar berikutnya adalah ikan sumpit. Istimewanya ikan sumpit ni, dia boleh sumpit dengan air laut untuk dapatkan makanan (roti) yang diletakkan di atas darat. Walaupun roti yang diletakkan agak tinggi, tapi sumpitan ikan ni mampu buat roti ni jatuh dalam air dan ikan ni akan makan roti tu..
Gua Buaya..bot boleh lalui kalau air tak pasang.. |
Ikan pari yang dibela Pak Su..boleh sentuh bila staff Pak Su panggil.. |
Ni ikan sumpit (sorry tak berapa nak nampak ikan) |
Next kami di bawa ke tempat yang paling popular di Kilim ni iaitu "Eagle Watching". Waktu kami sampai dah agak petang, jadi tak banyak burung helang di berlegar atas langit, hanya burung agak kecil. Pilot bot akan campak makanan dalam air dan helang dari atas langit akan datang sambar makanan tersebut. Satu pengalaman baru dan menarik..
Burung helang sedang menjunam untuk sambar makanan dalam air.. |
Ikon Kilim Geoforest Park..boleh ambik gambar dari atas bot |
So kalau datang Langkawi, masuk lah tempat ni sebagai salah satu dari tempat yang wajib di lawati di Langkawi ni..
Salah satu tempat yang di lalui |
Pulau Anak Tikus..jangan cari anak tikus kat sini.. |
Ada restoran terapung..boleh buat group booking |
Peta kawasan |
Pemandangan indah kat sini.. |
No comments:
Post a Comment